Aha, inilah dia, cerita melawat ke Kuala Lumpur. Ini bahagian pertama.
15 Jun, mesyuarat agung dwi tahunan di Sri Cempaka Sweet Kuala Lumpur sudah pun selesai. Kini, aku dan Ah Hong akan berangkat ke Brickfields.
Jam 2:45 petang, aku dan Ah Hong menunggu di belakang lobi hotel. Kami menunggu kawanku Sumairi kerana, dia pun, akan ke Brickfields bersama. Aku menelefon Sumairi. "Oi, mana hang?" Sumairi bertanya padaku. "Aku dok kat lobi ni." "Dok kat luak, ada bas banyak." Terangku. Selepas itu, talian pun diputuskan.
Tiba-tiba, Sumairi menelefonku lagi. Rupanya, dia cari kami berdua tak jumpa. Tapi akhirnya, dia berjumpa jugak dengan kami berdua. "Oi, hampa dok ada kat sini, patutlah tak jumpa." Sumairi berkata.
"Ha, la ni, mana nak pi?" Aku bertanya. "Depa kata, kat sini, teksi payah nak cari." Sumairi bercerita. "Ok, jom kita pi LRT." Cadang Sumairi. Maka, Sumairi pun membawalah kami berjalan menuju ke stesen LRT.
Cuaca pada petang itu, begitu panas sekali. Oleh kerana terlalu panas, Sumairi mengambil keputusan untuk naik teksi. Akhirnya, kami dapatlah naik teksi seorang pemandu india menuju ke Brickfields. harga yang dikenakan tujuh ringgit setengah.
Setelah sampai di Brickfields, kami menuju ke hotel New Winner. Aku dan Ah Hong pun mendaftar. Untuk lima malam, kami dikenakan bayaran RM 330. Sorang kenalah RM 165.
"Sekarang tak ada bilik." "Tadi jam duabelas, saya telefon cikgu Yusof tapi tak jawab." "Jadi saya ingat, sudah tak jadi dan saya cancel." Terang pengurus itu dengan panjang lebar. "Tapi tak apa, nanti orang check out, adalah bilik." Sambung pengurus. Kami pun membayar harga bilik.
Kami terpaksa meninggalkan beg kami di lobi sementara menunggu orang check out. Setelah semuanya selesai, aku dan Sumairi pun pergilah rumah Ayana sementara Ah Hong pulak, pergi makan nasi babi bakar.
Wah, cuaca petang itu, begitu panas sekali. Macam nak hujan rasanya. Aku dan Sumairi akhirnya, sampai jugak di rumah Ayana. Di rumah Ayana, kedengaran suara si Rosmin. Menurut Ayana, Rosmin dah lama datang.
Kedengaran juga ada tetamu di rumahnya. Rupanya, orang tu ialah orang yang Ayana pesan makanan daripadanya. Wah, bau kari daging. Wah, ni yang best ni.
kami hanya duduk di lantai. Kelihatan Usop sedang cuba nak crack Talks 3.5 kat telefonnya. Tak tahulah sama ada, berjaya atau pun tidak.
Petang itu, kami makan roti jala. Wah, sedap o. Kami duduk di atas lantai dan makan. Sangat sedap sekali.
Selepas makan, Yusof pun mencadangkan supaya aku upgrate saja komputer Rosmin. Aku pun setuju. Kami bercadang untuk pergi mengangkat CPU kat rumah Rosmin. Aku mencadangkan supaya aku yang angkat CPU tu sebab aku ingatkan, ianya ringan.
Pada petang itu, oleh kerana angin kak si Ayana tu baik, maka dapatlah kami menaiki keretanya ke rumah si Rosmin. Kereta My V. Wah besar o! Tapi dia tak buka penghawa dinginlah pulak. Dia bukak tingkap saja. Tak apalah. Tak kisahlah tu.
Setelah sampai di rumah Rosmin, Rosmin pun mencabutlah segala kabel yang melekat kat rumahnya. Kat rumahnya pula, ada orang datang. Siapa tu, tak taulah aku. Aku terus ke bilik Rosmin.
Setelah semua kabel dicabut dari CPU itu, aku pun angkatlah CPU tu. Wah, tak kusangka, begitu berat sekali CPU tu. maka aku pun, berjalanlah terkedek-kedek sebab keberatan CPU itu melebihi hadnya.
Dan akhirnya, Rosmin jugak yang angkat CPU tu. Kami pun pergilah ke kereta. "Tulah hang, hang cakap besak sangat." "Hang kata boleh nak angkat." Sindir Ayana. "Hang tau, bila sampai kat tangga, Rosmin kena angkat." Sambung Yusof.
Kami kembali semula ke rumah Ayana. Sumairi bertindak sebagai penjaga rumah. Sementara itu pula, Yusof telah memasangkan sebuah lagi kipas ke dalam CPU si Rosmin tu. Dia kata, satu kipas, tak cukup power.
Dan pada malam itu, dapatlah aku melayari internet. Tapi sayang, tak dapat. Ini semua gara-gara Yusof punya talian internet tak berapa nak betul. Dia dah cuba sambung sana-sini tapi langsung tak berjaya. Dan akhirnya, aku tak dapat pakai internet pada malam tu.
Aku pulang semula ke hotel pada jam sembilan malam. Setelah sampai di hotel, aku mendengar tv sebentar. Dan, jam sebelas malam, Ah Hong pun balik.
Bersambung.
2 ulasan:
bosannn...
Itu terpulang pada enciklah.
Catat Ulasan