Sabtu, Mei 24, 2008

Cerita sana-sini versi politik


Amboi minggu ni hebatlah cerita yang berlaku.


hari Isnin 19 Mei, cuti umum hari wesak. masa cuti-cuti ni, orang dok relax-relax kat rumah. Ada yang pi jalan bawak anak bini atau anak laki. yalah, pi berkelah, pi taman bunga, masuk hutan, keluak hutan dan sebagainyalah.


Masa tengah dok syiok dengak Buletin Utama kat tv3, tiba-tiba terkeluak berita bekas PM kita Tun Dr. Mahathir keluak parti Umno. Alamak, apa sudah berlaku ni? Ai, nak tsunami politik lagikah ni? Ha, kacau dah kali ni. Ni mesti ada pasai Tun keluak parti. Kalau takdak pasai, dia takkan keluak punya. Hampa bukannya tak tau stile Tun, mukalau dia nak buat sesuatu, dia dah pikiak siap. Lepaih tu dia buat. Hampa toksah dok kata apa dah. Buat penat saja.


Rupanya, Tun kata, dia keluak Umno pasai dah tak yakin dengan perjuangan Umno sekarang dan dia akan masuk balik Umno mukalau Pak Lah dah tak pegang jawatan presiden Umno dan PM lagi. Oh lagu tu. Patutlah.


Ni kes besaq ni. Aku pun gunalah skype, nak contact kawan buta aku Azman Rejab kat Baling Kedah. Alahai, streamyx pulak lambat nak mampos. Streamyx ni, sentiasalah tak sihat. Tm kena buat sesuatulah jangan asyik nak juai iklan saja tentang kehebatan produk depa. Ha, maka berkatalah Azman, tak lama lagi BA ambik alihlah kot kalau pak lah masih tak sedak diri. Orang buta ni i want to story, depa ni mejoriti sokong pembangkang. 90% ke ataslah.


Ok, mai pulak Rabu, 21 April. Mukris Mahathir anak Tun kata akan kekal dalam Umno. Syukurlah. Tapi dia jugak desak supaya Pak Lah letak jawatan. Ah sudah. Ini pun satu haru-biru jugak.


malam tu, ada mesyuarat MT Umno. Kat sidang media, TPM kata depa ambil maklum tentang Tun yang keluak parti dan depa harap Tun akan mai balik satu hari satni.


Mai pulak Khamis, Mukhzani Mahathir pulak keluak Umno. Ha, maka tinggailah si adik dalam Umno. Alamak, ni kes kacau ni. Sorang-sorang keluak habeh.


Sedang dok hangat cerita keluak Umno, malam tu kat Buletin utama tv3 terdengak pulak cerita Ezam Mohd Noor, bekas orang PKR nak masuk Umno. Ha! Ini sudah menarik. maka banyaklah ulasan yang keluak. Ada yang syiok, ada yang terkejut besaq, ada yang syak wasangka dan macam-macamlah.


Pada yang syak wasangka ni, toksahlah, dia nak masuk, terimalah dia dengan ikhlas. Kan hampa kata nak banyakkan lagi ahli? Mungkin dia dah sedak atas kesilapan yang telah dia buat. manusia tak lari dari buat salah. Manusia ni tak sempurna.


Kepada


Pak Lah dan bekas PM harap perselisihan hampa berdua dapatlah diselesaikan dengan segera. Janganlah membuka pintu kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengucar-kacirkan lagi Umno dan seterusnya BN yang dah memang sedia kucar-kacir dah.



Ok, cerita bekas orang PKR nak masuk Umno, menurut Ezam yang la ni dok ada kat luak negeri, dia akan bagi kenyataan bila dia balik satni. Dan menurut berita, dia balik hari Selasa.



Sekian cerita sana-sini versi politik.


0 ulasan:





Arkit blog