Bersambung di bahagian enam.
OSekarang, di resos ada cikgu Abu Hassan. Cikgu Abu ni, pernah mengajarku semasa aku di darjah empat SRK St. Nicholas dulu. Lepas tu khabarnya, dia keU.S untuk melanjutkan pelajarannya. Dan pada 1990, dia menjadi guru resos. Dia menjaga kelas sesi petang iaitu murid-murid tingkatan satu.
Kini, sudah pun tahun 1992. Aku telah berjaya naik ke tingkatan empat. Pada minggu pertama aku ke sekolah, pelajar-pelajar Sabah iaitu Rosmin dan Joseph atau pun sekarang Yusuf, masih belum datang lagi. Si Arzman juga yang dari Perak juga masih belum muncul. maka buat sementara, aku keseoranganlah jawabnya.
Minggu berikutnya, kesemua budak Sabah pun datang. yang tingkatan empat ialah aku, Rosmin, Yusuf dan juga Arzman Razali. Kami pada mulanya ditempatkan di tingkatan empat cekal. Sebab-sebab terjadi begini, aku dah tak ingatlah.
Masih segar dalam ingatan satu kejadian di tingkatan empat cekal di mana kami tak bawa brailler ke kelas. masa tu pulak, pelajaran bm. Gurunya seorang guru perempuan yang kami panggil cikgu Loh. Ha, macam-macamlah aku dan yusuf kelentong dia. kalau tak, memang boleh kena marah punya.
Selepas beberapa minggu di kelas empat cekal, aku dan Yusuf ditempatkan di kelas empat Harmoni pulak. kemudian, kami dipindahkan ke empat damai. Kelas empat Damai ni asalnya bilik seni lukis. jadi, kerusinya ialah kerusi panjang. Begitu jugak dengan mejanya. sebiji macam meja kantin.
Suasana bising dalam kelas. Dan di kelas kami, ada seorang pelajar yang cukup nakal dan kelakar iaitu Azhad namanya. Dia kadang-kadang, suka mengganggu bila cikgu sedang mengajar. Tapi, dia memang kelakar.
Di suatu hari, seperti biasa, aku dan Yusuf berjalan ke kelas kami yang terletak di blok A. Apabila telah melintasi kantin sekolah dan hendak membelok ke blok A, entah macammana, kaki kiriku telah terperosok ke dalam longkang. Habis basah kasut.
Pada tahun itu juga, Mr. Yu Ah Tit telah tidak lagi menjadi guru resos. Beliau berpindah ke Sekolah Chung Ling sebagai seorang guru biasa. Tempatnya telah digantikan oleh Mrs. Wong. mr. Gregory Rajan pula menjaga tingkatan empat. Dan pada tahun itu juga, muncullah cikgu Patima Tun Zaharah bekas cikgu bahasa inggeris aku semasa darjah satu di Srk St. Nicholas dahulu. Beliau menjadi guru resos dan menjaga kelas tingkatan berapa aku tak ingat.
Semasa tingkatan empat, kami betul-betul kekurangan bahan. jadi, kami terpaksalah menyalin nota. Masih kuingat, kami terpaksa menyiapkan buku teks sendiri secara bergilir-gilir. Cikgu resos baca, kami tulis. Itulah cabaran yang terpaksa kami hadapi.
Berbalik pada cerita Mr. Yu Ah Tit. Bila beliau dah keluar, semua orang pakat seronok. kami gelarkan dia bapak. Kenapa? Tak tahulah. Mungkin sebab kegarangannya. "Wah, bapak sudah keluar, semua seronok dah." Sindir salah seorang guru resos iaitu cikgu Paulyn.
Sementara di kelas pula, kami semua duduk dengan meja dan kerusi panjang. Satu meja tu, ada lebih kurang empat orang. Aku Yusuf Rosmin dan Arzman sudah satu meja dah. Kami biasalah duduk di bahagian hadapan sekali.
Cikgu sejarah kami ialah Puan Harjid Khaur. kelas kami ni pulak, banyak murid nakal. masa dia tengah mengajar, yang di belakang tu bersembanglah pulak. mereka buat macam kedai kopi. ha, terpaksalah cikgu tu ambik tindakan. merotan pun pernah. Tapi, mereka ni, dah ada imuniti penuh. maksudnya, dah kebal dah. Dah lali dengan rotan.
Di pertengahan tahun, ada cikgu pelatih masuk. Salah seorang guru pelatih iaitu cikgu Rosminah kalau tak salah, telah mengajar bm di kelas kami. Wah, bila cikgu Rosminah menyuruh memperkenalkan diri, ramailah yang tukak nama. Ada yang bertukar jadi Hassan dan pelbagai lagi. Bila dia ajar, semua pakat main. Ish ish ish, teruknya.
Ada seorang lagi guru pelatih yang datang masuk ke kelas kami. Nama beliau ialah cikgu Hazlina Wati dari Kelantan. Amboi dia punya Kelantan, pekat oi. Dia mengajar matapelajaran sejarah kalau tak salahku.
Guru kelas kami ialah Miss Aw iaitu guru bahasa inggeris. Miss Aw ni, tak suka pulak orang sebut ikan. Di suatu hari, seorang kawan kami Ammar Naina telah duduk di meja kami. Masa tu, matapelajaran inggeris. Dia disuruh duduk depan sebab dia suka bising.
"Teacher, ikan teacher." Tiba-tiba Ammar berkata. "Eh you, please don't say ikan, i don't want to here." Miss Aw berkata dengan kuat. jadi, dia pun diamlah.
Cikgu Murad Bakar pula, mengajar matapelajaran sastera dan bm. Dia ni ada belajar silat Aikido. Kadang-kadang, dia berceritalah tentang persilatan Aikido kepada kelas. Kami pun dengarlah.
Budak-budak kelas kami ni agak takut sikit dengan cikgu Murad. Sebabnya, dia tegas orangnya. Mereka cukup takut kalau kena picit. jadi kalau cikgu Murad masuk, mereka agak diamlah.
Di kelas kami ada dua orang kembar. Yow Kooi Hong dan Yow Kooi Bee. mereka ni, sangat lincah. Tapi sekarang, ke mana menghilangnya dua kembar ini, tidaklah aku tahu. Sejak keluar sekolah, terus terputus hubungan.
Seorang lagi pelajar perempuan yang rapat dengan kami ialah Siew Boon. Siew Boon ni, datang ke sekolah dengan menaiki motosikal. Dan sekarang ni pun dah putus hubungan. Tak tau mana hilang dah.
Seorang lagi pelajar yang rajin tolong bacakan nota untuk kami ialah Foh Poh Chan. Dia ni, kecil molek saja. Dia akan baca nota untuk kami semua sekiranya ada tertulis di papan hitam oleh cikgu kelas.
Ketua kelas kami kalau tak salah ialah Nazi mansor. nazi ni kecik saja. Dia selalu kena buli dengan kawan-kawan. pernah satu kali, mereka ambik kasutnya dan dibubuh dalam singki. habis basah kasutnya.
Ada satu kali tu, matapelajaran matematik. matapelajaran ni, sebelum waktu rehat. Wah, limabelas minit sebelum rehat, beberapa orang pelajar telah secara senyap-senyap keluar dari kelas dan naik motosikal pergi beli barangan makanan.
Guru perdagangan kami ialah Cikgu Cheok. Cikgu ni pun kelas agak takut dengan dia. "Siapa bising, nanti cikgu bagi makan kayu." Itulah ungkapan yang selalu dia cakapkan.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan