Selasa, Jun 17, 2008

BGM 2008 bahagian dua.

Ok, bersambung di bahagian kedua.

Pada pagi itu, kami bangun awal sebab kami telah diberitahu yang sarapan akan bermula pada jam tujuh suku pagi. Sebenarnya, aku telah terjaga dari tidur pada kira-kira jam lima pagi. Tapi, aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar lagi sebab masih awal lagi. Tapi, tak sangkalah pulak yang aku telah terlelap. Dan, tersedar semula pada kira-kira jam enam setengah pagi.

Setelah kami semua telah bersiap, maka kami pun berangkat keluarlah dari bilik dan menuju ke lif. Dan, sekali lagi, si Singh telah terlupa jalan nak menuju ke lif.

Kami telah ke dewan makan. Pada pagi itu, kami makan bihun goring dan juga hot-dog. Wah, makanan pada pagi itu, begitu pedas sekali. Sampai aku tidak tertahan dibuatnya. Yalah, aku takut sakit perut sebab perut kosong, tiba-tiba, makan pedas-pedas.

Aku telah terserempak dengan Jaafar dan Fadzlin di dewan makan. “Ha, Khai Eong dok kumpul ni, satni dia tulislah dalam e-mel ni.” Jaafar berkata.

Pada pagi itu, aku hanya makan sepinggan sahaja. Aku tak beranilah nak menambah sebab aku takut nanti sakit perut nak berak pulak. Aku juga menyapu bersih hot-dog di dalam pinggan Singh. Yalah, sebab, dia taknak makan. Wah, beruntungnya aku.

Sabtu 14 Jun. Pada hari ini, mesyuarat dwi tahunan SBM pun bermulalah di Dewan Cempaka Sweet. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Puan Fatimah Zuraidah yang mewakili Ketua Pengarah JKM. Tapi kan, orang tu bercakap, ada loghat orang putihlah.

Puan Fatimah menyatakan rasa bangga dan kagumnya kepada golongan oku penglihatan kerana telah Berjaya mengadakan mesyuarat yang sebegini besar dan juga hebat.

Selepas ucapan diberi, kami telah berhenti rehat untuk makan pagi yakni minum teh. Pagi itu, makanannya sedap. Aku tak taulah nak menyebut nama makanan tu. Pada pagi itu, aku dan Swarn Singh duduk bersama Hashim dan kumpulan ahli dari Melaka. Sementara Najeri pula, duduk bersama kumpulan ahli SBM dari Kelantan.

Pada pagi itu juga, Anne Lotia telah menelefon aku. Wah, tak sangkalah pulak dia juga datang menghadiri mesyuarat kali ini. Tapi saying, kami tak boleh jumpa. Dia duduk entah di barisan mana, aku pun tak tau.

Oleh kerana jamuan ringan yang diberi sangat sedap, maka aku pun carilah siapa-siapa yang makan tak habis.

“Shim, ada lagi kuih?” Aku bertanya. Sebenarnya, sebelum tu, kuih Hashim dah habis aku sapu. Yalah, dia nak bagi, jadi, aku ambik sajalah apa nak tunggu lagi. “Tak ada dah, kuih dah habis.” Hashim menjawab. “Oh, aku ingatkan, ada lagi kuih.” “Kuih tadi tu, sedaplah encik.” Berkata aku.

Aku sangat bertuah. Rupanya, pertanyaan aku kat Hashim telah didengari oleh seorang ahli SBM yang duduk kat depan aku. Tiba-tiba aku disapa. “Nah kuih, tak boleh habis.” Makcik itu berkata. “Oh, terima kasih kak.” Aku berkata dengan riang dan gembira sekali. Wah, apa ditunggu lagi, membelasahlah aku kuih-kuih tu.

Jam sebelas pagi, mesyuarat bermula. Dan seperti biasa, mesyuarat ini dipengerusikan oleh presiden SBM, Mah Hassan Omar.

Jam satu tengahari, makan tengahari pun dihidangkan. Wah, tengahari tu, makan sedap. Ada lauk kambing, ayam dan sotong. Wah apa lagi, membelasahlah aku dengan begitu lahap sekali.

Aku bercadang nak menambah sepinggan lagi sebab terlampau sedap. Tapi, tak jadi. Aku panggil kerani tambah nasi, tapi mungkin dia sibuklah, lalu dia tak ambik nasi kat aku. Akhir sekali, aku, Singh dan Najeri pun naik ke bilik.

Pada mulanya, aku dan Najeri merancang nak duduk saja di bilik. Yalah, malaslah nak pergi mesyuarat tu. Malas nak mendengar si Jaafar bertekak. Setiap mesyuarat dwi tahunan, dia mesti nak bergaduh. Macamlah takdak kerja lain.

Tapi, jam 2:20 petang, aku dan Swarn Singh pun turun juga ke dewan. Sesampainya di dewan, Soon Eng yang juga dikenali dengan Ah Pek telah membawa kami duduk bersama-sama dengan kumpulan ahli SBM Pulau Pinang. Ha, kira ok lah.

Depan mesyuarat, kami ada yang bersembang. Di situ juga aku telah bersua dengan saudara Azmi Rejab. Dia datang naik bas sendiri, dia tak naik bas dengan kami semua.

“Ah Pek, Ah Pek, Ah pek.” Tiba-tiba kerani SBM Pulau Pinang memanggil Soon Eng. “Eh, hang jangan dok bisinglah.” “Awat dia ni dok bising sangat?” Ah Pek marah-marah. Dan sementara ah pek tu pulak, dok sibuk apa entah aku pun tak tau.

“Ah Pek, Ah pek, Ah pek.” Kerani memanggil lagi. ?Mad, hang ada ubat dak?” “Pompuan ni asyik dok kacau aku saja, pasai apa tah.” Soon Eng berkata. “Awat?” Soon Eng bertanya. “Takdak apa.” Kerani menjawab rengkas. “Ha hang tengok, dia gatai, panggil-panggil, dia tak mau habak.” Soon Eng berleter.

Kerani dan rakan-rakannya bising di sebelah Soon Eng. “Wey, toksah dok bising-bisinglah.” “Toksahlah dok bising, dok elok-elok satni angin masuk kat celah-celah kain baru hampa tau.” Soon Eng berkata. “Celaka betoilah ah pek ni.” Kata kerani. “Yalah, betoi dak aku kata?” Soon Eng bertanya.

Sementara aku pulak sedang mencari asam boi. Dari semalam lagi aku mencari asam boi. “Dia ni, macam pompuan mengandung pulak nak cari asam boi.” Soon Eng berleter lagi.

Kini, tibalah pulak, minum petang. Wah, minum petang punya barang makan pun, sedap jugak. Tapi, aku dah lupalah apa makanan dia. Tapi, ianya memanglah sedap betul.

Selepas makan, mesyuarat disambung lagi. Kali ni, tinggal sikit lagi. Dan, apabila habis mesyuarat, maka kami pun, pulanglah ke bilik.

Selepas dah mandi semua, Najeri dan Marzuki bersiap-siap untuk keluar. Kawan mereka Mad Rani jugak mai sama. Mereka nak pergi ke Jalan Chow-kit.

“Wey, hang tanyalah Tikoih tengok dia nak pikah dak.” Najeri memberitahu Mad Rani. Mad Rani pun pergilah bertanya kepada si tikus. “Tikoih kata, dia taknak pi.” Beritahu Mad Rani. “Awat?” Najeri bertanya. “Takdak orang ikut.” Mad Rani memberitahu. Dan selepas itu, mereka bertiga termasuk sorang lagi rakan mereka pun keluar.

Sebenarnya, Tikus itu adalah nama panggilan untuk seorang ahli bersekutu yang bernama Siti Noor Janah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia dipanggil dengan nama tikus. Mungkin juga perangainya itu seperti seekor tikus agaknya.

Pada malam itu, aku telah menemankan si Singh pergi minum teh tarik di kedai yang berhampiran dengan 7-11 dan selepas itu, Singh telah pergi mendengar kempen pemilihan SBM di dewan mesyuarat dan aku pulak, duduk di luar dewan. Malaslah aku nak masuk ke dalam dewan. Membingitkan telinga sahaja.

Pada malam itu, aku, Hashim dan Namila telah ke bilik cikgu Rashid. Cikgu Rashid hamper terkena struk kerana termakan kuah kari kambing. Jadi, kami pergilah melawatnya.

Dan, jam 12:00 malam, kami pun pulanglah ke bilik. Najeri dan kawan-kawan pulang dah hamper jam dua pagi.

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog