Sabtu, Julai 05, 2008

Kl 2008 bahagian dua.

Bersambung pula di bahagian kedua.

    16 Jun Isnin.  Pagi itu, lebih kurang jam 8:30 pagi, Yusuf datang bawa aku ke rumahnya.  Yalah, nak pergi perbaiki komputer si Rosmin tu.  Dan, hari tu best.  Sebabnya, internet dah boleh pakai.

 

    Wah pagi tu, si Ayana masak mi magi goreng.  Wah sedap sekali.  ha, bedallah tunggu apa lagi?  Aku makan dengan lahap sekali.

 

    Dan selepas kami makan, aku pun, main internetlah sampai periksa apa yang tak kena dengan komputer si Rosmin tu.  Aku pun, update lah apa yang perlu di update kat komputer si Rosmin tu.  Dan, sambil aku update tu, aku main internetlah.

 

    Pada hari tersebut, Sumairi akan bertolak pula ke ohor.  Khabarnya, dia nak ke rumah mak saudaranya di sana.  kebetulan pada pagi itu, si Marziahana pula menelefon si Ayana.  kami pun usiklah si Sumairi.

 

    Makan tengahari pun sudah.  Kini, sudah hampir jam 12:30 tengahari.  Cuaca sudah mula mendung.  Ini menandakan hari nak hujan.  Ayana pula, sudah nak pergi sekolah.  Dia akan keluar bersama Sumairi yang kebetulan nak ke KL Central untuk membeli tiket bas ke Johor.

 

    Belum sempat mereka keluar, hujan rintik-rintik telah pun turun.  Dan apabila mereka keluar, hujan pun turun dengan lebatnya.  Dan tak lama selepas itu, Yusuf pun keluar.  Sementara aku, terus bermain internet.

 

     Lebih kurang jam 1:30 tengahari, Sumairi kembali semula ke rumah.  "Amboi, hujan lebat o."  "Habeh basah baju aku."  Cerita Sumairi.  "Ha, nak sembahyang sat."  "Bila hujan berhenti, baru pi beli tiket."  Sambung Sumairi.

 

    Pada ketika itu, hujan sudah mula reda.  Ianya menjadi sederhana lebat.  Aku pula masih main internet.

 

    Kini, Sumairi dah selesai menunaikan solat zohor.  "Hmm, ok lah aku pi dulu no?"  Sumairi berkata.  "Ha."  Aku menjawab.  Pintu pun ditutup.  Tinggal aku sorang lagi.  Maka, aku pun teruslah berinternet.  Sambil-sambil itu, upgrate lah komputer si Rosmin tu.

 

    XPSP3 dah install.  Banyak sudah program yang sudah diinstall.  Tak apalah, berinternetlah dahulu.

 

    Lebih kurang jam dua petang, kakak si Ayana pun pulanglah.  "Oi, hang buat apa tu?"  Tanyanya.  "Biasalah aku, main internet."  Jawabku rengkas.  "Mampoih hang dengan internet no?"  Kakak Ayana berkata pula.  "Biasalah tu."  Aku menjawab.  Dan selepas itu, kakak si Ayana pun naiklah ke atas.

 

    Lebih kurang jam empat petang, aku bersembang dengan cikgu Rashid di skype.  Cikgu Rashid menceritakan bahawa dia hampir mati pada Sabtu yang lalu sebab termakan kuah daging kambing di BGM.  Tapi nasib baiklah ada orang tolong urutkan.  Beliau menceritakan, sampai Ahad pagi, barulah rasa agak lega.

 

    Pada masa yang sama aku dengan nakalnya mengacau seorang chatters di laman chat skype Neo FM iaitu Ungu.

 

    Lebih kurang empat setengah petang, kakak Ayana turun.  "Hmm, aku nak pi cuci bajulah."  Dia berkata.  "Hang nak makan dak?"  Dia bertanya padaku.  "Tak maulah."  Aku menjawab.  "Hang nak minum dak?"  Dia bertanya lagi.  "Ha, aku nak minum kopi."  Aku menjawab.

 

    Lalu kakak Ayana membancuh kopi.  Wah, amat panas sekali kopi tu.  Selepas itu, dia pun tonton tv siaran Astro Ria.  Ada rancangan jenaka di Astro Ria.

 

    Sudah hampir jam 5:30 petang.  kakak Ayana yang tadi kata nak cuci baju, dah jadi asyik bila menonton siaran astro Ria.  Akibatnya, dia dah terlambat satu jam untuk mencuci baju.

 

    Sementara itu, kopi secawan yang dibancuh oleh kakak Ayana telah habis aku minum.  Aku terus bermain internet.  Maklumlah, tengah dok check dan repair komputer Rosmin.

 

6:45 petang Ayana pun baliklah.  Tak lama lepas tu, Usop pun balik.  Wah kini, sehari sudah pun berlalu.

 

    Pada malam itu, komputer buruk usop dah tak boleh start.  Entah kenapa, tidaklah diketahui.

 

    Malam itu, aku dan Usop pergi makan di kedai Ina.  Usop makan nasi ayam sementara aku hanya minum.  Malam itu, entah kenapa, aku mengantuk sesangat.

 

    Selepas itu, aku balik semula ke hotel pada kira-kira jam 11:00 malam.  Tak lama kemudian, Ah Hong pun balik.  Ha, lena sampai ke pagi.

 

    Pada malam hari Ahad, aku, Usop dan Abian pergi makan kat kedai Usop Ali.  Aku makan magi goreng tambah sepinggan besar.  Abian pula, makan mi magi rebus.  Usop tu, aku dah lupa.

 

    Aku berceritalah kat Abian dan Usop tentang aku beli komputer baru tu.  "Hang kena suruh orang tu buat partition supaya senang hang nak pakai hard disk tu."  Abian berkata.

 

    "Kalau hang tak partition, rugi o."  Abian menambah.  Ianya disokong oleh Usop.

 

    Setelah makan, aku pulang ke hotel.

 

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog