Sabtu, Jun 16, 2007

Kuala Lumpur 2006 bahagian dua


Menyambung kembali cerita Kuala Lumpur 2006 bahagian dua.



17 Disember 2006. lebih kurang jam tujuh empat puluh



lima

minit pagi, setelah bersiap semua, Ayam mengetuk pintu bilikku.


"Encik, Abian dah telefon." "Dia kata, dia menunggu kat simpang." Ayam memberitahuku. Aku segera mengemaskan begku. Maklumlah pagi itu, aku akan ke hotel Khooi Ping. Ini kerana, aku dan Paul Keong akan menyewa bilik Tan Ah Bah, pengerusi SBM cawangan Pulau Pinang.



Setelah semuanya siap, Ayam membawaku ke simpang jalan di mana, Abian telah sedia menunggu di situ. Setelah itu, Ayam pun pulanglah ke rumah. Maka, berjalanlah aku dan Abian ke Hotel Kooi Ping.



Sesampai di hotel, aku naik ke tingkat dua kalau tak salahku. Bilik Tan Ah Bah terletak tidak jauh dari lif. Jadi, tak susahlah bagi kami untuk turun nanti.



Abian meninggalkan aku di pintu bilik. Dia berjanji akan datang semula membawaku pada lebih kurang jam lapan setengah pagi.



Aku duduk berehat sebentar di bilik yang sejuk dan nyaman itu. Maklumlah ada penghawa dingin. Wah, tulah yang best tu. Aku menikmati kedinginan penghawa dingin itu sepuas-puasnya.



Di bilik itu, ada dilengkapi dengan tv. Penghawa dingin itu sudah semestinya. Bilik air pun bersih. Aku tak nampak, belasah sajalah kata bersih.



Setelah puas berehat, maka aku bersiap-siaplah hendak turun. Pada hari itu juga, ada mesyuarat agung luarbiasa SBM. Mesyuarat itu akan dilangsungkan di Kompleks MAB pada kira-kira jam sembilan pagi. Abian pula, nak datang bawa aku jam lapan setengah pagi. Jadi, kenalah bersiap cepat.



Tiba-tiba telefon berdering. Rupanya, Abian telah pun sampai di tingkat bawah dan tak reti nak menuju ke tingkat dua. Maka, aku pun memberitahunya macammana hendak menuju ke bilik kami.



Abian pun masuk lalu duduk berehat sebentar. Entah mengapalah dia balik ke rumahnya, aku sendiri pun tidak mengetahuinya. Mungkin nak ambik barang kot. Beliau pun duduk menikmati kenyamanan penghawa dingin yang terdapat di bilik kami.



Lebih kurang jam lapan setengah pagi, aku dan Abian pun keluarlah. Abian membawa aku ke sebuah gerai makan di tepi jalan. Gerai itu dipanggil kedai Ayu. Di situ, aku memakan sepinggan bihun goring kalau tak salah aku.



Dan yang tak sedapnya, tengah-tengah orang seronok makan, datanglah sebuah lori sampah untuk mengutip sampah di tong sampah yang terletak bersebelahan gerai Ayu ini. Alahai, bau sampahlah pulak. Dahlah tu, bising dan membingitkan telinga pula dengan bunyi enjin lori sampah yang sedang mengaum tu.



Di gerai itu, terdapat juga beberapa orang buta yang juga sedang menikmati sarapan pagi. Salah seorang daripada mereka ialah kawan yang satu kursus dengan aku pada tahun 1995 iaitu Zulkarnain.



"Ai Zul, hang pun makan kat sini jugak?" Aku bertanya. "Yalah." Zul menjawab rengkas. "Eh, siapa ni?" Zul bertanya kehairanan kepada Abian.



"La, hang tak kenaikah?" "Ni Khai Eong." Beritahu Abian kepada Zul. "Oh Khai Eong." Zul menjawab pendek.



"ha, tulah masa kursus dulu



satu batch." "Aku ada rakam beberapa peristiwa masa kat GTC dulu." Terangku. "Engkau tu memang." Zul menjawab pendek.


"Kak, cepatlah kira kak." "Ni nanti saya nak pi mesyuarat ni." Perintah Zul pada towkeh gerai untuk mengira bayaran dengan segera sebab dia akan menghadiri mesyuarat khas E G M SBM di Kompleks MAB pada kira-kira jam sembilan pagi nanti.



Pada pagi itu, aku memakan sepinggan mi goring dan minum kopi ais. Kopi dia manis bukan main. Minum dan makan sambil diiringi dengan bunyi lori sampah yang agak kuat. Aku segan nak makan banyaklah sebab orang yang tolong bayarkan.



Apabila selesai makan, kami pun bertolaklah ke MAB untuk menghadiri mesyuarat EGM SBM.



Abian membawaku ke MAB dengan berjalan kaki. Maklumlah dekat sahaja jaraknya. "Ha, ni kat atas kepala hang ni ada mono rel. kadang-kadang, hang boleh dengak LRt tu lalu atas kepala hang." Abian menerangkan situasi tempat itu padaku.



Dan secara kebetulan, ada sebuah LRT yang lalu di situ. "Ha tu, hang dengak tu." Abian berkata. Wah, laju sekali si LRT itu berjalan. Aku agak terpegun sebentar.



Kami terus berjalan untuk menuju ke MAB. Dan tidak lama kemudian, kami pun tibalah ke perkarangan kompleks MAB. Kelihatan orang begitu ramai sekali di perkarangan kompleks tersebut.



Sebelum masuk ke bilik mesyuarat, Abian telah membawa aku ke tingkat dua dengan menaiki lif. Di tingkat dua, kami dibawa ke sebuah bilik kelas agama. Di situ Abian charge telefon. Beliau meletakkan telefon bimbitnya di situ untuk charge bateri. Dan selepas itu, kami beredar dari situ untuk ke bilik mesyuarat.



Di dewan mesyuarat telah penuh sesak dengan manusia. Dewan mesyuarat yang sepatutnya sejuk, kini telah menjadi panas akibat manusia yang terlalu ramai. Suasana agak hangar-bingar seperti pasar pagi.



Ada

kedengaran juga suara setiausaha agung SBM Nazari osman. Beliau sedang memberikan taklimat mesyuarat kepada semua ahli-ahli yang hadir.


Kini, mesyuarat telah bermula. Aku dan Abian duduk di bahagian belakang sekali. Almaklumlah, dewan mesyuarat sudah dipenuhi oleh para ahli yang hadir. Penghawa dingin yang sepatutnya sejuk, telah tidak terasa kesejukannya lagi. Semuanya gara-gara ramai orang.



Di dalam mesyuarat tersebut, pengerusi majlis telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli SBM Pulau Pinang kerana telah hadir beramai-ramai ke mesyuarat agung luarbiasa di



Kuala Lumpur

ini. Pengerusi juga telah memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.


Tidak lama selepas mesyuarat, aku dan Abian terasa nak ke tandas. Maka, bangunlah kami berdua dari kerusi nak menuju ke pintu keluar. Berjalanlah kami melanggar sana-sini. Apabila kami sampai di pintu keluar, pintu keluar itu telah terhalang oleh beberapa orang manusia yang duduk di situ. Aku terdengar suara kak Norazlin.



"Kak, tak boleh keluarkah?" Aku bertanya. "Tak boleh dah." "Dah kena blok dah." Jawab kak Lin rengkas. "La kak, semua dah kena blokkah?" Aku bertanya. "Dah tak boleh lalu dah." Kak Lin menjawab rengkas.



Aku dan Abian berlalu segera dari situ. Kami kembali ke tempat duduk kami. Kami duduk sebentar sambil berfikir macammana nak keluar dari bilik mesyuarat ini untuk menuju ke toilet.



Akhirnya, kami bangun kembali. Kami terus menuju ke pintu yang terletak di belakang kami. Kami menolak meja yang menghalang pintu itu ke tepi. Dan akhirnya, kami telah dapat keluar. Wah, alangkah leganya kami.



Kami terus menuju ke toilet. Dan selepas keluar dari toilet, aku dibawa ke kantin MAB oleh Abian. Di satu ada mesin water cooller. Aku berasa gembira. Wah nampaknya, dapatlah aku menikmati air sejuk kali ini. Berkata aku dalam hati.



Kegembiraanku tidak berpanjangan. Rupanya kat situ langsung satu cawan pun tak ada. Alahai, macammanalah nak minum pulak ni? Aku berkata dalam hati. Abian memberitahu aku supaya menggunakan tangan untuk minum. Alahai, cara itu, aku tak retilah pulak.



Kebetulan pada ketika itu, lalu seorang perempuan lalu menerangkan cara-cara nak minum air dengan menggunakan tangan. Dia berpakaian baju lengan panjang. Habis basah lengan baju dia tu.



Selepas itu, kami beredar semula ke perkarangan dewan mesyuarat. Kami sudah tidak mmasuki dewan mesyuarat itu lagi kerana, kalau masuk pun, dah memang tak ada tempat duduk dah. Jadi, kami melepak sajalah di perkarangan dewan mesyuarat itu.



Di perkarangan dewan mesyuarat juga, kelihatan ramai yang sedang berkumpul.



Ada

yang sedang menghisap rokok dan pelbagai lagi kegiatan yang dilakukan. Sementara aku dan Abian berehat sebentar.


Wah nampaknya, pengerusi Pulau Pinang pun ada di perkarangan dewan mesyuarat. Ini mesti kerana dah tak ada tempat duduk dah ni. Beberapa AJK pun ada di perkarangan itu juga.



Di perkarangan dewan mesyuarat aku telah terserempak dengan Yatim. Wah, dia pun ada di situ jugak rupanya. "Oi, hang mai jugak no?" Aku menegur. "yalah." Yatim menjawab. "Awat tak masuk?" Aku bertanya. "Hmm, dah penuh." "Nak masuk lepas tu nak dok kat mana." Jelas Yatim.



Sementara Abian pula, sedang bercakap dengan seorang rakannya. "Eh duit makan tu macammana?" Rakan Abian memulakan bicara. "Aku dengar cik Yusuf kata, dia akan bagi dua tiga hari nanti." Beritahu Abian.



Tidak berapa lama selepas itu, aku dan Abian beredar dari situ. Kini, aku dibawa oleh Abian ke rumahnya. Kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumahnya. Maklumlah, dekat sahaja. Wah, bertangga-tangga terpaksa didaki untuk sampai ke rumah si Bian ni. Tingkat empat kalau tak salahku.



Kunci pintu dibuka. Kami pun masuklah ke rumah. Rumah Abian itu agak besar jugak. Tapi, dia Cuma menyewa bilik di rumah itu. Biliknya juga agak besar. Aku dibawa oleh Abian ke biliknya.



Rakan si Abian si Kanang masih lagi tidur terlentang walau pun jam telah menunjukkan hamper pukul


12:00
tengahari. Tidak lama selepas itu, beliau bangun. Abian memperkenalkan rakannya itu kepadaku. Kami berjabat tangan.


Kini, Abian pun membuka komputernya. Wah, komputernya ni, Pentium empat o! Memanglah laju sakan komputernya tu. Dan, aku telah membantunya untuk install Norton System work 2003 ke komputernya. Dan selepas itu, Abian pun menjalankan rutinhariannya iaitu memeriksa mail-mail yang dikirim ke Kumpulan Sinar Islam dan Komuniti Oku.



Setelah semuanya selesai, computer pun ditutup. Kini, kami pun bersiap-siap hendak turun. Abian akan membawa aku ke kedai kuning untuk makan tengahari. Sebenarnya, aku pun tak tau di mana kedai kuning tu.



Kini, Abian pun dah bersiap-siap. Jadi, kami pun turunlah. Semasa dalam perjalanan, Abian telah terserempak dengan kawannya cikgu Nazri. "Ha Khai Eong, nilah cikgu Nazri." Abian memperkenalkan cikgu Nazri kepadaku.



Kami kini dalam perjalanan ke kedai kuning. Wah rupanya, kedai kuning tu, berdekatan sahaja dengan rumah si Abian ni. Di kedai itu telah bersesak-sesak si buta si buta yang datang untuk makan. Jadi, agak penatlah jugak si pelayan indon itu melayan kerenah si buta si buta yang datang itu.



Aku hanya memakan nasi berlaukkan kuah kari dan sedikit sayur. Setelah makanan dipesan, aku dan Abian duduklah melihatkan kerenah-kerenah dari orang-orang buta yang berada di situ untuk makan.



"Eh, macammana ha mesyuarat SBM tadi?" Kedengaran satu suara lelaki bertanya. "Tak tau o aku tadi tak habis, aku dah balik dah." Seorang perempuan pula menjawab.



"Aku dengar tadi mereka



cuba

nak buat undi tak percaya." Sampuk pula seorang lelaki. "Dapat buat tak?" Tanya seorang lagi. "Tak dapat." Jawab yang seorang lagi. "Jaafar tu yang dok bising." Seorang lagi menyampuk.


Sedang aku leka mendengar perbualan sekelompok orang buta, makanan yang aku pesan telah pun sampai. Aku pun, apa lagi, makanlah dengan lahap sekali.



Sementara Abian telah membuat panggilan kepada cik Ayam. Aku tidak tahu bual bicara mereka sebab mereka bercakap menggunakan bahasa


Sarawak
. Yang aku tahu ialah cik Ayam nak datang makan di Kedai Kuning itu.


Aku tidak peduli semua itu. Yang penting bagi aku sekarang ialah makan sepuas-puasnya. Maklumlah, sekarang, perut pun dah lapar. Jadi, makan sahajalah.



Tidak lama kemudian, cik Ayam pun tibalah. Dia pun memesan makanan yang dia kehendaki. Pada tengahari itu, kami makan sambil ditemani oleh tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh nyaman sekali.



Selepas makan dan bayar, cik Ayam telah membawa aku dan Abian ke Kl Central. Kata cik Ayam, dia nak beli barang untuk orang rumah dan anaknya. Kami ke Kl Central dengan hanya berjalan kaki saja. Maklumlah, dekat saja tu.



Si Ayana pula telah meminta pertolongan cik Ayam untuk membelikannya kad prepaid Celcom. Alasan yang diberikan, dia tak sempat nak keluar. Dia suruh cik Ayam beli dulu, nanti dia bayar. Dia suruh beli yang RM 10.



Setelah sampai di Kl Central, kami pun berlegar-legarlah mencari barahg yang hendak dibeli. Rupanya barang makan yang hendak dibeli untuk anak cik Ayam tu tak ada pulak pada hari itu.



Setelah dah habis membeli, kami bertolak pula ke rumah cik Ayam. Rupanya, anak cikAyam sedang tidur ketika itu. Jadi, agak sunyilah rumah itu tanpa kelibat anak cik Ayam.



Apabila sampai, aku dan Abian berehat sebentar di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, aku pun mengambil tualaku yang aku terlupa nak ambil ketika aku keluar pada pagi tadi. Dan selepas itu, aku dan Abian pun masuklah ke bilik computer cik Ayam.



Di bilik computer itu, aku menyambung tugasku yang kurasakan belum selesai itu. Sementara itu, cik Ayam pun memainkan lagu-lagu yang terdapat di dalam komputernya untuk diperdengarkan kepada Abian.



Sedang kami sibuk membuat kerja masing-masing, tiba-tiba kedengaran anak cik Ayam. Dah bangun rupanya anak cik Ayam ni. Isteri cik Ayam membawanya ke bilik. Ha, anak Ayam ni, memang ligat betul.



Kami terus membuat kerja kami masing-masing. Sementara anak ayam pula, sibuk mengacau



sana

dan sini. Cik Ayam dan isteri, naik rimas dibuatnya.


"Abang abang, kalau abang nak tolong



, abang kena tekan space." Beritahu anak cik Ayam. Alahai, ini apa punya arahan ni? Aku bertanya dalam hati. Ah tak apalah, budak-budak. Dia tak tau apa pun.


Anak cik Ayam masih ligat berlari ke



sana

dan ke sini. Dia pergi pula kepada Abian. "Abang abang, kalau abang nak tolong

, abang kena tekan space." Sekali lagi arahan yang sama diberi. "Ha yalah, tekan space." Abian menjawab.


Setelah selesai dengan urusan computer, maka kami pun keluarlah dari bilik cik Ayam yang berhawa dingin itu. Kami pergi duduk di kusyen di depan telivisyen. Di sebelah kanan kami terdapat satu pintu yang menuju ke beranda rumah. Bila pintu itu dibuka, maka, angin sejuk dari luar pun masuklah. Angin itu datang dengan sepoi-sepoi bahasa.



Aku bersandar di atas kusyen. Dek kerana tiupan angin yang nyaman itu, maka aku telah terlena buat beberapa ketika. Maklumlah, dah penat agaknya.



Tidak berapa lama kemudian, isteri cik Ayam telah menyiapkan minum petang untuk aku dan Abian. "ha bian, marilah minum, ni ada sikit kuih." Beritahu isteri cik Ayam. "ok tak apa nanti kejap." Abian membalas. "Encik, mailah makan encik, ni ada kuih ni." Cik Ayam mempelawa aku untuk minum petang. "ha ok." Jawabku rengkas sahaja.



Selepas beberapa ketika, aku dan Abian pun pergilah ke meja makan. Di meja telah terhidang teh dan beberapa jenis kuih. "Kuih ni engkau beli di mana?" Abian bertanya. "Dekat-dekat sini jer." Isteri cik Ayam menjawab. "Oh." Abian menjawab rengkas.



Kami pun makanlah. Aku hanya berjaya memakan sekeping dua sahaja kuih tu sebab aku tak gemar yang manis-manis. "Hmm, aku dah makan tak habis dah." Aku memberitahu. "ha, hang makan bagi habis Khai Eong, kalau tak, aku tinggai hang kat sini." Abian berseloroh.



Aku rasa sayanglah pulak nak biarkan kuih ni membazir. Jadi, aku makan perlahan-lahan. "Eh encik, makanlah." "Ni ha tinggal beberapa keeping saja." Beritahu isteri ayam kepadaku. "Yalah encik, hang ni



kuat makan." "Kami pilah beli kuih ni." Cik Ayam pula berseloroh. Akhirnya kuih tu tertinggal sedikit juga.


Setelah makan, aku dan abian berehat lagi di atas kerusi kusyen yang empuk itu. Sambil melihat gelagat anak cik Ayam bermain dengan play stationnya. Anaknya begitu lincah sekali. Maklumlah anak lelakilah katakan.



"Oi Ayam, engkau nak gi tak rumah si Usop tu?" Abian melemparkan persoalan kepada cik Ayam setelah agak lama kami duduk menyandarkan diri di kerusi. "Bila hang nak pi?" Ayam pula bertanya. "Kejap lagilah nak bawa si Khai Eong ni gi kejap." Beritahu Abian.



"Ha, nak pergikah?" Isteri Ayam pula bertanya. "Ish, aku rasa, aku mengantuklah." Beritahu cik Ayam. "Tak apalah kau pergi dua orang, lepas tu kirim salam aku kat su Usop dan Ayana." "nah hang bawa sekali kat prepaid Celcom ni kat dia." Cik Ayam berpesan pada Abian.



Setelah agak lama kami berehat, kami pun meminta diri untuk pergi pula ke rumah Ayana. Kami ditemani oleh cik Ayam sekeluarga hingga ke depan pintu. Maka, kami pun memulakan perjalanan kami ke rumah Ayana.



Aku dan Abian hanya berjalan kaki sahaja untuk ke rumah Ayana tu sebab, rumahnya dekat sahaja dengan rumah cik Ayam. Kami pun sampailah di hadapan sebuah sekolah. Di dewan sekolah itu, kedengaran orang sedang menyanyikan lagu tamil.



"Encik,



cuba

telefon kat Ayana sat Tanya dia kat mana dan suruh dia buka pintu." Beritahu Abian. Aku pun menelefon si Ayana. "Hello, mana hang." Aku mula bertanya. "Wey hang habaq kat Abian, buka saja pintu pagak tu." "Pintu pagak tu tak berkunci." Beritahu Abian kepadaku.


Kami pun pergilah ke pintu dan membukanya. Maka, berjalanlah Ayana keluar dari rumah dengan kasut tingginya. Kertok, kertok, kertok, kertok, kertok, kertok. Ayana berjalan menarik kasutnya.



"Aku dah tengok dah hangpa mai tadi tu." Ayana memberitahu. Kami pun masuklah kat rumah Ayana dan Yusuf. Kami duduk di kerusi kusyen untuk menghilangkan kepenatan semasa berjalan tadi.



Rumah Ayana dan yusuf ni, agak besar jugak. Mereka ni, tinggal di quarters kerajaan. Boleh tahanlah keluasannya.



Ada

tingkat atas lagi. Berstatus sederhana kaya jugaklah.


Setelah agak lama berehat, aku pun pergilah mengklebek computer si Ayana tu. "ha, mana dia computer hang?" Aku bertanya. "Mai, aku nak tunjuk kat hang computer aku." Beritahu Ayana dan membawa aku ke meja komputernya.



"Weh, hang buat elok-elok sikit." "hang jangan dok pi masuk merata tempat." "Satni mukalau rosak computer aku, hang jaga no?" Ayana memberi amaran. "Ha, hang toksah dok risaulah." "Taulah aku apa aku nak buat." Aku memberi jaminan. "Ha, tau tak pa." "Hang toksah dok gatai pungkoq pi buat computer aku ikut suka hati hang." Ayana menyambung leterannya. "Tak apalah, hang toksah dok hingaklah." "Aku tau apa aku nak buat." Aku memberi jaminan.



Selepas itu, Ayana pun beredar ke bahagian dapur. Entah apa yang dibuatnya, aku sendiri pun tidak tahu. Sementara aku pula, mulalah sibuk menggodek computer si Ayana ni. Ish, teruknya computer dia ni.



Tiba-tiba aku terdengar suara orang dari luar. Yusuf pun pergilah membuka pintu. Rupanya, itu abang Yusuf atau pun nama asalnya, Joseph datang ke rumahnya. Abang dia tu, cakap loghat Sabahlah. Aku haram sepatah pun tak faham.



Kini, aku telah siap menggodek computer si Ayana. Tak ada apa yang rosak pun Cuma dia buat ikut suka dia. Sebab itu, computer dia bermasalah. Kini, segalanya dah kembali normal.



"Oi pungkoq, hang dah buat siapkah?" Ayana bertanya. "Ha, dah siap dah." "Hang ni mengarut betoilah." Aku berkata. Lagu manalah hang dok pakai computer ni?" Aku bertanya lagi.



"Mana aku nak tau?" "Aku pakai lagu tu sajalah mangkoq oi." Beritahu Ayana. "habeh awat boleh jadi lagu ni?" Aku bertanya pula. "Mana aku nak tau?" "Hang ni mangkoq betoilah." Ayana berkata.



Kini kami dah nak makan bihun. Ayana beritahu, dia membeli bihun tu tiga bungkus. Dia kata sedap. Hmm, biarlah apa dia nak kata. Yang penting bagi aku sekarang ialah makan. Sebab aku pun dah berasa sedikit lapar.



Alahai, kena duduk atas lantailah pulak untuk makan. Ish, teruk betullah mereka ni.



Ada

meja, tak mau duduk di meja, nak duduk lantailah pulak.


Ah, lantai pun lantailah asalkan makan. Kami makan bihun rebus petang itu. Dan disebabkan duduk atas lantai, maka aku telah menumpahkan kuah bihun ke atas lantai. Maklumlah, aku ni, tak reti nak pegang mangkuk.



Dan, disebabkan duduk dan makan atas lantai, maka aku hanya makan semangkuk sahaja. Sebabnya aku kurang selesa untuk makan. Kalaulah duduk di meja, aku rasa, dua mangkuk pun tak cukup.



Selepas makan, abang si Yusuf sudah hendak bertolak pulang. Yang aku faham, dia beritahu, kapalterbangnya akan bertolak jam sembilan malam ke


Sabah
. Itulah yang aku faham pun.


Selepas itu, abang Yusuf pun bertolak ke tempat penginapannya. Dan selepas makan, Ayana bawa aku duduk di sebuah kerusi kusyen yang agak empuk. Aku pun duduk tersandar sambil menikmati tiupan angin dari luar yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.



Tidak lama kemudian, Yusuf pun membawa keluar bekas yang berisi kuih. "Wey encik,



cuba

hang rasa kuih ni." "Best o." Beritahu Yusuf kepadaku. "Ha Khai Eong, hang makan Khai eong." "kalau tak, nanti aku tinggai hang." Abian berkata. Selepas itu, Abian dan Yusuf pun pergi ke bahagian dapur. Dan tiba-tiba aku dengar si Abian ketawa terbahak-bahak. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.


Yusuf membawa satu lagi bekas yang berisi kuih. "ha Khai Eong, yang ni, kuih dari istana." Beritahu Yusuf.



"ha Khai Eong, kalau hang tak makan kuih ni, hang menyesai o." "Kuih nip ayah nak dapat hang taukah?" "Kuih ni hanya kat istana saja yang ada." Ayana bercerita panjang lebar padaku. Aku pun mencuba sekeping kuih tu. Wah, boleh tahan sedapnya.



Aku hanya boleh makan dua keeping saja. "La Khai Eong, makanlah lagi." "



Ada

banyak lagi." Yusuf memberitahuku. "Ha, hang makan Khai Eong." "Kalau tak, aku tinggai hang nanti." Abian berkata sambil ketawa.


Selepas makan, aku tersandar di kerusi kusyen. Ayana pula duduk di sebelah aku. Sedang mendengar radio.



Angin sepoi-sepoi bahasa sedang bertiup dari luar. Aku menyandarkan badanku ke kusyen empuk itu. Kemudian aku bangun sekejap lalu menggoyangkan badan sebab lagu tu sedap didengar. "Ala Khai Eong, hang toksahlah dok menari Khai Eong oi, meluat aku tengok." Ayana berkata.



Tiba-tiba, telefon Abian berbunyi. "Asalamualaikum," kedengaran Abian memberi salam. "Ha, pasai apa?" Kedengaran suara Abian lagi. "Ni hang dok kat mana ni?" Bercakap lagi. "Habis tu, hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya. "Ni, aku dengan Khai Eong kat rumah si Usop ni ha." Beritahu Abian. "Ni hang nak aku mai jumpa hangkah?" Abian bertanya lagi. "Hang kat mana sekarang ni." Bertanya si Abian lagi. "Oh kat kedai Yusuf Alikah?" "Tak apalah, nanti aku mai cari hang." Beritahu Abian. Perbualan tamat di situ.



"Siapa tu?" Yusuf bertanya. "Fadzlin dan Rahim." Beritahu Abian. "Dia nak suruh aku pergi jumpa dia." Abian memberitahu. "ha Khai Eong, hang nak pi dak jumpa Rahim dan Fadzlin tu?" Abian bertanya. "Ha, boleh jugak tu." Jawabku rengkas sahaja. "Tak apalah kita duduk sekejap." Beritahu Abian.



Maka, kami pun berehatlah sekejap sambil menikmati tiupan angina yang sepoi-sepoi yang bertiup di luar rumah Yusuf ni. Rasanya sungguh nyaman sekali. Terasa mengantuklah pula bila angin itu mengembus ke badan.



Selepas itu, aku dan Abian meminta diri untuk beredar dari rumah Yusuf. "Ok lah Sop, kami pi dululah." "Nak pergi cari Rahim dan Fadzlin pulak. "ha ok lah cop, aku pun nak pi dah." Beritahu aku juga.



"Ha, ok lah Khai Eong, lain kali kalau hang mai Kl lagi, hang jangan lupa mai rumah aku no?" Yusuf berpesan. "Ha, boleh saja encik." Jawab aku rengkas.


Aku dan Abian pun keluar dari rumah Yusuf. Yusuf dan Ayana menghantar aku sampai ke pintu. "Ha, jalan baik-baik." Ayana berpesan. "Ha ok, jumpa lagi." Aku berkata.



"Besak o badan dia." Kata Yusuf pada Ayana. "La, badan dia bukan besak sangat, sederhana saja." Balas Ayana.



Maka aku dan Abian pun berjalanlah meninggalkan rumah Ayana dan Yusuf. Kini, kami menuju pula ke gerai Yusuf Ali. Abian membawa aku berjalan melintasi Jalan Sultan Abdul Samad iaitu bangunan asrama lelaki GTC. Rupanya, jalan itu dah pun berubah. Tidak seperti sebelas tahun yang lalu semasa aku berkursus di GTC.



Kini, sampailah kami di gerai Yusuf Ali. "Ha Khai Eong, mai duduk mai." Fadzlin mempelawa aku. "Ha encik, sini encik." Rahim menyampuk. "la ni nama dia bukan Ultraman dah." "La ni dia tulis question mark question mark question mark saja kat e-mail dia. Rahim bercerita.



Kini, aku dan Abian telah berada di gerai Yusuf Ali. "Ni Bian, hang nak minum apa?" Rahim bertanya. "Aku nak minum jerlah." "Aku dah kenyang makan kat rumah si Usop tadi." Beritahu Abian.



"Ha encik, encik nak minum apa?" Rahim pula bertanya pada aku. "ha kopi ais." Aku menjawab rengkas. "Mamak ada jual apa kat sini." Kedengaran pula Fadzlin bertanya. Pelayan di situ memberitahu apa yang ada.



"Ha mamak, bagi roti canai dua, teh ais satu." Beritahu Fadzlin.



Aku duduk mendiamkan diri sementara Abian pula berbual dengan seorang rakannya. Aku dah malas nak berbual sebab dah berasa kepenatan dah hari tu. Yalah, dari pagi ke petang, asyik makan saja kerjanya.



"Wey Khai Eong, aku ada satu business aku nak ajak hang joint." "Hang nak tak?" Rahim bertanya. "Business apa tu." Aku membalas. "Ni business melalui internetlah." Balas Rahim pendek. "Kalau hang nak, hang mai kedai kunin malam ni." Ajak Rahim. "Ha ok lah." Aku menjawab pendek sahaja.



Aku terus mendiamkan diri. Sementara itu, Abian sedang sibuk melayan rakannya itu berbual-bual. Aku pula, dah penat dan dah pun mula mengantuk.



Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam. "Ok lah, dah tujuh malam ni." "Ni aku nak bawa Khai Eong balik ke hotel. Beritahu Abian. "Ok Khai Eong, jangan lupa ha malam ni, kat kedai Kunin." Rahim memperingatkan aku. "Ok." Jawabku ringkas.



Selepas bersalaman, aku dan Abian pun berjalan pulang ke hotel Khooi Ping. Aku berasa penat dan agak mengantuk juga. Yalah, seharian berjalan dan juga makan.



Setelah memasuki bilik, aku terus pergi mandi. Sementara itu, Abian pula, bersembang dengan kawanku Paul keong. Entah apalah yang dibualkan, aku tidak ambil pusing semua itu. Yang penting, aku nak mandi.



Setelah mandi, aku pun bersiap-siap sebab pada jam lapan malam, aku dan Abian akan turun ke lobi hotel untuk menunggu cik Ayam datang. Pada malam itu, entah ke manalah cik Ayam nak bawa kami pergi makan. Rancangan nak makan Satay Kajang dah terbantut sebab orang yang ditugaskan membawa kami dengan van tu kemalanganlah pulak. Jadi, aku tak tahulah mana dia nak bawa kami ni pergi makan.



Setelah bersiap-siap dan lebih kurang jam


7:50
malam, kami pun turunlah ke lobi hotel. Cik Ayam masih belum tiba lagi. Abian menelefon cik Ayam. Entah apa yang dibualkan aku pun tidak tahu sebab mereka bercakap dalam loghat
Sarawak
.


Aku pula, asyik leka mendengar siaran tv yang sedang dibuka oleh towkeh hotel tersebut. Dia sedang menonton siaran 8 tv. Jadi, tak fahamlah aku sebab siaran cina.



Tepat jam lapan malam. Tiba-tiba siaran 8 tv telah bertukar ke siaran tv3. "Wah, towkeh ni tengok berita tv jugak no/" Aku berkata dalam hati. Entah dia faham, entah tidak. Tapi itu semua aku tak pedulilah asalkan aku dapat mendengar serba sedikit berita untuk hari itu.



Tidak lama kemudian, cik Ayam pun sampai. Kami pun pergilah makan. Cik Ayam membawa kami ke restoran RRC iaitu sebuah restoran yang bertaraf



lima

bintang di Brickfields. Itulah kali kedua aku ke restoran itu.


Di



sana

, aku makan sepinggan besar mi goring. Cik Ayam makan ayam dan beberapa hidangan lagi. Abian juga sama. Dan semasa makan, kami pun berbual-bual. Bermacamlah yang dibualkan. Dari satu topic, ke satu topic yang lain.


"Alamak, aku lupa aku janji dengan Rahim nak jumpa di kedai kuning." Aku berkata. "Ni dah pukoi sepuluh lebih dah." Aku menyambung. "Tak apalah, esok



hang nak pi MAB?" Ayam bertanya. "Jadi, hang pilah bagi tau dia hang terlupa." Ayam menambah. "ha ok lah." Aku menjawab pendek.


Lebih kurang sepuluh setengah malam, kami selesai makan. Kami pun bertolak pulang. Cik Ayam telah pulang ke rumahnya sementara Abian telah membawa aku pulang ke hotel penginapan.



Apabila sampai di pintu bilik, maka pulanglah Abian ke rumahnya.



Malam itu, aku teramat mengantuk. Aku pun pergi membasuh muka dan memberus gigi. Dan selepas itu, aku pun terus pergi tidur. Aku kena tidur awal sebab esok ada program lawatan ke MAB, rumah kak Rosnah dan rumah Lin.



(Bersambung)



0 ulasan:





Arkit blog