Bersambung lagi di bahagian sebelas.
Seorang guru bahasa inggeris telah masuk ke GTC. Buat beberapa bulan sebelum itu, tiada guru untuk mengajar bahasa inggeris. Guru Bahasa inggeris itu masuk pun dah pertengahan Ogos kalau tak salahku. nama beliau Rosli. Kami panggil dia, cikgu Rosli. Cikgu ni, peramah tapi hisap rokok.
Dan dia akan mengajar bahasa inggeris. Aku pun dah ingat-ingat lupa sama ada dia hanya mengajar bahasa inggeris untuk kelas operator sahaja atau untuk semua kelas. Itulah yang aku tak pasti.
Pada pertengahan September, kami telah pergi ke rumah cikgu Rosli. Ini pun aku dah tak berapa ingat di mana rumahnya. Tapi kalau tak salah, kami kena naik dua bas. Dan, beberapa hari sebelum pergi, kami telah bertanya pada cikgu Rosli macammana nak pergi.
Jadi, tibalah harinya di mana kami para pelajar kelas operator akan berangkat ke rumah cikgu Rosli. Hari tu ialah hari Ahad. Kami bertolak pada sebelah tengahari. Kami pergi dengan menaiki bas mini. Kami kena naik dua bas kalau tak salah. Dan nasib baik pada hari itu, bas tak ramai orang sangat.
Sesampainya di perhentian bas, kami pun turun. Cuaca sudah mula gelap. Wah, sudah nak hujan ni. Dan, dengan berpandukan arah yang diberitahu oleh cikgu Rosli, kami berjalan dengan laju menuju ke rumah cikgu Rosli. Kini, hujan rintik-rintik sudah mula turun.
Kami sampai di rumah cikgu Rosli. Kami disambut mesra oleh cikgu Rosli dan isterinya. Kami pun dijemput masuk oleh cikgu Rosli. Lega kami sebab dah sampai dengan selamat.
"Bolehkah cari rumah saya?" Cikgu Rosli bertanya. "Mula-mula, sesat jugak." Beritahu Zainal. "Tapi kami ikutlah panduan yang cikgu bagi." Zainal menambah. Dan kini, hujan sudah mula menjadi sederhana lebat.
Kami duduk di ruang tamu rumah cikgu Rosli sambil mendengar rancangan yang popular di tv3 iaitu siaran Sinaran Pasport Kegemilangan. masa tu, siri pertama. Ada peserta yang sekarang dah jadi anggota dan bekas anggota kumpulan lawak Senario.
Setelah selesai mendengar rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan, cikgu Rosli dan isteri mengajak kami makan. Rupanya, nasi dan lauk sudah pun terhidang.
Kami pun duduk di keliling meja. Lauk pada petang itu ialah kari ayam. Amboi, kegemaran aku tu. Ha, perut pun, tengah lapar, jadi, kami pun makanlah. Sedap sungguh masakan isteri cikgu Rosli.
Sambil makan, kami bersembang. Cikgu Rosli ni rupanya pelajar sekolah Princess Elizeberth. Isterinya dah biasa bergaul dengan orang buta, jadi tiada masalah baginya untuk melayan orang buta.
Setelah makan, kami duduk semula di ruang tamu rumah cikgu Rosli. Dan kini, hujan sudah pun berhenti. Kami mendengar tv lagi. Sinaran Pasport masih belum selesai. Maklumlah, kalau tak salah, itu siaran langsung.
menghampiri jam enam setengah petang, kami mula bersiap untuk pulang. Kami mengucapkan ribuah terima kasih kepada cikgu Rosli kerana melayan kami. Kami pun dibawa ke stesen bas. Nasib kami baik, bila sampai di stesen, terus ada bas. Kami pun naik.
Kami sampai di GTC kira-kira jam tujuh malam. Malam tu kami tak makan malam kat GTC. Kami dah beritahu kat tukang masak yang kami ni, tak makan.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan