Rabu, Disember 12, 2007

Bercerita.

Aha, maka semalam, aku pun berchat dengan si Reena. Bermacamlah yang kami perbualkan. Dia beritahu yang dia sedang susun kad. Kad apa tu, tak tahulah aku. Tak kisahlah. Kemudian dia memberitahuku bahawa ibunya nak add aku ke contact skype. Ah tak kisahlah. Lagi banyak kawan, lagilah bagus.



Setelah ibunya masukkan contact, maka aku berbual pula dengan ibunya. Aku memberitahu ibunya yang aku panggil akak bahawa si Reena ni genious. Yalah caranya bercakap menandakan dia ni seorang yang genious. Itu kalau caranya ini terus dipupuk.



Ibunya menceritakan serba sedikit tentang keluarganya. Rupanya, si Reena ni ada masuk kelas piano. Amboi, pianolah pulak. Tak apalah, asalkan dia minat, kira ok lah tu. Rupanya dia juga mempunyai seorang abang yang bernama Syazwan kalau tak salah akulah. Kira ok lah tu kan dapat anak sepasang.



Akak ni rupanya mempunyai pusat kecantikan. Dan siap dengan laman webnya sekali. Ini alamat sesawang tersebut. http://www.beautypalace.cnet/ Dan dia memberitahuku, dia akan buka Stu di Perlis. Bagus tu. Inilah dia seorang usahawati.



Dia juga ada memberikan nombor telefon Reena kepadaku. Oh nombornya hanya akulah yang tau. Mana boleh dok display kat sini encik-encik oi? Tu bahaya tu.



Aku bertanya pada akak ni bahawa si Reena ni, tau pakai fun talk kah? Wah, rupanya banyak orang normal tak sedar bahawa celcom ada satu perkhidmatan yang dipanggil fun talk. Fun talk ni adalah mesej bersuara. Kita diperuntukkan 30 saat untuk merakam mesej tersebut. Satu fun talk dicaj sepuluh sen.



Maka aku pun mengajar akak ni cara-cara menggunakan fun talk. Untuk check fun talk, tekan butang * dan diikuti dengan 000. Itu adalah percuma. Dan kalau nak check kali kedua, kena tekan butang * dan diikuti dengan 002 dan akan dicaj sepuluh sen.



Untuk menghantar fun talk pula, harus menekan butang * dan diikuti dengan nombor celcom 013 atau 019. Selepas itu, akan keluar satu bunyi macam kartun. Selepas bunyi itu, mulakan percakapan sampai bunyi itu datang balik. Kalau bunyi itu datang balik, maknanya masa dah habis dan mesej telah dihantar. Ini aku terlupa nak beritahu dalam chatting.



Aku juga ada memberitahu akak ni bahawa orang buta juga mahir menggunakan komputer. Beliau ingin tahu, bagaimanakah orang buta melayari web. Ini adalah satu perkara yang amat bagus.



Aku juga telah memperkenalkan akak kepada seorang rakanku iaitu Rosnah Ahmad yang bekerja di BSKL sebagai operator telefon. Aku juga telah memberikan nombor telefon pejabat akak Rosnah. Dan sebentar tadi, aku dah pun dapat dah nombor telefon bimbit kak Rosnah. Oi, mana boleh habaq kat sini? Bahaya oi.



Aku juga telah memberikan nombor telefon bimbitku dan telefon rumahku kepada akak. Jadinya, kami bertukar nombor telefonlah ni. Aku berpendapat, kalau kita jujur, nescaya, orang akan juga jujur terhadap kita.



Aku juga telah memasukkan alamat yahoo akak ke yahoo messengerku. Alih-alih, dah dekat satu suku pagi. Kebetulan tv masih terbuka, maka aku pun buka tv9. Wah, filem hindustan tak habis-habis lagi walhal dah tiga jam lebih. Lebih kurang jam dua pagi, aku tidur.



Itulah cerita.

0 ulasan:





Arkit blog