Bersambung di bahagian empatbelas bahagian akhir.
Di pertengahan Oktober, perayaan depavali telah menjelang. Hari depavali pada tahun tersebut ialah Sabtu kalau tak salah aku. Depavali ialah cuti umumlah.
Pada hari tersebut, seperti biasa, Dato L. Krishnan akan mengadakan majlis bagi warga oku. Jadi, kami pun dapatlah pergi. Dia siap bawa bas datang angkut kami. kami satu GTC punya pelatih pergi.
Di majlis tersebut, begitu ramai sekali orang. Ada warga oku macam-macam. Amboi, tak reti nak bilanglah. Ada hiburan, permainan dan nyanyian oleh warga oku khususnya kanak-kanak.
Majlis berlangsung lebih kurang dua jam. Sebelum kami berangkat pulang, kami diberi sedikit buah tangan. Ini termasuklah duit raya. Sepuluh ringgit sorang kalau tak salah aku.
Pada bulan Oktober juga, kami telah menghadiri majlis bersama warga tua di Stadium Merdeka. Wah, itulah kali pertama aku ke Stadium Merdeka. Dan majlis itu ada disiarkan di tv secara langsung.
Di sana, kami diberi minuman sekotak air dan beberapa biji kuih. Tak berapa seronok sangat majlis tu sebab semua orang tua. Orang muda takdak langsung.
Kami juga ada bersama dengan Lion Club. Ianya berlangsung pada bulan Ogos atau September lebih kurang gitulah. Pihak Lion Club membawa sukarela mereka yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah cina datang ke GTC. Mereka bawa kami berjalan kaki ke Taman Tasik Perdana.
Aku dipimpin oleh seorang pelajar perempuan. Amboi, suaranya begitu lembut sekali. Dia dalam tingkatan tiga rasanya. Aku rasa, mungkin sekarang, dia sama ada masuk universiti atau pun dah kahwin dah. Sebab dah lebih kurang tigabelas tahun berlalu.
Apabila sampai di Taman Tasik Perdana kami diberi makan dan minum dan main beberapa permainan. Dan kami dibawa balik dengan kereta pada sebelah tengahari.
Semasa di GTC juga, penyanyi arwah S. Jebing telah datang membuat satu video clipts di sana. Yang tu, aku tak turut sertalah. Kami hanya penonton.
Syarikat Serangkai Filem juga pernah datang untuk membuat penggambaran dokumentari. Dan ada juga satu produksi drama datang ke GTC buat drama. Ha, yang drama tu, sehari suntuk o!
Dan Mis Boon dan adik-adiknya juga pernah datang. Mereka datang pada waktu tengahari. Raja Azni menjadi jurucakap. kami dapatlah berjabat tangan dengan Mis Boon, Jailani, Rashid, Rahman. Mereka juga ada bagi T Shirt pada kami. Mereka semua ni, kurus sahaja.
Sepanjang kursus ini, ada dua orang yang tidak dapat menghabiskan kursus mereka. Mereka ialah Siti Maimunah dan Rohani. Rohani tu sakit Siti dihantar ke Jaro.
Seminggu sebelum kursus berakhir, budak-budak dari Sabah telah dihantar pulang. Mereka dihantar pulang oleh pihak GTC pada hari Jumaat iaitu 26 Oktober. Dan GTC ditutup pada 30 Oktober.
Segala kenangan dan peristiwa yang berlaku di GTC, memang tidak dapat dilupakan. Dan sekarang, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Shahrim bekerja operator telefonis, Jamiah bergiat dalam sukan. Dia dari dulu lagi. Noorhazira kerja operator juga. Dan, Rohaizad Haroon ada buka kedai urut di Ampang.
Aha, sementara aku pernah kerja kilang lepas tu sekarang dok rumah main komputer. Aku tak kerjalah kat mana-mana persatuan buta sebab mereka tak ambil aku. Sebabnya mereka kata, aku suka menghentam mereka dan suka tulis macam-macam. Aha itu lagi bagus. Kalau tak kerja dengan mereka, lagi senang nak menghentam dan protes mereka. yalah sebab bukan mereka bagi makan kat aku, bukan mereka tiap bulan bagi duit lima/enam ratus atau beribu kat aku. Jadi, tiada hal punya.
Ok, selesai cerita.
0 ulasan:
Catat Ulasan