Rabu, Julai 09, 2008

KL 2008 bahagian tiga

Ok, sekarang, kita bersambung di bahagian ketiga.

    17 Jun Selasa.  Pada hari itu, aku ke rumah Yusof jam sembilan pagi.  Sebelum pergi ke rumahnya, Yusof telah membawa aku ke kedai percetakan untuk foto stap kerja sekolahnya dan juga Ayana.  Selepas itu, kami pergi beli telur pulak.  Dan selepas itu, kami Yusof pun bawalah aku ke rumahnya.

 

    Ayana pada pagi itu, masak mi magi.  Ha, amat sedaplah dia masak.  Ayana ni, bab masak-memasak, memang dia sangat pandailah.  Begitu jugalah bab kebersihan.

 

    Pagi itu, Zulkarnain akan datang untuk membawa aku pergi membeli tiket bas Trans Nasional ke Pulau Pinang pada pagi hari Jumaat.  jadi, tunggulah aku kedatangan si Zul.

 

    Selepas makan, aku pun seperti biasa, main internet.  Sebenarnya, komputer Rosmin dah pun siap di update.  Pagi itu, aku berskype dengan Sumairi.  Sumairi kini sedang berada di rumah mak saudaranya di Johor.

 

    Menghampiri jam sebelas pagi, kami makan nasi pula.  Ayana menggoreng ayam.  Wah, best jugak ayam goreng yang dia buat tu.  Aku dah lupalah nama masakan tu.

 

   Sedang kami makan, Zulkarnain telah sampai.  "Asalamualaikum!"  Zulkarnain memberi salam.  "Walaikum salam."  Yusof menjawab.  maka Zulkarnain pun masuk.  "Kami tengah makanlah Zul, engkau taknak makan ker?"  Yusof bertanya.

 

    "Tak apa, tak apa."  "Aku dah makan dah tadi."  Zulkarnain menjawab.  maka kami pun berbual-bual sebentar sementara Zulkarnain menunggu kami makan.

 

    Kira-kira jam sebelas pagi, aku dan Zulkarnain pun pergi ke KL Central untuk membeli tiket.  Selepas membeli tiket, Zulkarnain menghantar aku pulang ke hotel New Winner.  Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

    Aku pulang ke hotel sebab pada tengahari nanti, aku akan ke rumah Lengki pula.  Dia dok bising sebab komputer dia, tak boleh nak mendengar siaran radio di internet.

 

    Sementara menunggu Ah Hong, aku sempat mendengar siri drama jepun Oshin kat tv9.

 

    Jam 12:30 tengahari, Ah Hong pun balik ke hotel.  Kami sama-sama ke rumah Lengki.  Sebelum ke rumah Lengki, kami pergi makan terlebih dahulu.  Makanan pada tengahari itu dibelanja oleh Lengki.

 

    Selepas makan, kami terus ke rumahnya.  Perjalanan dengan berjalan kaki sahaja.  Maklumlah, dekat sahaja.  Cuaca pada hari itu, begitu punya panas sekali.

 

    Aku membuka komputer Lengki.  Entah kenapa, talian internet di komputernya tidak berfungsi.  jadi, terpaksalah restart modem dan komputer sekali.  Selepas restart, barulah talian internet itu dapat berfungsi dengan baik.

 

    Aku pun cubalah menyiasat kenapa radio internet kat komputer si Lengki itu tidak boleh berfungsi.  Setelah disiasat, rupanya, talian internetnya itu, tidak begitu memuaskan.  Amat lambat sekali.

 

    Kira-kira jam empat petang, Ah Hong, seperti yang dirancang nak pergi beli goreng pisang.  Ha, aku minta dia tolong belikan kat aku, sepuluh biji pisang goreng.

 

    Dan di rumah Lengki juga, inilah pertama kali aku minum air Root Beer.  Selama ini, aku sangkakan, Root Beer tu adalah minuman keras.  Rupanya, Root Beer ni, sedap sekali.  Rasanya, macam air sasi.

 

    Sudah setengah jam Ah Hong pergi membeli goreng pisang.  Tapi, masih belum pulang-pulang lagi.  Aku pun, dah tutup komputer si Lengki tu sebab dah tak boleh nak buat apa lagi.  Talian internetnya tu, sememangnya tak elok.

 

    Jam lima petang, Ah Hong pun baliklah.  Aha, sepuluh biji pisang goreng, sudah siap dibeli.  Lengki pula, memesan pada Ah Hong untuk membeli goreng ubi.

 

    Apa lagi, belasahlah aku pisang goreng yang juga merupakan makanan kegemaran aku tu.  Ah Hong berkata, memang mengambil masa yang agak lama untuk membeli sebab, dia terpaksa jalan lambat-lambat.  Maklumlah orang buta, mana boleh jalan laju-laju? Aha, betul jugaklah tu.

 

    Semasa menunggu itu, Ah Hong telah meminum secawan teh panas di kedai kopi yang berhampiran dan memakan dua biji pisang goreng.

 

    jam 5:45 minit petang, aku dan Ah Hong dah nak balik ke hotel.  Ada lima biji lagi pisang goreng.  jadi, aku bawa baliklah ke hotel untuk dimakan malam nanti.

 

    Aku, Ah Hong dan Lengki pun berjalan turun dari rumah Lengki.  Apabila sampai di satu persimpangan, Lengki pun berpisah dengan kami.  Maka kami pun meneruskan perjalanan balik ke hotel.

 

    Jam 6:00 petang, aku pun mandi dan bersiap.  Ayana nak datang ambik aku pi rumahnya.  Dan semasa aku mandi, Ayana telah menelefon.  Tak apalah tu.

 

    Selepas sudah bersiap, aku pun turunlah ke lobi hotel dan menunggu Ayana di luar pintu.  Dan tidak lama kemudian, Ayana pun datang.

 

    Semasa aku sampai di rumah Yusof, dia masih tak balik lagi.  Dan, tidak berapa lama kemudian, dia pun balik.  Sementara aku, sempat bermain internet lagi.

 

    Malam itu, kami makan di rumah saja.  Dah tak ingat dah apa lauk-pauk yang dihidangkan tu.  Dan kira-kira jam 10:00 malam, Yusof menghantar aku balik ke hotel.

 

Bersambung.

2 ulasan:

Cheguman berkata...

Tahniah, blog yang sangat menarik. Benarkah sdra mempunyai masalah pada penglihatan? bagaimana sdra menggunakan komputer? Sdra membuatkan saya rasa kagum. Tips2 tentang membantu orang cacat penglihatan sangat berguna. Banyak yang saya tidak tahu rupa2nya.

Boleh layari blog saya di http://waadat.blogspot.com

Semoga berjaya.

Tai berkata...

Ya, saya cacat penglihatan.

Orang buta dapat menggunakan komputer kerana ada software khas yang dipanggil pembaca skrin. Apabila ianya diinstall, maka komputer akan boleh bercakap.

Boleh ke http://www.freedomscientific.com atau http://www.gwmicro.com atau pun http://www.nvda-project.ogr untuk mengetahui lebih lanjut.





Arkit blog