Bersambung lagi cerita.
Pada hari kedua, kami sudah pergi ke kelas. Tetapi, pelajaran masih belum bermula lagi. Di kelas itu pada mulanya hanya ada sebelas orang. Antara mereka ialah Siti Maimunah, Shahrim, aku, Sun Sing, Rohaizad dan Zainal. Yang lain-lain tu, aku tak tau.
Guru kelas operator kami ialah cikgu Latif. Beliau ini, pendiam orangnya. Suara pun perlahan. jadi pada hari itu, dia memperkenalkan dirinya kepada kami dan menceritakan kepada kami matapelajaran apa yang akan kami hadapi. Kami mendengar
Pada sebelah petang, Aku telah ke bahagian koridoor. Di situ kedengaran Zainal dan seorang perempuan sedang bersembang-sembang. Perempuan itu berkasut tinggi pulak tu. Mulutnya, amboi, boleh tahan laser. Macam murai cabut ekor.
Aku hanya mendengar sahaja. nak menyampuk tak tahu hujung pangkal. Lagi pun, aku tak kenal perempuan tu. Aku hanya mendengar si Zainal memanggilnya Noor. Aku tidak tahu nama penuh perempuan yang berkasut tinggi itu.
Tetapi, lama-kelamaan, tahulah aku bahawa, nama budak perempuan itu ialah Noorhazira Mohd Nor. Dia berasal dari Bacok Kelantan. Orangnya pendek dan genit sahaja. Semuanya diceritakan padaku oleh Rohaizad.
Sekarang, di bilikku ada empat orang iaitu aku, Rohaizad, Tengku Amran dan juga Thai San. Sementara katil semuanya dua tingkat. Katil dua tingkat ni ada di semua bilik. Aku tidur di tingkat bawah sementara Thai San di tingkat atas. Tengku Amran pula berada di katil sebelahku tapi dia di tingkat atas. Jadi, tingkat bawah tu, kosong. Sementara Rohaizad pula berada di tingkat atas katil di depan sebelah kiriku sementara tingkat bawah tu, kosong.
Beberapa hari kemudian, datang lagi seorang pelatih baru. Namanya Subki Ibrahim dari Kelantan. Dia ni, seorang yang pendiam tapi kadang-kadang, gatai. Dia cepat mesra. Dan kini, aku mendapat seorang lagi rakan baru.
Subki tinggal di bilikku juga. Dan kini, bilik kami sudah bertambah lagi, seorang penghuni. Subki tidur di tingkat bawah katil Tengku Amran. masa baru-baru, dia memang seorang yang pendiam.
Selang seminggu kemudian, datang lagi seorang pelatih. Kali ini, beliau dari Sarawak pula. Namanya Tazlan. Beliau tinggal di bilik empat. Jadi, aku tak kenal sangat dengan si Tazlan ini. Umurnya dalam tigapuluhan gitulah kira-kiranya.
Selang seminggu lebih kemudian, datanglah pelatih yang terakhir. Kali ini, dari Baling pula. Namanya, Asri. Asri ni aku dah pernah jumpa di St. Nicholas. Asri tinggal di bilik tiga nilah. Dia ni cakap ada sengau sikit. Kadang-kadang, tak faham apa dia cakap.
Asri tidur di katil tingkat bawah iaitu katil Rohaizad. Jadi sekarang, dah penuhlah penghuni-penghuni kat bilik tiga ini. Tak boleh muat dah kalau ada orang baru datang.
Di satu hari, entah macammana, si Badin ni, nak bertukar bilik pulak. Badin ni tinggal di bilik satu. Bilik satu adalah bilik yang paling hampir sekali dengan tempat makan.
Badin ni, nak bertukar dari bilik satu ke bilik tiga. Dan kebetulan juga, si Tengku Amran ni pun teringinlah pulak nak bertukar bilik. Dia nak tukar ke bilik satu. Al-maklumlah, kat bilik satu, dia ada kawan-kawan yang sebayanya.
Bila dah sama-sama setuju dan mendapat kebenaran dari matron mereka pun bertukar biliklah. Dan kini, Badin di bilik tiga, Tengku Amran di bilik satu.
Pada masa yang sama juga, aku, Subki dan Asri bertukar tempat tidur. Aku bertukar dengan Subki. Subki tidur di katil yang aku tidur sebelum ini dan aku tidur di katil yang subki tidur sebelum ini. Asri pula, menggantikan tempat Tengku Amran sementara Badin, mengisi kekosongan Asri.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan