Ahad, Disember 30, 2007

Lawatan ke Kuala Lumpur bahagian keenam


Ok, menyambung lagi kisah lawatan ke Kuala Lumpur.




Sabtu, 29 Disember.


Pada pagi itu, aku bangun sekitar jam tujuh pagi. Semalam, dah tidur lambat pasai pergi bersembang di kedai Ina, jadi terlajaklah sikit. Tapi tak apa, sikit saja.




Selepas bangun, aku terus menghubungi rakanku Yusuf. Panggilanku tidak berjawab. Ah tak apalah. Aku pun, terus pergi gosok gigi, berak dan mandi. Dan semasa sedang mandi, telefonku berbunyi.




Setelah keluar, aku menelefon Yusuf. "Aa encik, sekarang saya sudah mau sampai." "Lagi sepuluh minit." Beritahu Yusuf. Sekarang aku pun mulalah memakai kasut.




Jam lapan pagi, aku turun ke lobi hotel. usuf sudah sedia menunggu. kami sekarang ke Restoran Puteri iaitu restoran kendalian pelakon Rubiah Suparman. Di sana, aku makan nasi goreng, karipap dan nescafe O.




Semasa makan, Zulkarnain telah menelefon Yusuf. Rupanya, dia nak suruh Yusuf ajar dia komputer. Waktunya, jam sembilan setengah pagi nanti.




Selepas makan, kami pun bergerak pulang. Semasa di pertengahan jalan, kami telah terserempak dengan Jamiah. Wah, besar badan si Jamiah tu. "Miah!" Yusuf memanggil. Mereka bersembang sebentar. "Mana nak pergi?" Jamiah bertanya. Baru balik dari restoran Puteri. Terang Yusuf.




"Eh bila awak datang Khai Eong?" Jamiah bertanya padaku. "Isnin lepas, aku dah nak balik dah." Beritahuku. "Oh." Jawab Jamiah. "Eh apa nombor telefon hang?" Aku bertanya. "Nanti hang mintak dari Yusuf." "Dia ada." Beritahu Jamiah.




Selepas itu, kami pun berjalan pulang ke tempat penginapan. "Ok encik, rumusannya jadi setakat di sini sajalah." "Lain kali, kita jumpa lagi no." Beritahu Yusuf. "Ok encik, kita jumpa lagi, bye." Aku berkata. "Ok." Jawab Yusuf. Aku terus naik ke bilik untuk berkemas.




Paul Keong masih belum pergi bersarapan. Dan lebih kurang jam sembilan pagi, dia pun keluarlah pergi bersarapan. Sementara aku pula, membuka tv.




Sedang aku mendengar tv, aku terasa nak beraklah pulak. Jadi, sambil berak, aku mendengar rancangan kartun di tv2. Wah, canggih gitu kan?




jam sembilan setengah pagi, Paul Keong telah kembali. Dia pergi makan chee cheong fan kat kedai yang berhampiran dengan Lido hotel.




Jam sepuluh pagi, kami pergi menunggu teksi untuk ke Jalan Duta. Kami minta bantuan orang untuk menahan teksi itu. Lima minit kemudian, teksi pun sampai. Apa lagi, naiklah kami.




Pemandu teksi itu amat peramah sekali. Dia berbual-bual dengan kami. Banyak jugak topik yang kami sembang. Dan, sembang punya sembang, maka akhirnya, sampai juga kami ke Jalan Duta tu.




Kami dibawa oleh pemandu teksi itu ke kaunter pertanyaan. Dan selepas itu, pemandu itu pun beredar. Rupanya, pemandu itu membawa kami ke kaunter yang salah. kami pun, dibawa ke kaunter pertanyaan yang betul.




"Hello, saya nak conform tiket bas saya ni dari Kl ke Penang." Beritahu Paul Keong kepada petugas kaunter. Petugas kaunter itu memeriksa tiket bas itu. "Ini tiket bas Penang Kl encik." Beritahu petugas kaunter. Paul Keong agak terkejut. Nasib baik dia tak buang tiket bas itu katanya.




Selepas memeriksa tiket perjalanan, kami dibawa ke tempat menunggu bas oleh seorang pemuda. Kami pun duduklah di kerusi yang kosong.




Setelah agak lama kami duduk, kami pergi bertanya pada petugas kaunter. Beliau memberitahu bas akan tiba jam 10:45 minit pagi. Kami dibawa duduk di sebuah kerusi yang terletak agak hampir dengan pintu dan kipas. Kami duduk di situ agak lama juga.




Pengumuman pun diberikan bahawa bas ke Pulau Pinang sudah pun sampai. Kami dibawa ke bas. kami duduk di kerusi 3! dan 3B yang terletak agak ke tengah sikit. Dan kira-kira jam 11:05 minit pagi, bas pun memulakan perjalanannya. Bas hanya berhenti untuk para penumpang ke toilet dan makan. Kami sampai di Pulau Pinang pada lebih kurang jam empat petang.




Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog