Isnin, April 28, 2008

Perbaiki komputer di rumah kawan


Wah, dah lama tak jengok blog ni. Sampai ada yang hantar komen pun tak sedar. Sorry maaf. Sebenarnya, terpaksalah aku tapis komen sebab aku tak mau spam. Kalau tak tapis, kang benda spam masuk, leceh macam dulu masa kat Jaring.



Semalam, aku telah ke rumah seorang sahabatku iaitu Ooi Mee Lee untuk memeriksa apalah yang tak kena dengan komputernya tu sampai katanya, susah nak diamkan pembaca skrin komputer tu.



Aku bertolak dari rumah pada kira-kira jam sepuluh suku. Suaminya Mr. Lim yang datang membawaku dengan kereta. Setengah jam perjalanan, aku pun sampailah ke rumahnya tu. Anak bongsunya sedang asyik menonton siaran kartun di tv3 sementara anak sulungnya sibuk dengan bermain permainan video atas talian di komputer yang sebiji lagi.



Ooi Mee Lee hanya ada dua orang anak dan kedua-duanya lelaki. yang sulung tu dah meningkat remaja dah. Dah sekolah menengah dah. Yang bongsgu tu tak taulah pulak sekolah darjah berapa.



Aku terus pergi ke komputernya dan periksalah apakah yang sebenarnya telah berlaku sehinggakan susah nak mengawal perjalanan pembaca skrin di komputer tersebut.



Wow! Rupanya, ada lebih kurang tiga ke empat jenis tool bar yang ada diinstall ke dalam komputernya. Antaranya, google tool bar, yahoo tool bar. Wah, ada juga permainan-permainan video yang telah diinstall oleh anaknya itu.



Jadi kepada pembaca, kalau hampa ada memperbaiki komputer orang buta, tolong jangan install apa-apa tool bar dan apa-apa permainan video. Kelak ini akan menjejaskan prestasi pembaca skrin nanti. Software gambar pun tolong jangan install kalau boleh.



Ok berbalik pada cerita. Selepas itu, aku pun buanglah kesemua tool bar yang ada. ha, bila dah restart, barulah segar-bugar pembaca skrin kat komputernya itu. Barulah pembaca skrin itu dapat berjalan dengan lancar sekali.



Aku makan tengahari di rumahnya. Makan daging masak bijan. Dan selepas itu, aku mengajarnya serba sedikit cara-cara brouse internet dengan cepat. Ini diikuti dengan pemasangan software screamer di komputernya.



Aku pulang pada kira-kira jam empat setengah petang.


0 ulasan:





Arkit blog