Bersambung lagi cerita.
Rakanku si Rohaizad memang smart. Pakaiannya di almari bersusun kemas. Menurut katanya, dia dah biasa buat semua kerja-kerja ni semasa di sekolah dahulu. Jadi, tiada masalah baginya untuk melakukan semua ini.
Rohaizad ni, amat meminati sekali lagu Enggan nyanyian Fauziah Latif yang pada masa itu, tengah meletup-letup. Dia kata, lagu tu sedap sebab lagu-lagu Fauziah Latif ni adalah menceritakan diri penyanyi itu sendiri. Wah, kalau terdengar saja lagu Enggan tu, dia akan buka volume radio tu, sampai habis. Amboi kuat o! Dan kadang-kadang, dia akan menyanyi sama lagu itu.
Lagu-lagu lain yang dia minat ialah Kembali terjalin dari Slam, Negetif dari Kru, Kau Ilhamku dari Man bai dan beberapa lagi. Dia akan buka volume radio tu sampai habis kalau terdengar lagu-lagu tersebut.
Satu lagi hobi Rohaizad ialah, dia memang suka menyanyi. Dia akan menyanyi kalau ada masa lapang. Dia menyanyi dengan kuat sekali. Dia, memang ada bakat dalam nyanyian.
Tapi, dia gagal dalam percintaannya dengan seorang wanita yang dipanggil Milah. Menurutnya, wanita ini berubah hati apabila mata Rohaizad secara perlahan-lahan menjadi buta. Sebelah siang, dia boleh nampak juga. Tapi sebelah malam, tak boleh.
Semasa di GTC, aku telah jatuh cinta dengan seorang gadis. Semua orang tidak mengetahui perkara ini. Ianya menjadi rahsia sehinggalah sekarang.
Aku menghantar surat pada gadis itu menyatakan hasrat hatiku. Tapi bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Gadis itu membalas suratku itu. Dia menyatakan yang dia hanya ingin berkawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Dia menyerahkan padaku sendiri surat itu.
Aku berasa amat kecewa apabila menerima jawapan daripada gadis itu. Aku sekali lagi menghantar surat padanya menyatakan hasrat hatiku itu. Tetapi, jawapannya tetap sama.
Apabila menerima jawapan yang serupa dari gadis tersebut, aku mengambil keputusan untuk hanya berkawah sahaja dengan si gadis itu. Bagi aku, cinta tidak boleh dipaksa. Cinta haruslah lahir dari hati yang suci dan ikhlas. Dan sehingga kini, aku masih berkawan dengan gadis itu.
Pada pertengahan Julai iaitu pada hari Sabtu, Yusuf telah datang ke GTC. Mereka melepak di kerusi batu yang terletak berdekatan pintu besar GTC. Rosmin juga datang. Dia telah menunjukkan padaku microphone walkman untuk recording. "Nah kau tengok ni, besar tak?" Rosmin bertanya.
Selang beberapa minggu kemudian iaitu pada hari Jumaat petang, Yusuf dan Rosmin datang lagi. Kali ini, kami melepak pula di kerusi batu yang terletak berhampiran dengan bilik empat asrama lelaki.
Kami berceritalah dengan rancaknya. Banyak jugak topik yang kami bercerita. Antaranya, perangai tak senonoh pelajar-pelajar sekolah oku penglihatan dan banyak lagi. Pada masa itu, mereka berdua sedang belajar di Universiti lagi. Universiti Malaya kalau tak salah.
Subki Ibrahim dari kelantan adalah seorang yang relax. Dia ni agak pemalu dan agak pendiam. Tapi gila-gila sikit. Dia ambik kursus pertukangan kayu. Yang Rohaizad tadi ambik operator telefon.
Subki ni, pandai main gitar. Tapi, entah kenapa, dia tak mahu menyerlahkan bakatnya itu. Jadi, bakatnya itu, terpendam begitu sahajalah.
Satu hari tu, dia pun bercerita. "Aku sebenarnya, suka kat si Noor tu." "Oh jadi hang suka kat dialah?" Aku bertanya. "Yalah, aku suka gitu-gitu saja." Subki menjawab malu-malu. Dan bila dia terserempak dengan Noor, lidahnya terus menjadi kelu.
Subki amat meminati penyanyi arwah Popy Mekuri. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan Popy Mekuri. Dan oleh sebab itu, dia tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar rancangan lagu-lagu baru indonesia tajaan Incitec Music pada setiap Jumaat malam Sabtu di radio 1 kelolaan Ainol Jamal Zainal.
Pada bulan September kalau tak salahku, berita kematian Popy Mekuri pun tersiar. Oh, Subki begitu sedih sekali. Maklumlah, penyanyi kesayangannya telah pergi meningalkannya buat selama-lamanya.
Badin pula, badannya besar. Gemuk dia tu. Dia ni, gila-gila sikit dan ada ala-ala kebudak-budakan. Yang best apa yang dia mau, akan dapat. Itulah untungnya dia.
Kakak angkatnya ialah Maridah Mukri. Dia ceritalah kat aku. Dan, dia berkawan baik dengan seorang pemuda yang tinggal di bilik dua iaitu Allan Fraudge. Dia selalu pergi cari si Allan. Si Allan ni, suka sangatlah dengan penyanyi Endang S. Taurina. Hari-hari dia pasang lagu penyanyi tersebut. Naik jemu dibuatnya.
Allan sudah berkahwin. Dia masa itu, baru menjadi buta. Dia ada kereta. Isterinya yang bawa. Tapi, mobilitinya agak teruk. Mungkin dia susah hendak menyesuaikan diri dengan kebutaannya itu agaknya.
Berbalik pada Badin. Satu hari, entah apa sudah berlaku, dia pergi complaint kat petugas sana yang si Thai San selalu balik lambat, itu dan ini.
Akibatnya, Thai San kena marah. Dan apabila Thai San mendapat tahu perkara ini, dia agak kecewa dan terkilan dengan sikap Badin. Dan pada satu malam, dia jumpa Badin. Kebetulan aku, Subki dan Rohaizad pun ada dalam bilik.
Thai San pun berceritalah pada Rohaizad apa yang berlaku. "Kau tak boleh buat begitu Badin." "Kau jangan suka nak mengadu." "Tengok dia banyak tolong kita." "Apa-apa dia ada, dia kongsi dengan kita." "Ni kau buat begitu pulak." Rohaizad marah-marah pada Badin. "Eh, tak bolehlah gitu." Subki menyampuk.
"Saya apa-apa pun kongsi dengan you." "Makan pun saya kongsi, saya pun selalu tolong you." "Tapi you buat macam ini pada saya." Kata Thai San sambil menangis tersedu-sedu. Aku dapat merasakan, memang teruk Thai San kena marah dengan cikgu Raja Nor Saadah.
Satu lagi yang Badin kena marah ialah dengan Zainal. Ini kerana, dia pergi complaint pula kat pengawal GTC yang Zainal selalu bawa seorang pelatih perempuan yang baru masuk tu keluar jalan-jalan.
Dan, bila Zainal dapat tau, mengamuklah dia. "Awak cerita pada guard saya selalu bawa Yati keluar Badin?" "Saya bawa dia keluar sebab saya nak tolong dia." "Kalau awak nak ngorat dia, tak kisah." "Saya tak kisah." "Tapi yang awak pergi ada-adakan cerita pada guard tu apa pasal?" "Nanti kalau orang salah anggap, saya jugak yang malu." Zainal berleter panjang lebar pada Badin di Bilik satu. Sementara aku dan Sun Sing mendengar di luar tingkap.
Badin memang ada banyak CD dan casset. Kalau dia balik, kami selalu minta dia bawa Cd itu dan CD ini. Casset pun tak ketinggalan. Pernah Rohaizad minta dia tolong rakamkan album Negetif dari kumpulan Kru.
Badin pernah belanja aku makan kat satu kedai di simpang jalan Tun Sanbanthan 4. Aku dah lupa nama kedai tu. Dan sekali lagi, di kedai Man Botak yang sehingga sekarang, masih ada lagi.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan