Ahad, Februari 10, 2008

Upacara sebelum dan semasa perayaan tahun baru cina


Pada hari ke-24 bulan 12 sebelum menjelangnya tahun baru cina, satu upacara akan dijalankan. Upacara itu ialah upacara menghantar dewa dapur ke langit. Menurut kepercayaan, dewa ini akan ke langit untuk memberikan laporan tentang kelakuan manusia sepanjang tahun tersebut. Yang buruk dan yang baik.



jadi, untuk mengelakkan daripada dewa itu memberikan laporan yang buruk tentang sesebuah keluarga, mereka akan dijamu dengan kuih bakul. kononnya, apabila dewa itu memakan kuih bakul, mereka akan memberikan laporan yang baik-baik sahaja. Pada peringkat itu, peringkat awal perayaan tahun baru cina sudah bermula.



Pada hari pertama tahun baru, dilarang menyapu apa-apa keluar dari rumah. Menurut kepercayaan apabila segala kekotoran itu disapu keluar dari rumah, adalah ditakuti perkara-perkara yang baik juga akan turut disapu sama tanpa disedari. jadi apa yang dibuat, segala yang kotor itu disapu ke tepi. Begitu juga tidak boleh menjemur atau mencuci pakaian.



Pada hari keempat tahun baru, satu lagi upacara akan dijalankan. Upacara ini ialah menyambut kepulangan dewa dapur dari langit. Mereka akan pulang setelah memberikan laporan dan menyambut tahun baru di sana.



Pada hari ketujuh, orang cantonese akan makan ikan yang dipanggil yee sang. Yang tu, aku tak taulah apa kisah di sebaliknya.



pada hari kelapan tahun baru iaitu tengahmalam menjelang hari kesembilan tahun baru, satu lagi upacara akan dijalankan. upacara itu ialah upacara sembahyang menyambut kelahiran dewa langit. Di upacara itu, orang hokkien akan menggunakan tebu.



menurut cerita lama, pada hari kesembilan, orang Hokkien di Fujian China telah terselamat dari diburu oleh musuh. Dan, yang menyelamatkan mereka ialah pokok tebu. Dan pada hari itu adalah hari menyambut perayaan tahun baru bagi orang-orang hokkien. Dan pada masa yang sama juga hari itu adalah hari kelahiran dewa langit.



pada hari ke-15 iaitu hari terakhir perayaan tahun baru, upacara membaling limau. dijalankan. Kononnya, limau yang dibaling akan mendatangkan jodoh bagi lelaki dan perempuan.



Itulah dia.


0 ulasan:





Arkit blog