Isnin, Mei 19, 2008

Berbual dengan Abian Jambot


Pada hari Sabtu, malam minggu yang lalu, aku telah berkesempatan berbual dengan salah seorang rakanku iaitu Abian Jambot melalui skype. Almaklumlah dah lama tak sembang, jadi, bila dia dah on skype, aku pun terus calling-calling dia.



Aku pun bertanyalah mengapa dah lama tak online. Seperti biasalah, dia sekarang ni, dah sibuk dengan SBM cawangan Kl/Selangor yang memang banyak aktiviti tu. Jadi, lantak dialah aku tak kisah.



Dia sekarang dah berpindah rumah setelah berlaku kecurian telefon bimbitnya di rumah lamanya. Dia sekarang tinggal bersama dengan nazri dan beberapa orang rakan yang lain.



kemudian, aku pun hantarlah beberapa perisian antaranya skype dan Winamp versi terbaru padanya. Line pulak, memang lambat gila punyalah. Tak taulah apa nak jadi dengan streamyx sekarang ni.



Ha, sekarang, dah sampai masanya untuk aku saja nak panaskan keadaan. "Bian, apa pendapat hang dengan Parti keadilan PKR?" Aku memulakan persoalan yang merupakan satu perangkap. Biasalah, orang buta kalau dengan pembangkang, memanglah teramat sukanya mereka.



"Selagi parti tu tak lari dari perjuangan, aku kira ok." "Kita macam tulah, kalau pihak lain kata orang tu ada kes liwad, kita percaya bulat-bulat, kita tak siasat." Abian memulakan syarahan. Aku hanya mendiamkan diri. membiarkan Abian dengan keghairahannya. Biasalah orang buta, cepat ghairah.



"Wah hari Sabtu pagi aku p ambik beras, wah 10 KG tiap orang dapat." Aku bertukar topik. Sambil aku bercakap, otakku ligat berputar untuk mencari satu titik permulaan cerita supaya Abian dapat berkata sesuatu.



Akhirnya, aku dapat. "Bian, hang tau, ada orang kata, depa bagi beras tu sebab nak mempopularkan parti mereka." Aku berjaya mengada-adakan cerita. kerana aku tau, Abian pasti akan memberikan sedikit syarahan.



"kalau orang kata, mereka bagi ni untuk mempopularkan parti mereka, aku akan kata orang tu berfikiran sempitlah." "Masa Barisan Nasional dulu, adakah pernah dia bagi ni semua?" "Barisan Nasional tak bagi ni semua." Jangkaanku tepat. Abian bersyarah panjang lebar.



"jadi sekarang ni, hang tak baca akhbar biasakah Bian?" Aku bertukar satu lagi topik baru. Aku tau, mesti ada jawapan dari si Bian ni. "Sekarang ni, aku dah tak baca dah akhbar Utusan malaysia, Berita harian, aku baca Harakah, Buletin online, Terengganu kita." "Akhbar arus perdana asyik nak memuji kerajaan saja." Aha, memang telah aku menjangkakan jawapan ini akan keluar. "Macammana pun, aku ni, natural." "mana yang baik, aku sokong." Abian berlapik.



Selepas semua itu, aku pun berundur diri dah. Sebab dah nak mendekati jam dua pagi.


0 ulasan:





Arkit blog