Amboi, ragam manusia ni, pelbagai. Macam-macam.
Ini kisah mendapat kawan baru melalui skype. Amboi pelbagai kerenah.
Aku ni, biasa punya. kalau dapat kawan baru yakni chatters baru, aku akan beritahu yang aku ni buta. Aku memang akan beritahu sebab prinsip aku, aku takkan sembunyikan siapa aku.
Maka terjadilah satu kisah di mana aku telah diperkenalkan oleh cikgu Rashid atau pun nama skypenya Masra Anak Desa kepada rakan chattersnya Amy yang bekerja di Astro.
Untuk pengetahuan, nama sebenar masra anak desa ialah Rashid. Dia ni, buta jugak. Dia kerja cikgu pangkat penolong kanan di salah sebuah sekolah di Kelantan.
Ok kembali pada cerita Amy. Menurut cerita Masra Anak Desa, Amy ni gatai sebab dia asyik kirim gambar-gambar yang menjolok mata. Ah, tak kisah. Taulah macammana aku nak buat nanti. Selepas aku dapat contact si Amy yang bekerja di Astro tu, maka aku tunggulah dia online.
Maka pada minggu lalu iaitu hari Ahad bersamaan 2 Disember, maka si Amy tu pun online lah. Dia online lebih kurang menghampiri jam lapan malam.
Bila dia online, aku pun mulalah bercerita yakni memperkenalkan siapa aku ni. Selepas dia tau siapa aku, tak sampai lima saat, terus dia delete nama aku dari skype. Aku tersenyum sendirian. Lucu pulak aku rasa.
Dan lebih kurang dua bulan yang lalu, aku telah berkenalan dengan seorang Gay. Mula-mula tu aku tak tau dia tu Gay. Tiba-tiba dia bercerita pasal seks. Kemudian, dia beritahu yang dia Gay.
Wah, aku cukup tak sukalah kalau sembang topik lucah-lucah ni. Aku pun gasak dia secukupnya tanpa bagi peluang kat dia dah. Akhirnya, dia delete aku dari skype. Ha, puas hati aku.
Dan yang paling terbaru, aku berkenalan dengan seorang yang entah budak, entah bukan. Namanya Nor Syazwin Aireena. Ah tak kisahlah tu asalkan dia jujur nak berkawan. Tapi nama, mak oi, canggih bukan main. Dapat kurasakan, mesti dia ni seorang yang cantik dan lawa. Eh? Cantik dan lawa, samalah kan no?
Reena memberitahu aku bahawa umurnya sembilan tahun. Aku mulanya tidak percaya. Tetapi, dia mengiakannya. Ah tak kisahlah asalkan kita jujur. Dan aku pula, seperti biasalah bagi tau yang aku ni buta. Itu adalah perkara wajib bagi aku.
Yang bestnya budak ni tidur dah memang lambat, pukul 12 atau 1:00 tengahari, baru nak sarapan. Alahai anak dara zaman la ni, leceh betoi. Yang best tu, dia rajin bersembang.
Pada awal tahun ni, aku ada kenal satu budak perempuan melalui skype. Tini22 id beliau. Bila dia on, dan lihat profile aku yang memberitahu aku buta, terus dia offline sampai sekarang tak on dah. Ha ha ha ha ha, lucu betoi.
Itulah serba rengkas asam ragam manusia.
0 ulasan:
Catat Ulasan