Khamis, Jun 14, 2007

Alih suara, satu seni.


Sebut sahaja alih suara, ada yang memandang sinis. Ada yang berkata, tak best tengok siri/filem alihsuara. Alasan mereka, percakapan dengan mulut kurang tepat. macammana nak sama, nama pun alihsuara. Bercakap macam orang tak berfikiran.



Dari aku kecil, aku telah mengenali siri dan drama alihsuara. Aku masih ingat, siri alihsuara yang aku dengar di tv ialah siri carton Captain Future yang disiarkan di tv1 pada setiap Jumaat jam 5:00 petang.



Ini diikuti dengan siri-siri carton dan drama yang lain. Antara siri Carton ialah Thunder Sap, The Galaxi Cy cklone Brazer, siri Toriton, Space Cop Gaban dan banyak lagi. Sementara siri drama pula ialah siri Oshin, Drama brazil The Little Misi, drama Brazil The Write To Love dan banyak lagi.



Sebenarnya, alihsuara ini merupakan suatu seni yang unik. Bukan semua orang boleh melakukan proses ini. Dan satu lagi, seorang pengalihsuara boleh memegang beberapa watak dalam satu masa. Ini adalah satu keunikan yang hanya kita boleh lihat dan dengar dalam siri/drama alihsuara sahaja. Kalau di drama sebenar, terlampau jarang kita menjumpai perkara semacam ini.



Proses mengalihsuara sebenarnya bukan mudah. Apa yang saya dengar melalui slot di tv, mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini kadang-kadang terpaksa berada di studio sepanjang hari dan malam. Walau pun mereka hanya memegang watak orang, tapi kerja mereka bukanlah mudah. Kalau tiada komekmen, memang tidak terbuat kerja tersebut.



Sepatutnya, pihak-pihak yang berwajib contohnya <ementerian Penerangan harus memberikan suatu penghargaan kepada mereka yang melakukan kerja yang mulia ini. Kerana mereka inilah kita semua dapat menonton sesuatu siri/drama itu dengan mudah.



Dan dek kerana mereka ini jugalah kami orang-orang buta dapat mendengar filem-filem dari luar contohnya drama jepun dan Brazil. Kalau bahasa inggeris pun, bukanlah semua orang yang boleh memahaminya.



Dan sekarang, kami sudah tidak dapat lagi mendengar siri yang dialihsuara. Ini adalah kerana siri-siri tersebut sudah jarang ke udara. Kami hanya dapat mendengar cerita orang tentang drama Venezuela, Filipina dan lain-lain. Manalah kami nak tengok sarikata yang terpapar di screen tv? Siapalah yang hendak membacakannya untuk kami?



Kepada mereka yang menjalankan kerja yang amat mulia ini, berbanyak terima kasih diucapkan. Jasa anda, amat besar bagi kami.



Sekian


0 ulasan:





Arkit blog