Isnin, Februari 11, 2008

Kenangan di SRK St. Nicholas bahagian tiga


Ok, kita sambung di bahagian ketiga



Semasa aku dan Hartini darjah satu, kami tinggal di asrama Waron. Aku tidur di sebelahnya. yalah asrama Waron menempatkan budak-budak umur lima, enam, tujuh dan lapan tahun. Jadi, lelaki dan perempuan campur sekali.



Hartini ni, tidur sebelah aku. Ada satu ketika, dia beritahuku, bahawa, dia menangis ketika aku balik ke rumah. Sebabnya, dia tidur keseorangan dan dia rasa takut. Tapi orang tak tau.



Ini pula cerita Siew Eng. Siew Eng ni ada seorang kakak yang bernama Siew Gaik. Tapi, mumrnya kakaknya itu tak panjang. Kakaknya meninggal kerana sakit. Sakit apa tu aku kurang pasti.



masa tu, Siew Eng Punya bahasa melayu, tak fasih, Orang sebut hari Isnin sampai Jumaat, dia sebut hari satu sampai lima. Perkataan lima pun jadi limau. Dan ada sekali di perhimpunan, beliau telah ditegur oleh Miss Campos. "Ini Siew Eng ha, saya ta mo dengar lagi ini limau-limau."



Dia best. Ayat contoh, saya mau pergi, akan menjadi, saya namau pergi. mana datangnya itu perkataan "namau" pun aku tak tau.



Semasa aku di asrama Marco pada 1982, aku telah bertemu dengan Joseph yang sekarang dipanggil Yusuf. ha, Yusuf ni memang nakal. Maklumlah budak-budak. Bila waktu malam masa nak tidur, macam-macamlah bunyi dia buat, bunyi harimau, macam-macam lagi.



Di satu tengahari, selepas pulang dari sekolah, seperti biasa semua pergi mandi. Selepas mandi, kami bersiap untuk pergi makan. Tiba-tiba tak kedengaran langsung suara Yusuf ni. Kami tak kisahlah mungkin dia sedang mandi.



"Hey! Ini Joseph, dia main itu kipas ha, dia main itu kipas." "Jahat punya budak." "nanti kena ini tangan apa macam?" "Sekali lagi saya nampak ha, saya rotan." Itulah Mrs. Ilayes yang entah dari mana tiba-tiba muncul sambil memarahi si yusuf dan memekulnya.



Semasa di asrama Marco juga, satu kejadian telah berlaku di mana, kepala Faizal Zakaria telah terkena kipas siling. Seperti biasa pagi Isnin aku datang sekolah. Bila petang, baru aku tau cerita.



Pada petang itu, Miss Campos telah datang ke asrama. "Ok, semua ada ha?" Miss Campos bertanya. "Ok, saya mau kasi tau ha, awak semua jangan pigi main sama itu kipas." "Faizal, lain kali ha, saya mau pukul awak." "Nasib baik semalam ini kak Mariam, matron dan beberapa orang lagi ada." "Awak tengok, mereka hantar sampai hospital Sungai petani tau?" "Kalau tak, saya ta tau apa mo jadi sama awak." Miss Campos berleter panjang. Semua kami duduk mendiamkan diri.



Tahun 1983, aku masih ditahan di darjah dua. Ini kerana, semasa darjah dua tahun 1982, prestasiku amat merosot kerana selalu tidur dalam kelas. Tahun 1983, aku ditempatkan di darjah duaC. C untuk Cempaka. Guru kelas tersebut ialah mr. Kwok. Suami Mrs. Kwok. Mr. Dan Mrs. Kwok adalah suami-isteri.



Sementara murid yang lain dah pun naik ke darjah tiga. Kali ini, aku sekelas pula dengan Sun Sing, Magis Suari, Kunavadi yang sekarang dipanggil Noraina, Noraini Illah, Suriah Abdullah dan beberapa orang lagilah yang aku dah lupa namanya.



Suriah ni, digelar kepala tembikai sebab kepalanya besar. Entah mengapa, tak taulah. Gurubesar SRK St. Nicholas ialah Miss Campos.



Di darjah dua C, aku masih lagi nakal. Di suatu hari Mr. Kwok telah mengarahkan setiap seorang murid hanya boleh mengambil 10 keping kertas braile kosong. Semua orang mengikut arahan. Sampai giliran aku, aku serkup saja kertas braile yang telah dipotong itu. Lepas tu aku kaut. Wah agak tebal jugak.



Kebetulan masa tu, si hartini duduk depan aku. Jadi, tangannya pun suka meraba. Dia pergi meraba kertas braile dalam laci aku. "Eh Hartini, awak ambil yang awak punya sudahlah mana boleh raba orang punya?" Mr. Kwok menegur. "Taklah Mr. Kwok, semua orang ambik sepuluh keping, tapi Khai Eong ambik banyak o." Hartini mengadu.



Lalu, Mr. Kwok datang memeriksa. "Khai Eong mari sini." Mr. Kwok memanggilku. "Kenapa awak ambil banyak?" Mr. Kwok bertanya. Aku hanya mendiamkan diri. Punggungku ditampar. "Cikgu suruh awak ambil 10 keping, awak ambil 27 keping." "Jahat ha awak, pergi bubuh balik yang lebih-lebih ini dalam kotak." Arah Mr. Kwok. Aku pun bubuh balik yang lebih-lebih itu ke kotak.



Di satu hari, semasa kami sedang menjawab soalan matematik, tiba-tiba, Mr. Kwok bersin. "Gila punya Mr. Kwok." Hartini berkata dengan selamba. "Hartini, mari sini." Panggil Mr. Kwok. Dia pun pergi. "Kenapa cakap macam itu?" "Sekarang, cikgu gilakah, awak gila?" Tanya Mr. Kwok. "Saya gila." Jawab Hartini perlahan. "Sekarang, pergi duduk." Arah Mr. Kwok.




Pada tahun itu, kami telah dibawa ke salah sebuah supermarket yang terkenal pada masa itu iaitu Supermarket Fima. Kami pelajar dua C sahaja kalau tak silap. Di situ, kami dapatlah bermain dengan permainan yang terdapat di situ.



Dan, ada seseorang telah memberikan selonggok besar duit shiling pada Mr. Kwok supaya kami dapat bermain permainan yang ada di dalamnya dengan puas.



Di penyampaian hadiah pada tahun itu, aku mendapat tempat ketiga. Dapat hadiah buku.



Bersambung


0 ulasan:





Arkit blog