Aha, kita sambung lagi cerita. Kali ini, bahagian lima.
Aha, GTC masa kami, memang ada banyak majlis perpisahan. Yalah, ada majlis perpisahan untuk rakan yang berkursus separuh jalan dan dapat tawaran masuk universiti, kursus untuk rakan yang dah habis kursus dan macam-macamlah.
Ini cerita majlis perpisahan untuk saudari Maridah Mukri yang mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya. Dan orang yang paling gembira sekali dengan berita maridah dapat tawaran masuk UM ialah adik angkatnya Badin.
Pada malam itu, majlis pun diadakan. Tazlan yang memulakan majlis dengan meminpin majlis bacaan doa. Selepas bacaan doa, majlis kegemaran aku iaitu makan pun bermula. Inilah yang best.
Untuk pengetahuan, semua majlis perpisahan ini, kami para pelatih yang keluarkan belanja sendiri. Dan, kami juga ada mendapat tajaan dari seorang yang berhati mulia yang kami panggil abang Hakim. Khabarnya, dia dah kahwin dah.
Pada malam itu, acara karaokay juga diadakan. Aku memang benci dengan itu semua. Tapi dah tak ingatlah siapa yang nyanyi. Rohaizad adalah salah seorang daripadanya.
Pada malam itu, ada acara memecahkan belon. Wah baru aku tau rupanya, si Maridah ini, penakut dengan belon. Eh aku pun takut jugak dengan belon ni. Aku memang takut belon.
"Tak naklah." "Takutlah dengan belon." Maridah memberitahu Siti Khadijah dan Jamiah. Mereka berdua tak peduli. Siti Khadijah Memegang Maridah.
"Ok Miah, mulakan." "Satu, dua, tiga." Pom belon meletup. "Mak!" Maridah menjerit takut. "Jangan takut, jangan takut, ada lagi." "Ok Miah, start." "Satu, dua, tiga." Pom meletup lagi belon. Setiap kali meletup, setiap kalilah Maridah menjerit mak.
"Ok, ini satu lagi." Beritahu Siti Khadijah. "Wey tak maulah, takutlah." Maridah merayu. "Ok ok ok, yang ini last punya." Pujuk Siti Khadijah sambil tergelak. "Ok Miah, satu, dua, tiga, mula!" Pom, meletup lagi. Maridah menjerit mak lagi.
"Ok, dah habis." Beritahu Siti Khadijah. Kami semua bertepuk tangan. Malam itu, Maridah kelihatan begitu anggun sekali. Beliau kelihatan amat gembira dengan majlis yang dianjurkan untuk beliau.
"Dan sekarang, marilah kita sama-sama mendengar ucapan dari saudari Maridah." "Ya, silakan saudari Maridah." Itulah pengumuman dari juruacara iaitu Siti Khadijah.
"Assalamualaikum warahmahtullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada rakan-rakan sekelian." "Terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi menganjurkan majlis perpisahan buat saya." "Bila saya dah masuk U nanti, bukanlah bermakna saya tidak akan datang ke sini lagi." "Ada." "Kalau ada kelapangan waktu, saya akan datang ke sini."
"Dan, saya juga ingin memohon ampun dan maaf pada rakan-rakan semua jika sekiranya ada terkasar bahasa dan bicara pada semua." Maridah menyambung ucapannya. "Ha Badin, menangis Badin." Zainal pula mengusik Badin.
"Jadi nampaknya, itulah sahaja ucapan dari saya dan sekali lagi, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata." Maridah mengakhiri ucapannya. Tepukan gemuruh kedengaran selepas mARIDAH MENGAKHIRI UCAPANNYA ITU.
Kemudian, acara karaok diteruskan lagi. "Oi Badin, nyanyilah satu lagu untuk kakak awak." "Dia dah nak pergi dah ni." Siti Khadijah dan Jamiah mengusik. "Yalah Badin, nyanyilah satu lagu buatnya." Jamiah menokok. "Badin, oh Badin, nyanyilah." Siti Khadijah memujuk. Badin kelihatan tersipu-sipu malu.
"Ha Maridah, sekarang, awak nak suruh siapa nyanyi?" Siti Khadijah bertanya. "Ha, saya nak suruh si Badin menyanyi." Beritahu Maridah. "Yay!" "Apa lagi Badin, marilah nyanyi satu lagu." Siti Khadijah berkata dengan kuat sekali. Semua orang bertepuk tangan.
Badin malu-malu. "Oi badin, awak taknak nyanyikah?" "Awak taknak nyanyi untuk kakak awak sorang ni kah?" Maridah bertanya. "Badin, oh Badin, awak nyanyilah untuk saya." Pinta Maridah.
"Ala Badin, kau malu-malu pulak." Usik Shahrim pula. "Ha, Badin, awak nyanyilah satu lagu Badin, ha ha ha ha." Zainal mengusik sambil ketawa. Kalau tak salahku, Badin tak nyanyi.
Majlis berakhir dengan penuh kegembiraan pada malam itu. Majlis berakhir pada kira-kira jam sepuluh malam sebab jam sepuluh malam adalah waktu untuk semua para pelatih masuk tidur. Dan sebelum berakhir, kami semua menyanyikan lagu perpisahan yang diketuai oleh kak Ju.
Bila majlis sudah berakhir, seperti biasalah, basuh-membasuh dan cuci-mencuci ni diserahkan kepada budak-budak perempuan. Jamiah dan Siti Khadijahlah orang yang paling sibuk. Maridah juga ada tolong sikit-sikit.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan