Selepas aku balik dari Kuala Lumpur, aku dah kena sakit kerongkong. Sudahlah sakit kerongkong, kakiku juga terasa sakit sesangat. Maklumlah hari tu masa di Kl, berjalan sakan. Maklumlah tak pernah berjalan.
Dan, pada dua hari yang lalu, kak Rozi telah berchatting dengan aku di skype. Dia bertanya padaku tentang kaki aku yang sakit. Aku beritahu dia, dah ok dah. Dia kata, dia nak bawa aku dan Yusuf pergi makan kek. Aku beritahu dia yang aku telah balik dari Kl. Dia agak terkejut dan bertanya bila aku balik. Dia sudah terlupa yang aku balik semula ke Pulau Pinang pada 29 Disember.
Petang semalam pula, aku menerima satu pesanan suara dari Yusuf melalui telefon bimbitku. "Encik, itu nombor telefon kak Rozi, saya rasa, encik bagi silaplah." "Sebabnya, aku ada hantar sms kat dia pagi tadi dan bercerita tentang kita ke Shah Alam." "Tiba-tiba dia balas balik dia kata tak kenal o." "Dan dia kata, tak pergi o." "Aku rasa, salahlah itu nombor encik." "Ha ha ha ha ha ha ha ha ha." Itulah pesanannya.
Pada malam itu, aku pun hantarkan nombor telefon kak Rozi padanya. Menurutnya mungkin masa aku bagi tu, dia tersalah dengar.
0 ulasan:
Catat Ulasan