Rabu, Februari 06, 2008

Betulkah orang buta menyusahkan?


Susunan saudara Abian Jambot,


Ditulis oleh aku.



Betulkah orang buta ni banyak menyusahkan? Sampai ada yang berkata, daripada dapat menantu orang buta, baik dapat menantu cacat anggota. Pada orang celik, penglihatan tu macamlah nyawa. kalau buta mata, matilah mereka.



Sekarang, mari kita lihat, apalah yang menyusahkan orang ni ya?


1. kalau buat tempat pejalan kaki, mesti dibuat rim supaya orang buta dapatlah ikut jalan. Dan supaya orang buta tak jatuh.


2. Kalau dengar berita di tv, tiba-tiba bunyi muzik memanjang. Kenalah panggil orang datang tengok apa sebenarnya yang berlaku. Kan menyusahkan?


3. Pergi kedai/warung/restoran, bila pelayan datang, ditanya si pelayan ada masakan apa. pelayan tu kenalah baca satu-persatu menu makanan yang disediakan dari A ke Z. Kan menyusahkan tu?


4. Yang suka baca buku, setiap kali ada buku, dah satu kerja kena braille buku tu. Lepas tu, kena pula upah orang untuk buat kerja-kerja ni. Dah, kena keluar duit pulak. Ha, kan menyusahkan tu?


5. nak pakai komputer, kenalah beli software khas. mahal pulak tu. Menyusahkan betul.


6. Pergi kedai makan dan yang sewaktu dengannya, oranglah yang kena tukang ambil makanan kat kita. menyusahkan betul. Di rumah bolehlah ambil sendiri.


7. Pergi kenduri pun sama. Didudukkannyalah kita. makak duduklah kita di situ macam tunggul kayu. kena pula ambil makanan dan minuman kat kita. menyusahkan betul.


8. Nak baca suratkhabar, satu kerja pulak kena minta tolong orang. Menyusahkan sungguh. Bila minta tolong, pelbagailah alasan yang diberi. Akhirnya, kita marah. Ha itulah, siapa suruh jadi buta?


9. Nak menaiki bas dan sebagainya, orang jugalah yang kita cari untuk tengok nombor bas. Menyusahkan betul si buta ni.


10. kalau kita berjalan kaki, kenalah pakai tongkat tek tek tek. Lepas tu, langgar tianglah, langgar buntut lorilah, jatuh longkanglah dan macam-macam lagi. Hey, menyusahkan orang betul.


11. Sikit-sikit nak minta discounts. menyusahkan betul. (Ini tambahan dari aku).


12. Orang pergi panggung wayang nak tengok wayang. Orang buta pergi panggung wayang, duduk, lepas tu bila filem dah start, dia tanyalah pulak itu dan ini. Eh, mata tu dah buta, duduklah rumah diam-diam jangan nak menyusahkan orang. Tapi kalau nak pergi juga, buat macam aku, masuk saja panggung, tidur dari filem mula sampai habis. Ha, tak menyusahkan orang.


13. Dalam teknologi i t. Orang buat web-site bagi cantik-cantik. Yang orang buta pulak, bila dah cantik, dia tak boleh pakai pulak. Dia nak yang clasic view.



ya setakat itu sahajalah yang dapat disenaraikan. Sebenarnya, Abian ada bagi banyak contoh, tapi aku tak teringat.



namun, dalam semua hal yang menyusahkan ini, orang buta adalah manusia yang bergerak paling bebas sekali di dunia. Buatlah bangunan setinggi langit pun, kami boleh panjat. Bas tinggi, rendah, semua tiada masalah bagi orang buta.



Orang buta ni, mata sahaja buta. Tapi hati mereka terang. Tapi kadang, ada yang gatai/merenyam dan suka ambil kesempatan dek kerana kebutaan mereka.


1 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Saudara yang dihormati,

Tidaklah menyusahkan bagi mereka yang celik hati...hanya yang buta hati akan berkata demikian. Cacat seperti saya juga dianggap menyusahkan bagi mereka yang punya hati seumpama sampah.

Salam kenal. Saya athetoid cerebral palsy.





Arkit blog