Bersambung di bahagian yang terakhir.
Pada hari kedua belah malam, aku, Hashim dan Namila telah ke bilik cikgu Rashid. kami pergi melawat dialah tu. Di samping itu, hashim telah mengambil kesempatan untuk berkempen kepada cikgu Muhammad Ismail.
"Eh Namila, apa you beli?" Aku bertanya. "Saya beli roti dua biji untuk saya punya sarapan esok." "You mau rabakah saya punya roti?" Berkata si Namila dengan panjang lebar. "Eh tak maulah." Aku menjawab.
"Saya, pagi-pagi, makan roti saja." "Saya tak makan benda berat-berat punya." Terang Namila kepada aku. "Oh, patutlah awak kurus." Jawabku pendek.
"Eh Khai Eong, nah saya bagi awak duduk." Namila berkata lalu berdiri. Aku duduk sajalah dah orang bagi kan? Hashim pula, sibuklah dengan kempennya tu.
Malam itu, sekali lagi, aku menghubungi Lotia. Kali ini, Lotia berada di rumah Norsiah. Katanya, dia nak ambik barang. Tak taulah apa dia nak ambik. Dam sepanjang di BGM, aku langsung tidak berkesempatan bertemu dengan Lotia tu. Tak ada rezekilah tu.
Jam sebelas malam, kami beredar dari bilik cikgu Rashid. Jadi, aku terpaksalah dibantu oleh Hashim meminta bantuan dari kaunter untuk membolehkan aku naik ke tingkat 21. Setelah Hashim dan ahli bersekutu sbm cawangannya membawa aku naik ke tingkat 21, mereka pun beredar. Dan aku masuk ke bilik. Singh pula, sedang sembahyang.
Ahad 15 Jun. Hari terakhir mesyuarat. Pada pagi itu, aku dan rakan-rakan pergi sarapan. Tetapi, awal-awal pagi lagi, Singh dan Soon Eng telah pergi pekena teh tarik di gerai yang terletak berdekatan dengan 7-11.
Pagi tu, sarapannya ialah nasi lemak dan juga ada telur. Aha, Singh tak mau makan jadi, dapatlah aku telur dan semua lauk dia. Katanya, dia sakit perut.
Selepas makan, aku dan Najeri dapati, Singh dah hilang. Jadi, kami pun duduklah situ. kami minta air lagi sebab, kami telah termakan selonggok sambal. Wah apa lagi, pedaslah jawabnya.
Punyalah lama kami meminta air, tak ada siapa pun yang tolong hantar. "Oi ah pek," Najeri memanggil. "Nanti sat." Jawab ah pek.
Kami akhirnya dapat minum jugak. Dan tidak lama selepas itu, Geng kerani pulak datang. Ada Azlin, kerani sendiri dan juga Tikus atau Siti Noor Janah.
Selepas makan, kami terus ke dewan. Hari ini merupakan hari terakhir mesyuarat. Ada pemilihan pulak kali ni.
Kali ni, aku dan Najeri duduk di dalam kelompok KL. Campur-campurlah ni. Dan, apabila pemilihan hendak dimulakan, kami sekali lagi berpindah tempat duduk. Kali ni, di hadapan kami ialah pengerusi Pulau Pinang sementara di tepi Najeri ialah kawan lamanya iaitu Bok Kiat.
Setelah pemilihan dijalankan, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan bendahari masih lagi mengekalkan jawatannya.
Setelah pemilihan, satu usul telah dikemukakan iaitu usul nak buat siaran radio oku.fm. Tapi usul itu telah ditolak.
Ini diikuti dengan lain-lain hal. Masa tu, semua dah pakat-pakat nak balik dah. Aku pun dah ikut najeri balik ke bilik.
Apabila kami keluar, Singh sudah tiada. Jadi, Najeri terpaksalah menghubungi rakannya Mad Rani untuk membawa kami naik ke atas iaitu tingkat 21.
Semasa nak naik, rupanya, kad dah tamat tempoh. Kad ni, bila dah tiba waktu lapor keluar, dia akan tamat jadi terpaksalah ke kaunter untuk aktifkan sementara.
Sebelum keluar dewan, para ahli telah diberitahu yang makanan akan dihantar ke setiap bilik. Jadi, tak kisahlah tu. Setelah kad diaktifkan, kami pun naiklah ke bilik.
Apabila sampai ke bilik Najeri telah menelefon Fadzlin untuk meminta balik telefonnya. Dia menyerahkan telefon kepada Fadzlin untuk Fadzlin install Talks 3.5. Tapi, gagal.
Fadzlin telah mengarahkan agar Najeri mendapatkan telefon tersebut daripada Hazimi yang tinggal di tingkat 15. Wah, jadi, terpaksalah turun ke tingkat 15. Tak ada oranglah pulak yang nak turun ke sana.
"Wey ah pek, hang boleh bawak turun ke tingkat 15 dak?" Najeri bertanya pada ah pek yang kebetulan hendak turun. "Wey, aku mana boleh turun kat sana?" "Aku mana ada kad untuk turun ke sana?" "La ni, aku nak turun ke tingkat 3A." Soon Eng bercerita panjang lebar. "Ha, la ni aku nak turun, aku dah penat nak mampoih dah la ni." Sambung Soon Eng.
Sekali lagi Najeri menelefon Hazimi. Dia menyuruh Hazimi memberikan telefon itu pada Azrol kerana Azrol nak turun ke tingkat 3A. Selepas itu, dia menyuruh rakannya Mad Rani membawa kami turun ke tingkat 3A.
Apabila semuanya dah siap, kami naik semula ke bilik. kami menunggu masa untuk berangkat turun dan balik.
Semasa menunggu itu, Singh telah menunjukkan ubat perangsang seks kepada Marzuki dan najeri.
"Ini, kalau you kasi itu perempuan makan, tak sampai setengah jam atau satu jam, itu perempuan sudah terangsang." Singh bercerita. "Ini cokelat tau." "You tengok, dia tulis Candoss Men." Singh menyambung.
"Tapi, ada satu jenis lagi tau." "Jenis tu ialah jenis powder." "Yang itu, kalau you guna, lagi cepat itu perempuan stim." Cerita Singh. Marzuki dan najeri mendengar dengan penuh minat.
"Tak apa, ini aku ambik dulu." "Najeri, hang ambik lainlah no?" Cadang Marzuki. Najeri bersetuju.
"Tapi, ini barang, kalau lelaki makan, apa jadi ha?" Marzuki bertanya penuh minat. "Itu aku tak tau sebab aku tak try." Jawab Singh.
Mereka terus bercerita. Pelbagai ubat perangsang mereka cerita. Antaranya Supai. Singh yang paling banyak bercerita.
2)45 petang, kami turun. Mereka menuju ke bas.
Kini, mesyuarat dah habis. Berjumpa lagi di BGM 2010.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan