Jumaat, Januari 11, 2008

Kenangan di GTC bahagian empat


Ok, kita sambung lagi cerita.


Tengku Amran berasal dari Terengganu Darul Iman. Menurut cerita, sebelum dia menjadi buta, dia adalah seorang mat rempit. Jadi satu hari tu, dia kemalangan moto. Dari situlah dia menjadi buta.



Masa dia baru masuk pusat, dia punyalah baik dan bersopan sekali. Itu mula-mula. Ha, lepas tu, dia pun tunjuklah siapa sebenarnya dia tu. Seorang yang periang.



Dia telah bercinta dengan salah seorang pelatih dari kelas operator iaitu Rohani yang juga dari Terengganu. Tiap hari, mereka berdua akan duduk di kerusi batu depan GTC. Kalau tak di kerusi batu, mereka akan duduk di dewan makan.



Tetapi, harap hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Percintaan mereka tidak lama. Pada pertengahan September, Rohani telah balik ke Terengganu. Beliau tidak sempat menghabiskan kursusnya. Sebabnya aku sendiri tidak mengetahuinya.



Tengku Amran bercinta pula dengan seorang pelatih baru yang bernama Norhayati Hayat. Yati ni bekas pekerja kilang khabarnya. Mengapa dia menjadi buta, tidak diketahui. Dan kini, mereka berdua sudah pun berkahwin.



Shahrim Buang juga adalah seorang pelatih. Dia ambil kursus operator. Dia ni pun baru buta. Amboi, dia kalau pergi mana-mana hatta tandas sekali atau nak mandi, mesti ditemani dengan tongkat. Kalau tidak, dia tak boleh berjalan.



Shahrim ni, asal balik saja dari kelas dan lepas menyalin pakaian, mesti terlentang di tempat tidur. Dan, dia ni, gemar menyanyi. Dia juga boleh berdikir barat. Shahrim tinggal di bilik satu.



Nasru juga baru buta. Khabarnya, dia dah ada lesen kereta. Mengapa beliau menjadi buta, tidaklah diketahui. Nasru tinggal di bilik satu. Dia ambil kursus urut kalau tak salah saya. Begitu juga tengku.



Zulkarnain seorang yang periang. Dia mengambil kursus steno. Tapi, aku tak rapat sangatlah dengan si Zul ni. Entah mengapa, aku sendiri pun tidak mengetahuinya.



Siti Hadijah adalah adik kepada Zulkarnain. Dia juga mengambil kursus steno. Pakwe beliau bernama Fauzi. Dah kahwin dah sekarang ni pun.



Noorhazira Mohd Nor. Seorang gadis yang kecil molek. Beliau berasal dari Bacok Kelantan. Beliau mengambil kursus operator. Beliau memang akrab sungguh dengan Rohaizad. Mereka berdua akan duduk bersama di kelas kalau tak ada kelas. Sekarang, Noor pun dah kahwin dan dah ada anak. Begitu juga dengan Rohaizad.



Jamiah Mat Nor berasal dari Batangkali Selangor. Dia juga mengambil kursus operator telefon. Badan dia besar o! Dia pakai bedak wangi sekali. Dan dia juga, suka menolong orang.



Surina Osman pula seorang pelatih kelas operator juga. Tapi, dia tak tinggal di GTC. Dia tinggal di rumah. Pakwenya bernama Rahmat dan khabarnya kini dah berkahwin.



Siti Maimunah pula, seorang gadis kecil molek dari Johor. Beliau juga mengambil kursus operator telefon. Beliau seorang gadis yang periang dan khabarnya, kini beliau telah pun berkahwin.



Norashikin Abdul Aziz adalah orang Kedah. Beliau mengambil kursus steno. Dia ni tinggi tapi kurus macam lidi atau tiang lampu. Sekarang ini, khabarnya beliau telah pun berkahwin.



Azrol kambing pula seorang yang panas baran. Beliau adalah orang yang termuda sekali di pusat latihan. Umur beliau pada masa itu ialah tujuh belas tahun. Badannya besar. Dan, dia mengambil kursus urut. Azrol kambing tinggal di bilik empat.



Lim Thai San juga mengambil kursus urut. Dia juga ada melakukan kerja sambilan selepas kursus iaitu mengurut. Dan, bila dia balik waktu malam, dia akan berkongsi makanan dengan rakan sebilik iaitu aku, Rohaizad, Subki dan Badin.



Asri berasal dari Baling Kedah. Dia ni sengau. Jadi kadang-kadang, apa yang dia cakap, payah nak paham. Asri mengambil kursus urut. Dia ni seorang yang sentiasa periang.



Mohd Harkimi juga berasal dari Kedah. Dia ni gemuk sekali. Dia mengambil kursus urut. Dia tinggal di bilik dua. Kawan baiknya Allan Fraudge. Dia menganggap Allan sebagai abang angkatnya.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog