Isnin, Februari 04, 2008

Cerita komputer rosak


Ok, cerita kenangan di St. Nicholas terpaksa diberhentikan dahulu untuk memberikan cerita best ni.



Aku dan Cornelius, memang suka mengkaji segala macam software. Inilah hobi kami. Memang best. Jadi semalam, dia telah menerima dua file sapi5 dari sahabat kami dari Vietnam. Speech software itu ialah sapi5 manderin dan sapi5 cantoneese.



Jadi, beliau telah install lah sapi5 manderin itu. Semasa proses installation, semuanya elok belaka. Sehinggalah dia uninstall, dia punya sapi5 speech Microsoft Sam sudah jadi tidak berfungsi. Jadi dengan automatiknya, Narator Windows XP dia sudah tidak berfungsi. Tetapi, jaws masih elok lagi.



jadi pada pagi tadi, aku dan dia pun cubalah memperbaiki narator speech itu. Beberapa kali kami cuba menghidupkan sapi5 microsoft Sam itu. Namun, usaha kami telah gagal.



Cornelius tidak berputus asa. Beliau telah menggunakan carian enjin google untuk mencari software untuk memperbaiki sapi5 tersebut. Dan, usaha beliau berjaya. Beliau telah menemui repair sapi5 tools.



Setelah sapi5 itu diperbaiki, ianya masih gagal dihidupkan. Dan setelah komputer beliau di-restart, tiba-tiba, jaws sudah langsung tidak berfungsi. Wah, ini sudah kacau. Kini, speech folder yang terletak di control panel juga, sudah tidak boleh lagi dimasuki.



Aku dan beliau telah cuba memperbaikinya bermula dari jam lapan malam, hinggalah sebentar tadi namun, usaha kami gagal. Aku telah menghubungi Rahim untuk meminta pendapatnya tentang masalah ini. Rahim telah mencadangkan supaya dia cuba install Window-eyes sebab kadang-kadang, Window-eyes boleh membantu menghidupkan Jaws.



maka, aku telah mengirimkan file Window-eyes melalui skype kepadanya. Dan setelah Window-eyes itu diinstall, kami sekali lagi cuba memperbaiki jaws itu. Kami uninstall dan install semula. Namun, ianya sia-sia sahaja. Jaws tetap juga tidak mahu hidup kembali.



Dan beliau mungkin terpaksalah reformat komputernya selepas perayaan tahun baru cina nanti. Kalau nak reformat sekarang, dah tak boleh sebab, semua orang dah sibuk.



Ok, itulah cerita khas buat kali ini.


Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog