Aha, salam sejahtera semua.
Amboi, semalam, aku pi ambik beras. Sekampit beras tiap sorang. Ehsan dari kerajaan negeri pada warga oku dan mereka yang tidak berkemampuan. Sebelum itu, ingin aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri yang sudi dan berhati mulia memberikan bantuan. Walau pun ianya dipandang kecil, tapi bagi kami yang serba kurang ini, ianya amat memberi makna yang mendalam buat kami. Dan aku yakin, ini bukan untuk tujuan politik tetapi ini adalah pemberian yang ikhlas dari kerajaan negeri. jadi sekali lagi, terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Aku bertolak dari rumah pada kira-kira jam 8:45 pagi. Kawan abang iparku yang juga oku telah datang membawa aku. Kami singgah di Bayan Lepas untuk membawa Ah Hong pula. Aku dah janji dengannya sebelum itu.
Setengah jam kemudian, kami pun sampailah di Jabatan Kebajikan Masyarakat Balik Pulau. Amboi mak, banyaknya manusia yang telah tiba. Sampai tempat meletak kereta pun sudah penuh.
Apabila selesai meletakkan kereta, kami pun berjalan masuk ke perkarangan JKM. Wah, penuh dengan kerusi. Aku dan Ah Hong pakai langgar sajalah tak kira. Yalah, jalan dah sempit, apa nak buat.
Kami telah dibawa duduk di satu ruang yang teduh dari panas. Wah, orang begitu ramai sekali. Di samping itu, lagu pop rok juga sedang dimainkan. Antaranya ada lagu dari Salim dan Amy Search.
Jam baru menunjukkan pukul 9:23 pagi. Wah, ini bermakna, ada lagi lebih kurang 37 minit lagi majlis nak mula. Lalu aku dan Ah Hong duduk dan bersembang. Orang begitu banyak. Bukan saja yang cacat, malah orang tua juga ada.
Aku dah Ah Hong terdengar satu suara ah pek cina. Suara itu seperti suara Lee Ah Kaw pak mertua Silatulrahim. "Ah Kaw!" Ah Hong berteriak. "Eh, bukan dialah gila kot." Aku berkata. "Tak, aku dengar, suara tu, sebiji macam suara dia." Ah Hong membalas. "Bukan dialah tu." Balasku balik. "Yalah, memang bukan dia, takkan Ah Kaw dok kat tanjong nak mai sampai sini, lagi pun, dia tak daftar pun dengan JKM." Ah Hong bercerita dengan panjang lebar.
Tidak lama kemudian, pengumuman telah dibuat memberitahu ketibaan exco perumahan dan entah apa lagilah panjang sangat, aku pun tak ingat. nama dia pun aku tak tau. Tapi nama sir dia Wong. Tidak lama kemudian, satu lagi pengumuman dibuat meminta orang alihkan motosikal sebab telah mengganggu ketenteraman awam. Selepas itu, satu lagi pengumuman telah dibuat untuk memberitahu ketibaan Yang Berhormat tuan Hj Abd Malek.
Selepas itu, aku, Ah Hong dan kawan abang ipar aku pun pergilah beratur untuk mengambil kupon. Setiap orang mesti ada kupon untuk mengambil sekampit beras seberat 10 KG tu. kalau kupon takdak, tak boleh ambik. Maka beraturlah kami untuk mengambil kupon itu.
Orang begitu banyak sekali. kami sudah jadi macam ikan sardin. "Wah, nasib baik tak hujan." "Kalau hujan, mesti basah." Aku berkata. "Ha, itulah, kalau hujan, mesti basah." Balas seorang makcik tua.
"Amboi, nak ambil sekampit beras pun, kena jadi macam ikan sardin." Aku berkata. Seorang pakcik tua di belakang kami hanya tergelak di belakang kami. Sementara itu, Moktar Soon telah menelefon Ah Hong. Ah Hong bercakap dengan sangat kuat. Ah pedulilah tak kira. Dan pada masa yang sama, Yb Abdul Malek sedang memberikan ucapannya. Ah, kami dah sedang beratur dan dah jadi macam ikan sardin, jadi tak dengarlah apa dia dok cerita.
Proses beratur pun dah satu jam. Selepas kami dah dapat kupon semua, kami pun pergilah beratur sekali lagi untuk mengambil beras. Wah menjadi ikan sardinlah lagi nampaknya. Dan kali ni, kami beratur di tengah panas. Tapi kali ni cepat saja.
"Ha, bagi depa dulu, bagi depa dulu, depa tak nampak." Kata seorang makcik. maka, kami pun pergilah ke hadapan dahulu. YB Abdul Malek memberikan sekampit beras pada kami. Wah, siksa dah habis.
Setelah mendapat beras, kami pun baliklah. Aku sampai di rumah sudah pun jam duabelas suku tengahari.
Itulah dia ceritanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan