Khamis, Ogos 15, 2019

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PERTIS MINGGU INI Khamis, 15 Ogos 2019.

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PERTIS MINGGU INI Khamis, 15 Ogos 2019. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Berikut merupakan pengumuman-pengumuman Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) 1. Pihak PERTIS masih belum menerima data rasmi daripada Jabatan Mufti mengenai Taqwim 1441 Hijri. Oleh itu, pihak PERTIS masih belum boleh menerbitkan Taqwim 1441 Hijri tersebut. Pihak PERTIS akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan Taqwim 1441 Hijri ini. 2. Biro kesenian Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan menganjurkan Festival kesenian Islam PERTIS (FKIP) 2019 pada KETETAPAN berikut: Tarikh: 9-10 November 2019 (Sabtu dan Ahad) Tempat: Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Pada kali ini, FKIP akan mengadakan 4 acara yang dipertandingkan iaitu: 1. NASYID BerKUMPULAN. Syarat-Syarat Penyertaan: a. Keahlian: 4-6 orang. b. Pemilihan tajuk lagu: bebas. c. Tema lagu: Berunsur Ketuhanan dan nilai positif. d. Durasi: 10 minit. e. Penggunaan minus one dibenarkan. 2. SKETSAH PARA NABI DAN SAHABAT. Syarat-Syarat Penyertaan: a. Keahlian: 3-5 orang. b. Tema: Kisah Para Nabi dan Sahabat. c. Durasi: 10 minit. d. Penggunaan minus one dan sebarang bahan bantu dibenarkan. 3. DAI. Syarat-Syarat Penyertaan: a. Individu. b. Tema: dakwah. c. Durasi: 5-7 minit. d. Penggunaan minus one dan sebarang bahan bantu dibenarkan. 4. TARHIM dan AZAN SUBUH. Untuk Pendaftaran penyertaan, sila hubungi Puan Ruslina binti Mat Ghani di talian 03-40212631. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2019. Caj yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM20 bagi individu manakala untuk kumpulan RM60. Maksimum penyertaan bagi seorang adalah sebanyak 2 pertandingan. Sila pastikan anda telah menjadi ahli PERTIS. Sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan en. Abul Faris bin Mohd Ali di talian 017-5159764 (Pengarah Program). penyertaan daripada anda amat dialu-alukan. Terima Kasih. 3. PERTIS akan menganjurkan program Majlis Tilawah Quran Brl MTQB 2019 buat kali yang ketiga. berikut adalah maklumat lanjut mengenai program ini: Tarikh: 6 hingga 8 disember 2019 (Jumaat hingga Ahad). Tempat: akan dimaklumkan kemudian. Kategori pertandingan: 1. Tilawah Al-Quran Brl Kategori Lelaki. 2. Tilawah Al-Quran Brl Kategori Perempuan. 3. Tilawah Al-Quran Brl Kategori Saudara Baru. 4. Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki. 5. Hafazan Al-Quran Kategori Perempuan. Bagi kategori Hafazan, Surah-surah yang akan diuji adalah seperti berikut: 1. Surah Al-Kahfi (surah wajib) 2. Surah As-Sajadah. 3. Surah Yasin 4. Surah Al-Waqiah 5. Surah Al-Mulk. 6. Surah Al-Insan. Yuran: RM50 akan dikenakan setiap seorang sebagai komitmen penyertaan. Untuk pendaftaran, sila berhubung dengan Puan Ruslina Binti Mat Ghani di talian: 03-40212631. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2019. Terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog