Isnin, Mei 19, 2008

Kecewa dengan rancangan Bersama Bloggers di RTM1

Salam sejahtera buat hampa semua.




langkah RTM mengadakan rancangan bersama bloggers adalah amat bagus sekali. Ia sekurang-kurangnya dapatlah mengetengahkan para bloggers dan juga para penonton dapat mendengar isi hati bloggers ini.




Tetapi, sayang seribu kali sayang, rancangan ini, cuma disiarkan hanya 20 minit sahaja. Sudahlah masanya pendek, bloggers yang ditemubual tidak dapat meluahkan isi hati mereka dengan baik kerana percakapan mereka sering dipotong oleh pengacara. Dan, keadaan ini amat mengecewakan para penonton/pendengar termasuklah saya.




Di sini, ingin sekali saya mencadangkan agar, rancangan ini dapat diperpanjangkan sedikit waktu dan tolonglah berikan seseorang bloggers itu bercakap dengan lancar tanpa percakapan mereka itu dipotong oleh pengacara yang bertugas ketika itu.




Jika keadaan ini berterusan, RTM boleh disifatkan tidak telus dalam mengwujudkan rancangan bersama bloggers ini. Saya berkata begitu kerana, para bloggers yang ditemubual, tidak dapat meluahkan isi hati mereka dengan baik kerana sering disekat oleh pengacara yang bertugas. Jika hasrat menteri Penerangan ingin mengeratkan perhubungan media alternatif dan juga media arus perdana, keadaan ini harus diubah.

0 ulasan:





Arkit blog