Ahad, Januari 20, 2008

Kenangan di GTC bahagian tigabelas.


Bersambung di bahagian tigabelas.



hari yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. pada pagi Isnin di pertengahan September, kami, para pelajar operator terpaksa bangun seawal jam enam pagi kerana pada hari itu, akan bermulanya praktikal bagi kami semua. Segala ilmu yang dituntut di GTC akan digunakan sepenuhnya oleh kami semua nanti.



Aku dan Rohaizad kini sudah bersiap-siap. Kami terus menuju ke perkarangan GTC. Noorhazira, Jamiah, kak Zuraidah atau kak Ju dan yang lain-lain semuanya sudah bersiap. Tapi mana Shahrim? Ini dah kes naya kali ni.



Kami pun keluarlah dari GTC menuju ke perhentian bas lido. Pagi tu pulak, hujan. Alahai, kami disambut dengan hujanlah pulak. Inilah yang buat malas ni.



Pada pagi itu, Jamiah membawa aku. Di pertengahan jalan, kami terserempak dengan Surina. "Shahrim mana?" Jamiah bertanya. "Tak tau." Jawab Surina pendek. Tak kisahlah, kami meneruskan perjalanan. Hujan pula semakin lebat.



Kini, kami sudah berkumpul di perhentian bas lido. Semuanya sudah ada kecuali Shahrim. Inilah yang merisaukan kami semua. dia tu, lemah dalam mobiliti.



Akhirnya, pergilah kami ke tempat praktikal masing-masing. Perasaan kami bercampur-baur. Takut pun ada, seronok pun ada. Tapi, kami buat tak layan saja.



Semasa di tempat praktikal aku menerima panggilan dari beberapa orang rakan yang bertanya khabar. Aku merasa agak keboringan sedikit pada hari pertama. Inilah yang susah ni.



Sampai waktu tengahari, aku mendapat tahu, Shahrim tak pergi praktikal. Sebabnya, entah ke mana dia pergi. Akhirnya, setelah puas merayau dalam hujan, Cikgu Latif membawanya balik. nasib baiklah cikgu Latif menjumpai Shahrim. Kalau tidak, tak taulah.



Aku lagi best. Masa tengahari, aku telefon cikgu Latif. aku beritahu yang aku nak tukar tempat praktikal. Ha, tak pernah dibuat dek orang benda ni. Tapi, aku yang buat. Agak gila sikit kerja ni. Tapi, tak tukarlah. mana boleh itu macam bikin?



Hari demi hari terus berlalu. Sudah seminggu kami menjalani praktikal. Wah, begitu cepat masa berlalu. Hanya tinggal seminggu lagi sahaja, praktikal akan berakhir. Yahoo! Merdeka!



Pada Isnin minggu kedua, semasa aku balik dari praktikal, aku telah terserempak dengan seorang makcik dan anaknya. "Ha, dah balik?" Tanya makcik itu. "Dah." Jawabku. "Ha, jalan baik-baik." "Eee'eee'eee'eee'eee! Geramnya!" Kata makcik itu lalu mencubit pipiku. Aku pun tak tau kenapa. Aku terserempak dengan makcik dan anaknya tu dekat bekas tapak perpustakaan MAB yang sekarang dah pindah dari situ.



Apabila aku sampai di GTC, cikgu Norsaadah memanggilku. "Ha, macammana dengan praktikal?" Tanya cikgu Norsaadah. "Ha ok cikgu, seronok." Aku memberi jawapan. "Ha, baguslah gitu." Kata cikgu Norsaadah. Aku pun berlalu. Agak penat aku pada hari itu.



Ada satu peristiwa yang memang tak dapat aku lupa. Kejadian ini berlaku pada hari Selasa minggu kedua praktikal. Kira-kira jam empat petang, langit telah mula gelap segelap-gelapnya. Ini menandakan, hujan lebat akan turun.



Tepat jam empat suku petang iaitu waktu habis kerja sektor awam pada masa itu, hujan pun turunlah dengan lebatnya. Apa lagi, kami terpaksalah berkurung di pejabat buat sementara waktu. Hujan memang lebat sungguh disusuli dengan kilat dan petir yang sabung-menyabung.



Tiba-tiba lampu letrik pejabat terpadam. "Mak tak ada lampu." Rutiah berkata. Wah, bergelaplah pulak mereka. Aku gelapkah, siangkah, sama saja. Tak peduli punya.



Rutiah pun balik dengan rakannya sementara aku dan Abzul menunggu hujan reda. Dan hujan reda kira-kira jam enam setengah petang. Aku dan Abzul pun berangkat pulang.



Banjir sudah mula melanda di perhentian bas Bangkok Bank. Setelah Abzul membawa aku menaiki bas, dia pun pulang. Aku pun duduklah dalam bas yang akan menuju ke Brickfields. Duduk sambil termenung.



Tiba-tiba pemandu bas menepuk lututku. "Dah sampai." Katanya. "Oh, dah sampai encik?" Aku bertanya. "Ya, dah sampai, awak tertidur." kata pemandu bas itu. "Ok, terima kasih abang." Aku mengucapkan terima kasih pada pemandu bas itu lalu turun. Nasib baiklah pemandu bas itu mengejutkan aku. kalau tidak, habislah.



Hari itu kebetulan di tempat praktikalku ada majlis. Jadi, kami telah diberi bekalan sebungkus nasi beriani. Tapi bila balik, bukak, dah basi. Hmm, tak ada rezekilah tu.



Pada esok hari, extention telefon di tempat praktikalku telah mengalami kerosakan akibat kilat dan petir yang berlaku pada petang semalam. Jadi hari tu, agak relax jugalah.



Hari terakhir praktikal sudah pun tiba. Dan pada hari itu, aku dibawa berjumpa Encik Jalil yang merupakan pengurus kalau tak salahku. Aku mengucapkan terima kasih kepada beliau.



Wah, praktikal kini sudah habis. Yahoo! Dah merdeka dah sekarang! Lega dan lapang rasa dada kami semua setelah selesainya praktikal selama dua minggu itu.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog