Aku datang lagi. Kini nak bercerita lagi.
Semalam, saya ada mendengar rancangan awal pagi di salah sebuah stesen telivisyen. Kebetulan mereka membincangkan topik pengemis. Tiba-tiba, tekeluarlah satu kenyataan bahawa orang celik yang membantu orang buta dalam kegiatan ini dalam satu malam, mereka boleh dapat dalam anggaran kasar dua ratus satu malam. Wow!
Kenyataan ini memang ada kebenarannya. yalah rakyat negara kita ni kan pemurah? Tapi kadang-kadang, pemurah tak bertempat. Main bagi saja. Tak selidik pun.
Ini pula kerenah warga oku penglihatan. Saya ni, cacat penglihatan jadi saya lebih spesific ke oku penglihatan. Oku penglihatan ni pun satu kerenah juga.
Mereka ni, sudahlah buat kerja ini. Lepas tu, nak tunjuk kuasa mereka pulak. Saya ada diberitahu, apabila mereka datang ke gerai-gerai atau tempat makan, mereka akan pergi dari satu meja ke meja yang lain. Itu tak apalah, biasa.
Tapi, yang tak sedapnya, bila orang taknak bagi, siap dimarah atau dimaki orang itu. siapakah awak yang nak maki-maki orang? Hatta apa orang nak kata pun, kita tak ada hak nak maki. Sudahlah buat kerja menangkap dan yang sewaktu dengannya, ni nak tunjuk kononnya ni, kita boleh maki orang ikut suka hati. Mana boleh? kalau dah tau orang taknak bagi dan dah mula berleter, cepat-cepat beredar sahaja. Usah ditunggu lagi.
Satu lagi, bila orang taknak layan, buat apa tunggu lagi kat meja makan tu? Beredar sahajalah. Tahu tak sesetengah orang, dia amat pantang bila orang datang minta-minta macam ni semasa mereka tengah makan? Dan adakalanya, orang tu janji nak bagi selepas makan. Ok, kalau dia sudah berjanji begitu, beredar saja. Ini tidak, dia duduk di situ macam tunggul kayu, tunggu sampai orang lepas makan, sampai orang bagi, baru dia beredar.
Sebenarnya, disebabkan perangai-perangai tak senonoh orang buta inilah yang telah membuatkan orang marah dan terus membuat laporan kepada pihak yang berkuasa. Dan bila dah kena tangkap, tahu pulak nak marah. Kononnya tak perihatin. Tapi mereka tak sedar, bila mereka buat perangai-perangai yang tak senonoh pada orang, apakah perasaan orang pula. Dan mereka juga tidak sedar, berkemungkinan perangai tak senonoh yang mereka buat itu sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa. Dan bila mereka maki orang, mereka tak sedar siapa yang mereka maki itu. Mungkin pak menterikah, orang JKM kah atau orang-orang lain.
Kita ni, dahlah mata tu buta, bila bercakap di tempat awam, berhati-hatilah sikit. jangan nak tunjuk kita punya angin. Orang pun ada angin jugak. Kalau kita garang, ada yang lebih garang. Kalau kita samseng, orang lebih samseng.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan