Isnin, Februari 04, 2008

Kenangan di St. Nicholas Home bahagian terakhir


Ok, sambung lagi di bahagian tiga.



Pada pertengahan mac 1994, keputusan SPM pun keluarlah. Aku, Che Yatim dan beberapa orang lagi mendapat SAP. Rosmin dan Yusuf mendapat keputusan yang agak baik. Pangkat dua kalau tak salahku. jadi, berakhirlah segala debaran menunggu keputusan peperiksaan SPM.



Selang dua minggu kemudian, Yusuf dan Rosmin akan berangkat ke Kuala Lumpur sebab mereka akan menyambung pelajaran mereka di Sekolah St. John di tingkatan enam. Pada pagi hari Khamis itu, mereka pun bersiap-siaplah untuk berangkat ke KL.



mereka bertolak dalam lebih kurang jam sebelas pagi kalau tak salah aku. Kini, tinggallah kami pelajar-pelajar komputer sahaja. Yalah, mereka berdua dah pergi.




Peperiksaan akhir kini menjelang bagi kami yang menghadiri kursus komputer itu. Yalah kami diuji tentang penggunaan wordstar. Cara-cara nak save file dan pelbagai lagi. Tepat jam 12:30 tengahari hari Jumaat bersamaan 7 Mei, kursus pun selesai. "Ya, tamatlah kursus kita kali ni." Rahim berkata.



Dan pada petang, semua pelajar kecuali Asri dan Yatim pakat-pakat balik ke tempat masing-masing. Asri dan Yatim buat sementara tinggal di St. Nicholas sebab mereka dalam proses mencari kerja.



Ok, selesai.


Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog