Tele MAB no. 764
Isnin, 26 November 2018
No. tel.: 03-22722687
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terdapat 4 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku,
1. Pertandingan Membaca Braille NCBM – Jumaat, 30 November, 9.30 pagi di Dewan MAB.
Semua orang OKU Penglihatan dijemput untuk hadir ke Pertandingan Membaca Braille ini dan makan tengah hari akan dihidangkan. Mereka yang berminat, sila berikan nama anda kepada Penyambut Tetamu MAB di 22722677.
2. Program berkebun.
Komuniti Plus akan mengadakan program berkebun bagi orang buta tahun hadapan, di mana anda akan diberikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkebun dengan alam semulajadi. Mereka yang berminat, sila berdaftar dengan Penyambut Tetamu.
3. Perhimpunan Warga Emas OKU Penglihatan.
Perhimpunan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Disember, bermula 9.30 pagi di Dewan MAB, dengan talentime. Hadiah-hadiah telah ditaja oleh Naib Pengerusi, En. Mohamad Harun – RM350.00, RM250.00, RM150.00 dan hadiah saguhati RM50.00. Bayaran pendaftaran ialah RM6.00 bagi ahli-ahli dan RM8.00 bagi bukan ahli. Sila berdaftar dengan Pn. Rani di 016-6854837.
4. Pengumpulan data tentang orang buta dan OKU Penglihatan dalam pekerjaan.
SBM masih berminat dalam mengumpul statistik tentang orang buta dan OKU Penglihatan dalam bidang pekerjaan. Mereka yang berminat, sila lengkapkan borang yang disediakan di internet: http:goo.gl/forms/u8s4sgcnkf8mwzvd2
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd. Mustaza di 019-2110111.
5. Di sini, ada sebuah buku Braille Bahasa Melayu untuk dibaca.
Tajuknya adalah Duka Yang Terpendam oleh Nina Kirana dalam 4 jilid. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150.
Terima kasih,
Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
Cik Roslina Mohamed.
Tele MAB no. 764
Monday, 26 November 2018
Tel. no.: 03-22722687
Hello friends,
There are 4 new and 1 book announcements,
1. NCBM Braille Reading Competition – Friday, 30 November, 9.30 am at The MAB Hall.
All the blind are invited to attend The Reading Competition and lunch will be served. Those interested, please give your name to the MAB Receptionist at 22722677.
2. Gardening Program.
Plus Community will be organizing the gardening program for the blind next year, whereby you will be given gardening knowledge, skills and experiences with nature. Those interested, please register with the receptionist.
3. Elderly Blind Gathering.
This will be on Saturday, 22 December, starting 9.30 am at The MAB Hall, with the talentime. The prizes are being sponsored by our Vice Chairman, Mr. Mohamad Harun – RM350.00, RM250.00, RM150.00 and consolation prize at RM50.00. Registration fee is RM6.00 for members and RM8.00 for non-members. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837.
4. Data Collection on the blind and visually impaired in employment.
SBM still interested in collecting the statistics on the blind and visually impaired in employment. Those interested, please complete the form provided on internet: http:goo.gl/forms/u8s4sgcnkf8mwzvd2
For enquiries, please call Mr. Mohd. Mustaza at 019-2110111.
5. Here’s some Malay Braille Book to read.
The title is Duka Yang Terpendam by Nina Kirana in 4 volumes. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150.
Thank you,
Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
Ms. Roslina Mohamed.
0 ulasan:
Catat Ulasan