Jumaat, Februari 15, 2019

engumuman PERTIS februari dan mac 2019

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Pengumuman dari biro penerbitan dan pembangunan modal insan pertis.
 
Satu forum ke arah pemahaman gagasan oku muqarrabun sebagai wadah pembangunan modal insan dan penyampaian kitab hadith 40 kepada institusi terpilih akan di adakan pada ketetapan berikut
 
Tarikh 24 februari 2019
Masa 9 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat dewan dr ismail salleh mab
 
Sehubungan dengan itu pihak pertis mengalu-alukan muslimin dan muslimat untuk menghadiri program tersebut. Tempat terhad kepada 150 orang sahaja,
 
Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi puan ruslina di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.  Makan tengahhari di sediakan.  Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota di penuhi.
 
Terima kasih.
 

Pengumuman dari biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS
 
PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan Program
Tanyalah Ustaz seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh:  3 Mac 2019, Ahad.
Tempat:  Dewan MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:  9:00 pagi hingga 1:00 tengahari.
 
Dijemput kepada semua ahli PERTIS untuk menyertai program tersebut.  Kepada ahli yang mempunyai soalan untuk di ajukan kepada ustaz, sila hantarkan soalan anda kepada Cik Raihah Bt Pauzi, menerusi email : raihah91@gmail.com atau hubungi pertis brickfields di talian : 03-2276 2634. 
 
Tarikh tutup menghantar soalan adalah pada 22 mac 2019.
 
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Raihah
Binti Pauzi di talian ?03-22762634,  di pejabat PERTIS  Brickfields.
 
Terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARI BIRO BELIA PERTIS
 
Perhatian kepada semua ahli PERTIS. Biro Belia akan mengadakan PROGRAM KEM JATI DIRI BELIA ISLAM PERTIS, ketetapan adalah seperti berikut:
 
  Tarikh: 29-31 Mac 2019 (Jumaat-Ahad).
  Tempat: Kem Rivertercare Chalet & Cafe Ulu Yam Selangor.
  Penyertaan: 40 orang sahaja.
  Umur peserta : 18 hingga 35 tahun
  Yuran penyertaan:  RM30.00 bagi yang ahli, manakala RM50.00 bukan ahli
 
Maklumat yang diperlukan adalah:
 
1) Nama penuh
  2) Nombor kad  pengenalan
  3) Nombor telefon bimbit
  4)  Sais t-shirt
  5) Nama waris
  6) Nombor telefon waris
 
Untuk pendaftaran dan bayaran sila berhubungi Cik Siti Najiha ditalian 03-22762634.
 
Tarikh akhir pendaftaran dan bayaran program ini adalah 28 Feb 2019 (Khamis).
  Keutamaan akan di beri kepada mereka  yang telah menjelaskan bayarannya.
 
Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog