Oleh ZUARIDA MOHYIN
BRAILLE ISLAMIK
JARI-JEMARINYA lincah menyentuh titik-titik halus pada helaian buku putih itu, sambil mulutnya berkumat-kamitterse
sebelum meluncur laju ayat-ayat suci al-Quran dilafazkan.
Sesiapa yang mendengarnya pasti tidak menyangka di sebalik kelunakan suara itu, terhimpun pelbagai kepayahan serta terselit juga keazaman yang akhirnya menatijahkan keunikan si empunya suara.
Begitulah secebis kisah kehidupan gadis berkulit putih melepak yang berasal dari Pendang, Kedah, Norhidayah Abd. Halim yang kehilangan deria penglihatan sejak dilahirkan, kira-kira 21 tahun dahulu.
Kalau orang lain hadir di dunia ini dengan ditemani pelbagai warna-warni kehidupan, namun bagi Norhidayah, beliau mempelajari erti kehidupan dalam dunia yang serba kegelapan.
Pun begitu, cacat penglihatan tidak bererti dibelenggu kegelapan, apa lagi untuk merintih atas takdir ilahi. Kekurangan itu diterimanya dengan reda kerana meyakini bahawa setiap sesuatu yang Allah takdirkan itu, mempunyai hikmah.
Malah atas kepercayaan bahawa setiap yang tersurat dan tersirat itu adalah rahsia Allah, ia sentiasa dijadikan pegangan hidup Norhidayah. Sekali gus pemangkin semangatnya untuk terus cekal mengharungi kehidupan, waima dengan cara yang berbeza.
Norhidayah, mula bergelar pelatih Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) sejak 5 Januari lalu.
Kebiasaannya, para pelatih di situ perlu mengikuti program pemulihan (rehabilitation) tetapi dalam kesnya yang dilahirkan buta serta pernah menerima pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, maka program sebegini tidak perlu lagi diikuti.
"Sepanjang hampir dua semester menerima latihan di Kompleks MAB ini, banyak yang saya pelajari terutamanya berkaitan dengan bidang khusus seperti; selok-belok tugas-tugas perkeranian, 'mencelikkan' saya dengan pengetahuan teknologi maklumat (IT), belajar tugasan pengendalian kerja-kerja di pejabat serta membuat surat-surat rasmi dan banyak lagi.
"Di sini, pelatih Islam diwajibkan mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain. Sungguhpun saya mula belajar al-Quran sejak di darjah dua iaitu semasa menerima pendidikan khas di Bukit Mertajam. Pada masa itu, saya belajar asas sahaja tetapi di dalam kelas ini apa yang dipelajari, jauh lebih mendalam. Maksudnya, berpeluang belajar hukum tajwid," terang anak ketiga daripada empat adik-beradik ini, pagi itu.
Ketenangan
Ramadan kali ini kata Norhidayah yang hampir menamatkan pengajian al-Quran, selain tidak melepaskan peluang menyertai tadarus al-Quran, beliau juga mengambil bahagian dalam apa sahaja program penganjuran Persatuan Pelatih Islam (PPI) seperti tazkirah, bacaan Yasin dan Qiamullail.
Berhasrat mencari kerja dan memperoleh pendapatan sendiri apabila tamat kursus kelak, Norhidayah berulangkali menyuarakan keseronokan dan kepuasan apabila mampu menguasai bacaan, tajwid serta penghayatan menerusi surah-surah yang dibaca.
"Apabila apa yang kita pelajari dan baca itu difahami maksudnya, secara tidak langsung ia melahirkan satu perasaan yang berbeza kerana kita baca dengan kefahaman dan penghayatan, bukan sekadar membaca begitu sahaja.
"Malah al-Quran ini apabila kita sentiasa membacanya, ketenangan itu akan datang sekali. Sebab itulah, walau sudah tamat belajar di sini, saya akan cuba meneruskan pembelajaran agar ia tidak hilang begitu sahaja," janji Norhidayah kepada dirinya sendiri.
Sementara itu, Muhammad Shahril Azrie Zainudin, 24, yang juga mengambil kursus serupa Norhidayah, kini di dalam peringkat pertengahan dalam kelas al-Quran.
Menceritakan pengalaman belajar al-Quran menggunakan Braille, Muhammad Shahril yang berasal dari Parit Buntar, Perak mengakui agak sukar kerana belum pernah menerima didikan sedemikian.
"Pada peringkat awal dulu, saya terpaksa mempelajari huruf-huruf hijaiyah, diikuti melancarkan baris-baris bacaan serta banyak membuat latih tubi surah-surah tertentu menggunakan mesin Braille.
"Sungguhpun hanya terdapat enam titik pada kotak Braille, namun ia memerlukan tumpuan dan kepekaan yang jitu bagi mengenali huruf Alif hinggalah ke Ya.
"Jadi, tempoh penguasaan seseorang itu bergantung sejauhmana kepekaan sentuhan jari-jemarinya kepada titik-titik braille tersebut. Namun, kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih...," terang Muhammad Shahril yang hilang deria penglihatan pada 2006 akibat penyakit yang menyerang kedua-dua belah matanya.
Kini Muhammad Shahril mampu tersenyum puas kerana mampu membaca al-Quran bukan sahaja lancar tetapi berserta tajwid. Beliau berazam untuk khatam al-Quran kalau tidak pada bulan Ramadan ini, akan dipastikan terlaksana pada penghujung tahun ini.
Teman sekelasnya, Mohd. Afifuddin Mohammad Sabri, 23, turut mengakui kelancarannya agak terbatas terutamanya pada peringkat awal, disebabkan kesukarannya merasai titik-titik Braille yang membentuk huruf-huruf hijaiyah.
Tambah pelatih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat ini, dia terpaksa mengikuti program pemulihan selama lima bulan ketika mula-mula memasuki Kompleks MAB.
Meskipun kehilangan penglihatan Mohd. Afifuddin adalah berkaitan genetik malah ada di antara adiknya yang lebih dahulu disahkan iaitu pada usianya 14 tahun, namun apabila disahkan oleh doktor yang dirinya juga akan mengalami masalah yang serupa, beliau mengakui ia sesuatu yang sukar diterima olehnya.
Apa tidaknya, selepas 21 tahun celik, kini terpaksa menerima hakikat yang penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebelum gelap-gelita. Ditambah pula, sensitiviti masyarakat terhadap orang buta masih kurang.
"Kami adik-beradik semuanya dilahirkan normal tetapi apabila meningkat dewasa risiko untuk menjadi buta adalah besar.
Bersyukur
"Agak lama juga saya hendak membiasakan diri dengan cara hidup insan yang hilang penglihatan. Sekarang ini pun walaupun mata saya nampak macam orang normal tetapi sebenarnya pandangan saya sudah mula kabur," jelasnya.
Mohd. Afifuddin berkata, program rehab (pemulihan) banyak membantunya membuat persediaan dan penyesuaian diri.
"Pada awalnya agak tertekan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang lain, saya dikira masih beruntung kerana ada yang lebih teruk masalah mereka.
"Dari situ timbul rasa bersyukur kerana ada orang yang jauh lebih bermasalah. Saya selalu tanamkan dalam diri dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi ketabahan dan sentiasa bersedia dengan apa yang mendatang," ujar anak muda kelahiran Setapak, Kuala Lumpur ini.
Menceritakan pengalamannya dalam kelas al-Quran, kata Mohd. Afifuddin, dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar dan ketika di kelas banyak dibantu oleh guru (ustaz).
"Awal-awal memang susah, lebih-lebih lagi jari saya kurang sensitif dengan titik-titik Braille. Pernah rasa putus asa kerana sukar nak dapat rasa dan rasa macam sama sahaja.
"Mungkin kalau orang tengok, cuma ada enam titik mereka kata senang, tetapi hendak menentukan kedudukan titik tulah yang masalahnya. Kalau tekan kuat sangat pula, ia tidak berapa disarankan kerana boleh menyebabkan titik-titiknya termasuk ke dalam. Nanti timbul masalah di kemudian hari pula.
"Alhamdulillah, semua ini dapat diatasi dan pada tahun ini, Ramadan saya tambah bermakna kerana dapat menyertai kumpulan tadarus. Saya juga berazam dapat khatam al-Quran tahun ini," jelas Mohd. Afifuddin selepas sesi fotografi itu.
Pelatih kelas sama, Norfadilah Abdullah, 21, mengakui agak sukar belajar al-Quran menggunakan Braille tetapi menyedari ia satu pengalaman baru, menyebabkannya teruja untuk menguasainya.
"Saya di dalam kelas ini pun baru peringkat asas iaitu belajar mengenal huruf dan baru masuk bab baris-baris bacaan sebelum beralih membuat latihan menggunakan mesin Braille," kata gadis yang berasal dari Kelantan ini..
Gadis ramah ini yang mula mengikuti kursus di situ pada Julai lalu, menjelaskan dia kehilangan pandangan akibat mengalami sejenis penyakit iaitu glaukoma.
Norfadilah hanya sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum bergelar pelatih di Kompleks MAB atas bantuan sepupu yang juga merupakan tenaga pengajar sekolah pendidikan khas.
Sebaik tamat pengajiannya, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik ini merancang memilih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan kemudian akan menyambung pengajiannya di maktab perguruan bagi merealisasikan cita-citanya bergelar pendidik.
Sabtu, September 19, 2009
Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik
Ahad, September 13, 2009
Kisah aku dan Tong Sampah
Inilah kisah perkenalanku dengan Tong Sampah.
Aku mengenali Tong Sampah pada awal Ogos yang lalu. Seorang rakanku telah memperkenalkan aku kepada Tong Sampah. "Tak apalah, awak panggil Tong Sampah saja." Beliau berkata. Maka, beliau telah memberikan aku nombor telefon Tong Sampah.
Tong Sampah ialah seorang gadis buta. Beliau tinggal di Johor Bahru. Umur beliau baru 21 tahun. Beliau bersekolah hanya setakat tingkatan tiga.
Maka, bermulalah persahabatanku dengan Tong Sampah. Aku pun sms beliau dan beliau membalas sms aku. "Hai, boleh saya kenal kamu?" Sms pertamaku buat beliau.
"Boleh." "Tapi, macammana kamu dapat nombor telefon saya?" Tong Sampah membalas sms-ku. "Oh, kawan awak yang berikan." Aku membalas sms-nya. "Kamu umur berapa?" Sms-ku dibalas. "35." Aku membalas sms-nya. "Wah, 35," "sudah tua, tak kahwin lagi?" Dia membalas sms-ku. "Belum." "Mana ada tua?" Aku membalas sms-nya.
Kemudian, aku terus hubungi Tong Sampah. "hello," itulah perkataan pertamaku. "Hi," "How are you?" Dia bertanya. "Oh i'm find." "Thank you." Aku membalas. "Wow!" "Your voice is so macho." Tong Sampah memberi reaksi. "Oh thanks." Aku menjawab.
"Actualy, who gives you my number?" Tong Sampah bertanya ingin tahu. "Oh, your friend give me your number." Aku membalas. "Oh ok." Dia menjawab pendek. Kami berbual agak lama dan kemudian, gagang diletakkan.
Sejak hari itu, bermulalah perkenalanku dengan Tong Sampah. Hari-hari aku sms beliau. Hari-hari juga aku menghantarkan my voice kepada Tong Sampah. Kami menjadi agak rapat. "Hi Tong Sampah, now i want to go to sleep." "So, don't reply this my voice ok?" "So, good night and have a sweet dreams." Itulah kata-kataku untuk my voice terakhir sebelum tidur pada hampir tiap malam.
Tiba-tiba, di suatu malam, semasa sedang rancak bersembang dengan Tong Sampah, tiba-tiba, talian telefon terputus. Ingatkan, talian rosak. Rupanya, Time Gold telah kehabisan kredit. Beberapa hari juga tidak dapat menghubungi Tong Sampah.
Apabila kredit dah top up, maka aku menghubungi Tong Sampah kembali. My voice juga giat berbalas-balas.
Beberapa hari yang lalu, bil telefon diterima. Wow! Dekat RM 130. Bil Celcom pula, RM 69.60. Alahai, dek kerana gara-gara Tong Sampah, bil telefon meningkat mendadak. Aku menceritakan pada Tong Sampah hal ini. Tong Sampah mencadangkan supaya kami berutus surat sahaja. Aku amat bersetuju dan demi untuk tulis surat pada Tong Sampah, aku telah membeli satu pocket frame yang berharga RM6.00.
Selasa, September 08, 2009
hebatkah oku penglihatan dalam penggunaan komputer?
Selamat.
Orang kata, aku ni asyik bergantung pada orang untuk belajar komputer. yalah, itu memang betul. kalau kita berkehendakan ilmu, sudah semestinyalah kita harus bergantung pada orang. Tapi, orang yang mengata itu, adakah dia tidak bergantung pada orang lain?
Sebenarnya, di dalam ilmu pengkomputeran ini, tidak ada istilah pandai dan hebat. Semuanya sama sahaja. hatta juruteknik komputer itu sendiri pun tidaklah sehebat mana.
lagi-lagilah kita yang oku penglihatan. Pada pendapat aku, oku penglihatanlah yang paling banyak bergantung pada orang di dalam ilmu pengkomputeran ini. Apa tidaknya, cuba kita fikir dan renung-renungkan.
Di dalam penggunaan sistem operasi komputer misalnya, kita berkehendakkan pihak penyedia menyediakan fasiliti untuk oku penglihatan. Contohnya, sistem pengoperasian windows harus dibuat supaya dianya bersesuaian dengan orang buta. yalah, supaya pembaca skrin dapat berfungsi dengan baik.
Di dalam penggunaan skype, mengapa kita begitu bising mengatakan skype tidak accesible dengan orang buta? Dan, kita mahu pembangun perisian tersebut melakukan sesuatu supaya skype itu dapat juga dinikmati oleh golongan oku penglihatan. Nah, sudah nampak di sini, kita harus bergantung kepada pembuat skype itu untuk berbuat sesuatu supaya kita semua ini dapat menggunakan skype itu. Sementara apa yang kita buat? Kita hanya pandai komen itu dan ini.
Script skype. Buat masa ini, hanya saudara Doug Lee yang bertungkus-lumus menyediakan scripts tersebut sambil dibantu oleh beberapa rakannya. nah, terang-terang di sini, kita semua, pengguna komputer oku penglihatan bergantung pada Doug Lee untuk menggunakan perisian skype ini dengan lancar dan elok. Mengapakah tidak ada di kalangan kita yang nak mencuba wujudkan scripts untuk mana-mana perisian? Jawapannya, susah dan kena korban masa.
Dan tanpa disedari, kita, oku penglihatan ini, telah benar-benar bergantung pada Microsoft Windows. Dipendekkan cerita, sudah kena ikat. Berapa keratkah oku penglihatan yang menggunakan sistem operasi perisian terbuka seperti Linux?
Pembaca skrin. Inilah yang menghantui golongan oku penglihatan. Dalam banyak-banyak syarikat yang mengeluarkan pembaca skrin, tanpa disedari, kita semua sudah terlampau bergantung pada Freedom Scientific yang mengeluarkan jaws. Walau pun terdapat beberapa pembaca skrin yang lain, tetapi, kita dan Freedom Scientific sudah bolehlah diibaratkan bagai isi dengan kuku. Sanggup kita mengharungi duri dan ranjau demi untuk mendapatkan secebis jaws crack. Tiada jaws, kita seolah-olah mati kutu.
Nah, berdasarkan beberapa contoh di atas, nampaknya, oku penglihatan lebih banyak bergantung pada orang supaya mereka dapat pakai komputer. Ini langsung tidak boleh dinafikan. Berbanding dengan orang celik, orang celik amat kurang bergantung pada orang untuk menjalankan komputer mereka. Berilah apa saja software pada mereka, sudah pasti mereka dapat memasang perisian tersebut.
Tapi kita? Bolehkah kita berbuat begitu? Hatta nak reformat komputer pun kita kena bergantung pada orang celik. Ya, memang ada CD un-atended installation. Mungkin orang akan kata, "pakai un-attended installation." ya betul, un-attended installation itu merupakan suatu penyelesaian masalah. Tapi, bolehkah kita menjangka sesuatu akan berlaku tengah-tengah dia buat kerja? Kita masukkanlah CD un-attended installation tu. maka seperti biasa, CD tu pun jalanlah. Install lah windows tu. Kita pula, dahlah mata buta, pergilah buat kerja lain. Kita pun, rasa hebatlah, wah aku tengah install windows ni. Baru lepas reformat komputer. hebat sangat oku penglihatan.
Sejam berlalu. Komputer terus membisu. Kita sudah jadi satu macamlah. Sepatutnya, ada bunyi, tapi, kenapa bisu? Nah sekarang, kita kena bergantung pada oranglah. Panggil orang celik tengok. Wah, rupanya, CD un-attended installation ni dah bermasalah. jadi, macammana? Ingatkan, install, rupanya, langsung tak jalan.
Ya ok, kita pandai install balik windows. Tetapi, sekarang situasinya, kita terpaksalah bergantung pada orang celik untuk membacakan arahan-arahan untuk kita dapat install kembali windows itu. Kesimpulannya, kita ni, memang kena bergantung pada orang celik.
Ingat, sehebat mana pun kita dalam komputer, sehandal mana pun kita untuk mengendalikan sesuatu software di komputer, Terror macammana pun, kalau ditakdirkan pembaca skrin bisu, kita pun jadi bodoh dungu dah. Pembaca skrin adalah nadi kita. nasib baik pembaca skrin tak boleh berkata-kata. Kalau boleh, mungkin dia berkata begini. "Kau orang tu buta, kalau aku tak cakap apa yang ada di skrin, mampus kau orang tak boleh kendalikan komputer." "Kau orang fikir, kau orang tu, hebat sangatkah dalam komputer ni?" "Kau orang jangan nak meninggi diri sangat." "Kau orang hebat pun kerana aku pembaca skrin." "Kalau aku tak tolong kau orang, jangan harap kau orang boleh main komputer."
kalaulah betul-betul pembaca skrin boleh berkata-kata sebegini rupa, apakah perasaan kita? Tiap kali jalankan komputer, dia berkata macam ni. masa itu, apakah yang kita rasa?
Oleh itu, janganlah kita terasa hebat dan terror kerana kita pandai dalam penggunaan komputer. janganlah kita memandang rendah pada orang yang bergantung pada orang lain untuk penggunaan komputer dan gunakan ilmu yang orang ajar untuk diajarkan pada orang lain. Ingat, orang yang tidak mahu bergantung pada orang lain, bolehlah dianggap, bongkak. Dalam komputer, tiada siapa yang pandai. Dalam komputer, semuanya sama saja. jangan kita rasa gah dan hebat bila banyak orang datang mencari kita.
Sehebat mana pun kita, kita kena bergantung pada orang. Contohnya aku sendiri. Sehebat mana pun aku, aku kena juga bergantung pada orang. Aku bukan setakat bergantung pada orang di malaysia, malah aku bergantung pada orang di seluruh dunia. Kalau tak, macammana nak dapat ilmu?
Arkit blog
-
►
2008
(244)
- Januari (32)
- Februari (20)
- Mac (10)
- April (21)
- Mei (16)
- Jun (10)
- Julai (8)
- Ogos (8)
- September (16)
- Oktober (36)
- November (34)
- Disember (33)
-
►
2009
(259)
- Januari (28)
- Februari (58)
- Mac (55)
- April (29)
- Mei (17)
- Jun (20)
- Julai (14)
- Ogos (13)
- September (8)
- Oktober (7)
- November (8)
- Disember (2)
-
►
2010
(66)
- Januari (5)
- Februari (2)
- Mac (1)
- April (13)
- Mei (4)
- Jun (2)
- Julai (2)
- Ogos (2)
- September (12)
- Oktober (3)
- November (20)
-
►
2014
(40)
- April (1)
- Mei (5)
- Jun (5)
- Julai (3)
- Ogos (3)
- September (7)
- Oktober (5)
- November (6)
- Disember (5)
-
►
2015
(33)
- Januari (2)
- Februari (3)
- Mac (2)
- April (6)
- Mei (5)
- Jun (5)
- Julai (4)
- Ogos (1)
- Oktober (2)
- November (1)
- Disember (2)
-
►
2017
(51)
- Januari (4)
- Februari (7)
- Mac (8)
- April (6)
- Mei (5)
- Jun (1)
- Julai (3)
- Ogos (3)
- September (4)
- November (6)
- Disember (4)
-
►
2018
(43)
- Januari (6)
- Februari (2)
- Mac (4)
- April (5)
- Mei (2)
- Jun (4)
- Julai (4)
- Ogos (8)
- September (1)
- November (4)
- Disember (3)
-
►
2019
(45)
- Januari (4)
- Februari (7)
- Mac (2)
- April (4)
- Mei (6)
- Jun (2)
- Julai (6)
- Ogos (6)
- September (2)
- Oktober (1)
- November (4)
- Disember (1)
-
►
2020
(33)
- Januari (2)
- Februari (4)
- Mac (2)
- Julai (3)
- Ogos (3)
- September (4)
- Oktober (8)
- November (4)
- Disember (3)