Sabtu, Februari 16, 2008

Benarkah persatuan orang buta tidak membantu orang buta?


Terdapat beberapa buah persatuan bagi orang-orang buta di Malaysia ini. Antara yang terkenal ialah SBM dan MAB. Dan semua persatuan buta dan oku yang lain bernaung di bawah satu persatuan induk yang dipanggil MCD.



Benarkan persatuan oku penglihatan tidak banyak membantu warga oku penglihatan seperti yang diperkatakan? Jawapannya agak kurang tepatlah dirasakan.



Sebenarnya, banyak juga sumbangan yang diberi oleh persatuan oku penglihatan ini. Antaranya, menterjemahkan buku-buku ilmiah dan novel ke tulisan braile supaya golongan oku penglihatan juga dapat membaca. Bantuan pendidikan juga diberikan walau pun kadarnya tidak banyak. Ada lagi beberapa bantuanlah.



Namun, itu semua rasanya masih belum lagi mencukupi bagi golongan oku penglihatan. Masih banyak lagi bantuan yang mereka perlukan. Antara yang utama sekarang ialah di bidang pekerjaan.



Seperti yang diketahui, peluang pekerjaan bagi oku penglihatan adalah amat terhad sekali. jadi di sinilah persatuan-persatuan yang ada ini dapat memainkan peranan dari segi membantu golongan oku penglihatan ini mendapatkan peluang pekerjaan dari sekecil-kecil pekerjaan sehinggalah pekerjaan yang bertaraf profesional.



Saya berpendapat, biarlah persatuan memulakan langkah pertama dengan mengambil golongan oku penglihatan ini bekerja di persatuan yang sedia ada. mengapakah harus mengambil golongan normal bekerja di persatuan golongan oku penglihatan sedangkan golongan oku penglihatan juga punya kemahiran yang sama seperti golongan normal ini? Ambillah golongan normal jika sudah didapati memang golongan oku penglihatan tidak dapat memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan oleh sesebuah persatuan.



Pihak persatuan tidak perlulah bising-bising lagi tentang pengambilan 1% golongan oku untuk bekerja di jabatan kerajaan masih tidak dipenuhi. Sebelum bising ke arah itu, perbaikilah diri terlebih dahulu. Berapa peratus orang buta yang persatuan buta sendiri ambil untuk bekerja dengan mereka?



Apabila kepincangan ini sudah diatasi, barulah persatuan boleh memulakan langkah menyeru pihak-pihak yang berwajib supaya menyediakan pekerjaan bagi golongan oku. Biar kita yang tunjukkan contoh pada pihak berwajib, barulah mereka boleh mendengar dengan cepat cadangan yang diberi. Segalanya, mesti bermula di rumah sendiri terlebih dahulu.



Dan, kepada si buta si buta di luar sana pula, saya mencadangkan, tolonglah ubah sikap dan perangai buruk yang bersarang di hati anda tu.




Tolonglah ya. Bila sudah dapat kerja, bekerjalah dengan elok. Ingat, kita bukan orang normal yang senang-senang nak dapat pekerjaan. Kita ni, buta. Fahamkah buta?




Ada segelintir orang buta ni, bila dah dapat pekerjaan, bukannya nak bersyukur, malah merungut. Gaji kecik, jauh dari rumah dan pelbagai. Lepas tu, dia buat macam syarikat tu bapak dia yang punya. kerja sehari, empat hari tak datang. kemudian, bising-bising konon gaji kecik.



Kalau dah tau gaji kecik, kan boleh berbincang? Kenapa taknak berbincang? kenapa mesti buat perangai yang tak senonoh atau lebih kasar sikit, buat taik? Dan akibat perbuatan segelintir mereka inilah imej orang buta terjejas.



Tahun ini saya ada pergi beberapa buah kilang untuk mencari pekerjaan. Semua kata tak ada kerja. Check punya check, orang buta pernah kerja di sana dan mereka buat taik kat sana.



Ada pula tu, bila di tempat kerja, dia tidur. Alasan, buat kerja part time di waktu malam. memang memburukkan imej orang buta. Ada pulak, sentiasa datang lewat ke tempat kerja. Mungkin dia tak punya perasaan malu pada orang, sebab itu selalu lambat. Tak kiralah apa alasan pun tapi yang penting, masa mesti tepat.



Kita kenalah tahu di mana kita berada. Segala apa yang kita buat akan menjadi perhatian masyarakat. janganlah buat perangai tak senonoh di tempat kerja. Dek kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga.



Kepada persatuan buta, semoga di masa depan akan dapatlah menambahkan lagi kakitangan daripada golongan buta. Terima kasih banyak-banyak kerana telah banyak membantu kami selama ini.


0 ulasan:





Arkit blog