Ahad, Disember 30, 2007

Lawatan ke Kuala Lumpur bahagian ketujuh dan terakhir.


Ok, inilah rumusannya.



Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, ianya amat meriah sekali. Contohnya pada malam 24 Disember, kami pergi makan di kedai Ina. Suasana amat meriah sekali. Si Lin bercerita tentang kemalangan yang berlaku sedikit sebanyak. Tangannya pun masih belum elok sepenuhnya.



Pada 25 Disember pula, Ayana dan Yusuf buat jamuan khas untuk aku. Amboi macam tuan. Aku pi tembak kak Ros kononnya aku makan enam pinggan bihun goreng dan tiga pinggan roti jala. Ish ish ish, orang tua tu percaya bulat-bulat. Bongok betoilah. Alamak, bongoklah pulak.



Pada hari itu, aku tak teringat kepada sorang lagi rakanku sekolahku iaitu Amir Shamsudin. Wah, kalaulah Amir datang hari tu, sudah tentulah lagi meriah dan lagi riuh-rendah. Silap haribulan, boleh terbalik rumah si Ayana tu. Aku dan Amir satu kelas dari darjah empat hingga darjah enam. Ha, cantiklah, memang lagi banyak cerita untuk diungkitlah.



Aku dan Ayana pun satu batch jugak. Walau pun dia di sekolah Sultanah Bahiyah dan aku di Sekolah Hj. Zainul Abidin, tapi kami selalu tulis surat. Wey, aku hantar surat kat dia, berpuluh keping punya o! Panjang berjela punya persembangan kami ni dalam surat. Dan, orang yang perkenalkan aku kat Ayana ialah Hartini. Hartini Arshad tu pun kawan sekelas aku jugak dari darjah satu, sampai darjah enam. Ha, tu lagi lama. Alamak, sedarjah bukan sekelas. Cuma darjah satu dan dua saja sekelas. Salah tu. Dan pada hari tu Chicken Little pulang lebih kurang jam satu tengahari sebab kak iparnya nak datang.



Pada malam itu, aku, Yusuf, Zulkarnain dan Abian pergi ke kedai Ina untuk makan. Dan pada malam itulah aku telah berjumpa dengan rakan yang selalu fun talk dengan aku iaitu Rosni dari Sabah.



"Rosni, oh Rosni." Aku memanggil. "Ya." Dia menjawab. "Hang kenai aku tak?" Aku bertanya. "Siapa tu?" Rosni bertanya penuh kehairanan. "La, yang selalu hantaq fun talk kat hanglah." Aku menjawab. "Oh, yang dari Penang tukah?" Rosni bertanya. "Yalah." Jawab aku rengkas. Rosni bersama rakannya Bika yang juga dari Sabah.



26 Disember rabu pula, aku datang lagi rumah Yusuf. Kali ni nak memproses komputer si Ayana. Yang buat komputer dia tak boleh start tu ialah selepas aku buang registory key google. Sepatutnya, benda ni takkan berlaku tapi mungkin komputer ni dah ada masalah. Tapi aku memang tau yang Yusuf boleh selesaikan masalah ni.



Hari tu, memang seharianlah aku duduk rumah si Yusuf. Ayana pakai laptop, aku pakai komputer dia dan Yusuf pakai komputer tingkat atas. ha best o.



Dan petang itu, aku skype dengan cikgu Rashid, cikgu Razali, Azman Rejab, adik, Johari hassan dan Yusuf sendiri. Ha tudia. Dan sambil itu aku pun curi-curilah explore barang. Aku install dan uninstall. Ayana tak tau ha ha ha ha ha.



Pada malam itu, aku dan Yusuf keluar bersama dengan kak Rozi. Ha, kak Rozi beritahu, dia mengenali Anwar Zain dan Amy Mastura. Yalah, semua ni, bekas pramugari. Dia juga mengenali Maria Tungku Sabri. Dia kata Maria tu tak gemuk sebenarnya cuma tv tu akan bagi kita nampak orang tu gemuk sikit.



Bolehlah dikatakan, sepanjang perjalan ke Kuala Lumpur kali ni, aku melepak di rumah Ayana bermain komputer. nanti kalau datang lagi, aku nak cari lagi rakan-rakan sekolah aku yang lain.



Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog