Ok, kita sambung sikit lagi cerita.
Pada pagi ini, Cornelius telah memanggil aku di skype. Dia memberitahu aku bahawa pada petang ini, dia akan reformat komputernya. Ini adalah jalan terakhir kerana Jaws masih tidak mahu berbunyi. Dia kata, bapanya akan tolong dia format komputer itu.
Daripada informasi yang aku dapat, memang speech synthersizer cina tidak boleh diinstall di windows yang versi inggeris. Ini kerana, speech cina ini 100% menggunakan enjin sapi5 dari microsoft dan ia akan merosakkan sapi5 microsoft Sam. Dan, inilah yang berlaku pada Cornelius.
Dan pada petang tadi, beliau telah reformat komputernya bermula jam satu tengahari sehinggalah jam enam petang. Semasa saya menelefonnya pada kira-kira jam tujuh malam, beliau masih sedang update windows.
Ok, selesai.
Sekian
0 ulasan:
Catat Ulasan