Sabtu, Januari 19, 2008

Kenangan di GTC bahagian duabelas


Bersambung di bahagian duabelas.



Kini hari praktikal sudah dekat. Lebih kurang dua minggu lagi. Kami, para pelajar operator pun sibuklah memperlengkapkan diri kami dengan ilmu mobiliti yang diajar oleh guru kami.



Mr. Peter telah mula mengajar aku ke Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia kerana aku akan menjalani praktikal di sana. Dia pun mengajar aku cara-cara bagaimana hendak menaiki bas ke sana.



Sesampainya di perhentian bas Lido, dia pun suruh aku tanya orang nombor bas. "Encik, tumpang tanya, bas dah datang?" Aku bertanya. Orang tu dah jadi pelik. "Oh i'm sorry, i not understand because i'm from japan." hah, dari Jepunlah pulak orang tu. "Oh, sorry sir, sorry sir." Aku meminta maaf. Aku dan Mr. Peter tergelak.



Bas yang ditunggu dah datang. Kami naik. Aku duduk di tepi sorang perempuan. Anak dara rasanya. Dan selang beberapa minit kemudian, aku bertanya. "Cik, dah sampai Bangkok Bank?" "Belum." Jawab perempuan itu perlahan. "Cik nanti sampai beritahu ya?" Aku berpesan. Perempuan itu diam.



Tiba-tiba aku terdengar loceng ditekan. "Ok, dah sampai." Beritahu perempuan itu. "Sampai ke mana kak?" Aku sengaja bertanya walhal aku tahu bahawa dah sampai Bangkok Bank. "La, Bangkok Bank lah." Akak tu agak marah. Aku tergelak. Akak tu pun gelak.



Aku dan Mr. Peter pun turun. Perempuan tu pun turun jugak kalau tak salah. "ha Khai Eong, awak dengar sini, sekarang awak turun, awak ikut ini Payment. Kemudian, awak kena naik bas nombor 60 untuk ke Timber Board tu. Terang Mr. Peter.



Nasib kami baik sebab bas cepat datang. Kami pun naik dan pergilah ke Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Tak jauh perjalanan masa yang diambil tu.



Di Lembaga itu, ada dua orang buta yang bekerja di sana. Mereka ialah Abzul dan juga Rutiah. Rutiah ni, suara halus tapi berangin. Abzul tu tinggal di Gombak. Aku tak kenal sangatlah.



Aku dibawa melawat di sekitar kawasan itu. "Ok Rutiah dan Abzul, awak boleh jaga ini Khai Eong ha?" Mr. Peter bertanya.



Selepas itu, kami pun berangkat pulang. Kami sampai di GTC dah pun tengahari. Wah, penatnya bukan main lagi. Kami terus berehat di kelas.



Semua pelajar dah suksis dan sudah dapat menghafal macammana hendak ke tempat praktikal mereka. Ada yang kena di UKM. Itu Noorhazira kalau tak salah. Surina dan Muhamid di Hospital Tun hussein On kalau tak salah aku.



Tetapi, yang paling dibimbangi ialah Shahrim. Ini kerana, mobilitinya begitu teruk sekali. Dia tidak berapa boleh ingat dan menghafal macammana nak ke tempat praktikalnya itu. Itulah yang membimbangkan semua guru.



Walau pun kami sudah boleh menghafal tempat praktikal kami, perasaan bimbang tetap menghantui kami. Yalah, sekarang semuanya ok, manalah tahu bila tiba harinya nanti, lain pulak yang berlaku. Itulah yang menghantui fikiran kami. Tapi, kami pendamkan sahaja.



Jadi, untuk mengisi hari-hari terakhir sebelum menjelangnya praktikal, maka kami mengulangkajilah apa yang telah kami pelajari itu. Kami belajar cara menjawab telefon. "Selamat pagi, nombor encik." Itu dia.



"Selamat pagi, nombor encik." Itu bila operator angkat telefon. Kalau nada dering sudah kali ketiga atau keempat, cakapnya gini, "saya cuba sambungkan encik." Kalau keenam atau ketujuh, gini pulak. "Maaf encik, saya cuba sambungkan encik." Kalau sudah menghampiri sepuluh deringan, gini pulak. "Maaf encik, panggilan tidak berjawab."



Ha, betapa hemahnya operator. Tapi sekarang, mana ada? Kadang tu ada yang bunyi suara macam orang baru bangun tidur pun ada. Ada yang jawab dalam keadaan malas dan macam-macam hal.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog