Isnin, Jun 16, 2008

BGM 2008 bahagian satu

Aha, inilah dia cerita BGM di Kuala Lumpur.

Pada hari Jumaat, 13 Jun, kami telah bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disewa khas oleh SBM cawangan Pulau Pinang. Bas telah memulakan perjalanan pada lebih kurang jam sepuluh pagi.

Orang yang pertama menaiki bas ialah aku dan juga Ah Hong. Kami menaiki bas dari Bayan Lepas. Bas tu agak besarlah. Ada 40 tempat duduk. Tapi, penghawa dinginnya tu, tak berapa nak sejuk.

Selepas mengambil kami, bas telah bertolak pula ke Komtar untuk mengambil penumpang-penumpang di sana pulak. Entah macammana, pemandu bas tu, terlupa nak membelok. Nasib baik dia tau apa nak dibuat.

Apabila sampai di Komtar, penumpang pun diambil. “Najeri, mai sini.” Aku memanggil. “Mana Singh?” Aku bertanya. “Singh kata, dia tunggu kat St. Nicholas. Beritahu Najeri. “La, awat dia tak mai tunggu kat rumah hang”? “Kan hang kata dia nak mai tunggu kat Komtar ni?” Aku bertanya dengan panjang lebar.

“Aku tak taulah dengan Singh tu.” Najeri merungut. Dan, seperti yang dirancangkan, Najeri duduk kat belakang aku.

“Wah kak Tajma, apahabak?” Aku bertanya. “La, Khai Eong, apa dah jadi kat hang?” Aku dengak hang nak boikot.” Kak Tajma bertanya. “Oh, yang tu lain cerita dia kak.” Aku menjawab dengan rengkas.

Dan kini, kami bergerak pula ke St. Nicholas. Yalah, di St. Nicholas, masih ada lagi orang yang nak diambil dan antaranya ialah Singh. Entah mengapalah si Singh ni pergi menunggu di St. Nicholas.

Bila telah tiba di St. Nicholas, penumpang pun naik. Cuma ada tiga orang sahaja yang naik. Mereka ialah Lee Kau Chai, Maimun dan juga Esah Husin. Ini termasuklah Swarn Singh.

“Eh Singh, why you go wait in St. Nicholas?” Najeri dan aku bertanya. “Yalah, sebab I takut, I tak sempat nak pergi rumah you, jadi, I pergilah tunggu di St. Nicholas.” Singh memberikan penerangannya dengan panjang lebar.

Singh duduk dengan Najeri. Itulah perancangan kami selama ini. Di tepi aku ialah Ah Hong. Tetapi, apabila Kau Chai dah naik, dia suruh Ah Hong duduk dengannya. Jadi Ah Hong pun pergilah duduk dengannya. Maka sekarang, kat sebelah aku, dah pun kosong. Singh pun merancang nak duduk dengan aku. Lalu, dia meletakkan begnya di tempat duduk yang kosong itu.

Dan kini, kami menuju pula ke Butterworth. Kami akan ke stesen KTMB untuk mengambil para penumpang yang menunggu di sana pula. Dan, jam sudah hamper sebelas pagi.

Kami berhenti di stesen KTMB Butterworth agak lama iaitu lebih kurang setengah jam. Dan selepas semuanya telah selesai, kami pun meneruskan perjalanan. Kami akan bertolak pula ke Seberang Jaya untuk mengambil pengerusi kami iaitu Tan Ah Bah.

Dan sekarang, kami akan ke distinasi terakhir kami iaitu di Kulim untuk mengambil para penumpang di sana. Jam sekarang sudah hamper 12:00 tengahari.

Sementara itu, di dalam bas terasa amat panas sekali. Maklumlah penghawa dingin tidak berapa elok. Ramai yang sudah merungut. “Siapa ada skuru driver angkat mari, saya mau kopek ini tingkap.” Beritahu Ah Hong. “Wah banyak panas o. Serupa duduk dalam Arburn.” Kata Ah Hong.

“Wey, aku terasa nak beraklah wey.” Najeri pula berkata. “Wah, ini sudah muncul kes baru. “Tadi aku makan laksa masa hang telefon tadi.” Najeri bercerita. “Yang hang perut kosong pi makan laksa tu apa hal?” Aku bertanya. “Tak, selama ni ok saja, tah hari ni pulak dia buat perangai.” Beritahu Najeri.

Kami singgah rehat di Bukit Merah. Di sana, aku dan najeri pergi berak. Aku pun berasa nak berak jugak. Tandas di situ bersih dan siap ada kipas angin lagi.

Selepas berak, aku dan Najeri pergi makan. Di sana aku makan mi goring, air coca cola satu tin dan sebungkus sand wich sardin. Sand-wich tu aku bawa ke bas.

Semasa pelayan datang bertanyakan air, aku bertanya, air coca cola tin lebih murahkah, botol lebih murah? Pelayan tu tergelak. Akhirnya, aku membeli air dalam tin.

Jam dua petang, bas bertolak semula. Kini, kami akan terus ke Kuala Lumpur tanpa berhenti di mana-mana dah. Itulah yang telah dirancangkan.

“Alamak, aku rasa nak berak lagilah.” Najeri berkata. “Wey, hang ni pasai apa pulak?” “Tadi, kan hang dah berak?” Aku bertanya. “Dak, tadi memang dah, tapi ni aku terasa baliklah.” “Ni mesti pasai makan laksa pagi tadilah.” Najeri merungut.

Bas terus bergerak. Tapi penghawa dingin tetap tak dingin. Ramai orang sudah merungut. Jadi, untuk meredakan keadaan, alas an yang menasabah terpaksalah diberi. Sementara aku pula, berasa amat dahaga sekali. Semua ini kerana gara-gara meminum air coca cola tadi.

Apabila bas berhenti di suatu distinasi rawat dan rehat, kami pun turun. Di situ, aku telah meminum satu tin air kopi dan juga sebotol besar air mineral. Sementara itu, Najeri sekali lagi telah ke tandas untuk melakukan kerjanya. Maka, terpaksalah kami menunggunya pula.

Kini bas telah memulakan perjalanannya semula dan terus akan menuju ke Kuala Lumpur. Kami tiba di hotel Cempaka Sweet pada lebih kurang jam tujuh malam. Kami terus lapor masuk. Aku, Najeri, Swarn Singh dan Marzuki di bilik 2113. Semua peserta dari Pulau Pinang ditempatkan di tingkat 21. Wah, kira ok lah tu.

Tapi, di hotel ni, keselamatannya ketat. Perjalanan lif menggunakan kad. Contohnya, kalau kita nak ke bilik rakan kita, rakan kita kena datang ambil kita sebab kalau kita tiada kad tingkat 15 contohnya, kita tak boleh ke situ. Kalau nak ke situ juga, kenalah naik tangga.

Apabila sampai di bilik, sekali lagi, Najeri pergi berak. “Ini orang ha, sudah berapa kali dia berak pun aku tak taulah.” Singh merungut. “Aku sakit perutlah Singh.” Beritahu Najeri.

Jam 8:30 malam, kami ke dewan untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh setiausaha agung SBM iaitu Nazari Osman. Beliau telah menerangkan kedudukan dalam dan kawasan hotel tersebut.

Aku dan Najeri duduk di belakang kawan Najeri iaitu Siti Halijah. “Ha, kena jerat, mampoih.” Kata Najeri. Aku pun tak tau pasai apa dia kata macam tu.

Kami semua masih lagi belum makan malam. “Wey, hang telefonlah kerani Tanya pasai nasi.” Beritahu Siti Halijah pada sorang kawannya yang aku sendiri pun tak kenal. Lalu, Siti Halijah pun memberikan nombor telefon kerani SBM kepada rakannya itu. Maka dari situ, aku dapatlah nombor telefon kerani SBM tu.

Rupanya, nasi telah dihantar ke bilik kami masing-masing. “Nazari, kami pi makan dulu nah?” Beritahu Siti Halijah kepada Nazari. “Nanti awak tak faham pulak apa yang saya cakap.” Balas Nazari. “Kami tak makan lagi ni.” Beritahu Siti. “Tak makan lagikah?” Nazari bertanya. “Yalah.” Jawab Siti Halijah rengkas.

Aku, Najeri dan Swarn Singh pun terus berjalan keluar dewan dan nak menuju naik ke bilik. Apabila di pertengahan jalan, kami terserempak dengan Ah Hong yang masih lagi duduk menunggu makanan.

Dan, di sana, kami telah diberi sorang sepaket makanan. Kami pun duduklah di kerusi dan makan. Kami juga diberikan buah epal.

Selepas makan, kami pun naik ke bilik. Dan di bilik, sudah pun ada beberapa paket makanan. Aku yang kuat makan ni pun, apa lagi, makanlah sepaket lagi makanan iaitu nasi. Malam tu minum air soya kalau tak salah.

Pada malam itu, aku dan Najeri telah ke bilik hashim Ishak di tingkat 13. Kami terpaksa turun ke tingkat 3A supaya hashim dapat membawa kami ke biliknya. Aku, Najeri dan Singh kini sudah berada di bilik hashim. Hashim pun berkempenlah untuk memilih cikgu Muhammad Ismail sebagai presiden baru SBM.

Di sana, sekali lagi Najeri masuk tandas. “Aiyo, ini orang ha, hari ni dia punya kerja berak sajalah.” Sekali lagi Singh merungut.

Hashim telah membuat panggilan telefon ke beberapa bilik untuk berkempen buat cikgu Muhammad Ismail. Wah, rancak sungguh dia berkempen.

Selepas itu, Singh telah keluar dan entah ke mana menghilang. Hashim membawa aku dan najeri ke bilik cikgu Rashid. Di situ, hashim dengan gahnya berkempen untuk cikgu Muhammad Ismail.

Jam duabelas tengahmalam, kami beredar dari bilik cikgu Rashid. Kami sebenarnya nak mengajak si namila datang ke bilik cikgu Rashid, tapi dia malu pulak.

Aku dan Najeri turun ke tingkat satu untuk mintak bantuan membawa kami ke tingkat 21. Kami naik semula ke tingkat 3. Kami keluar dari lif. Alamak, sunyi dan sepi serta bergaung pulak. Macam duduk dalam gua. Kami merayau-rayau di tempat yang sunyi dan sepi itu. Kami cuba mendapatkan bantuan.

Nasib kami agak baik kerana pintu lif terbuka dan ada orang yang nak naik ke tingkat 21. Maka, dapatlah kami naik ke tingkat 21.

Dan sesampainya di bilik, sekali lagi Najeri ke tandas dan selepas itu, aku pun pergi mandi. Kemudian, kami tidur.

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog