Kita bersambung pula di bahagian yang keempat.
18 Jun, Rabu.
Pagi itu, aku pergi rumah yusof jam 9:30 pagi. Dan, sekali lagi aku dapat makan mi magi. Wah, amat sedaplah sangat. Dan, selepas makan, sekali lagi seperti biasa, aku bermain internet dengan menggunakan komputer Rosmin.
Dalam lebih kurang jam 12:00 tengahari, si Ayam telah menghubungi aku bertanyakan macammana nak setting dia punya gmail di outlook express. Aku beritahu dia yang aku akan tolong dia bila aku dah balik nanti sebab sebentar lagi aku bercadang nak ke rumah Tok Sidi.
Tapi, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Petang itu, hujan telah turun dengan lebatnya. jadi, rancangan untuk ke rumah Tok Sidi telah terbatal secara rasmi.
Hari itu, kakak si Ayana tu balik awal. Lebih kurang 1:30 petang, dia dah balik dah. Aku terkejut bila pintu diketuk oleh orang.
"Ha, aku nak pi tidok sat." "mengantuklah." Kakak Ayana berkata. Dan, dia pun naik tingkat atas. Sementara aku, main lagi internet.
Hujan masih turun dengan amat lebat. Ini diikuti dengan guruh dan jugak kilat. Aku berasa agak risau jugak bila main internet dalam keadaan kilat ni. Tapi menurut cerita Yusof, mereka ada memasang penangkap kilat.
Lebih kurang jam tiga petang kakak Ayana pun turun. "Hang nak makan dak?" Dia bertanya. "Ha, boleh jugak, hang buat kopi panas kat aku." Aku memberitahu dengan cepat.
"Roti hang nak tak, ada banyak o roti, depa tak makan." Dia berkata. "Ha, boleh jugak, hang boh mentega." Aku mencadangkan. Ha, petang tu, makan roti dan kopilah.
Pada petang itu juga, Ayana online skype dia kat sekolah. Maka, kami pun berceritalah apa yang berlaku di rumah. Sementara itu, hujan masih lagi tidak berhenti setelah turun lebih kurang jam 1:30 petang tadi. Sekarang, ia sudah renyai-renyai. Cuaca dingin petang itu.
Kopi panas telah siap dibancuh. Begitu juga dengan roti berisi mentega kegemaran aku tu. Ha, aku pun, mulalah nak membantai. Ini mesti sedap punya ni.
Sambil makan, kakak Ayana mendengar siaran tv Astro Ria. Aku dapat makan empat keping roti mentega. Wah, best sekali. Sambil makan, sambil main internet.
Selepas makan, aku meletakkan cawan dan pinggan di atas meja di belakang. Aku dah mula biasa dengan rumah si Ayana ni. Jadi, senanglah sekarang ni.
Petang itu selepas Ayana dan Yusof pulang, aku pun bersiap nak keluar makan dengan yusof. Aku dan Yusof merancang nak ajak Zulkarnain sama untuk keluar ke kedai Ina untuk makan.
Kami merancang nak keluar jam 9:00 malam. Tetapi, semasa nak keluar, Yusof telah menerima suatu panggilan dari kawannya sebab komputer beliau terkena virus. Yusof mengambil masa lebih kurang sejam untuk memberi arahan kepada rakannya itu untuk membersihkan virus di komputernya itu. Masa yang diambil sudah pun sejam.
Jam sepuluh malam, kami pun keluarlah. kami bercadang nak pergi makan di kedai Ina pada malam tu. Kami berjalanlah dengan penuh releks. yalah, takkan lari masa dikejar.
Apabila sampai di persimpangan jalan Thambipillay, kami dapati ada beberapa buah lori. Kami tidak mengesyaki apa-apa luarbiasa yang berlaku. Kami menganggap bahawa lori-lori itu adalah lori yang mengangkut bahan-bahan pembinaan. Kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Kedai Ina.
Tiba-tiba, seorang perempuan indonesia datang membantu kami. "Mau ke mana ini?" Perempuan itu bertanya. "Kami nak pergi makan." Yusof menjawab. Perempuan itu membawa kami melintasi persimpangan di situ.
Aku terdengar ada tiupan wisel. Seolah-olah ada road block pulak kat situ. "Accident kah?" Terdengar suara seorang lelaki india. Kami masih tidak mengesyaki apa-apa lagi. Kami terus berjalan sambil dibantu oleh perempuan Indonesia itu.
Setelah sampai di tempat untuk melintas ke kedai Ina, perempuan itu pun beredar. Aku dan Yusof pun melintas jalan untuk menuju ke kedai Ina. Lori-lori memang banyak di situ. Apa sedang berlaku, kami pun tidak tahu. maka, sampailah kami di Kedai Ina.
"Bang, bang, malam ni, tak ada makanlah, abang faham kan?" Zinie, pekerja di kedai memberitahu. "Oh ya ya." Yusof menjawab.
"Oh, DBKL buat operasilah malam ni." Beritahu Yusof. "Ala, teruk betullah." Yusof merungut. "Zinie!" Yusof memanggil. "Kejap kejap bang." Zinie menjawab. Dan tidak lama kemudian, Zinie pun datang.
"Ada apa bang?" Zinie bertanya. "Dah lamakah dia orang datang buat operasi?" Yusof bertanya. "Pukul sembilan tadi dia orang sampai." Jelas Zinie. "Oh jadi, kena ambiklah barang semua?" Yusof bertanya lagi seperti seorang penyiasat. "Tak, kedai kita orang ada lesen." "Tu ha, kedai makcik sebelah, semua dah kena angkut." Terang si Zinie dengan panjang lebar. "Ok lah bang, gi dulu ya?" Pinta Zinie lalu beredar dari situ.
Yusof menelefon si Zulkarnain. "Kau di mana?" Yusof memulakan bicara. "Aku dekat depan Kedai Ina ni, dah terkepung dek lori DBKL." Yusof menyambung bicara. Selepas itu, talian diputuskan.
Tidak lama kemudian, Zulkarnain pun sampai. "Oi!" Zulkarnain memanggil. "Dah lamakah sini?" Zulkarnain bertanya. "Tak lamalah, kami payah nak lalu." "Lori banyak." Terang Yusof. Zulkarnain pun membawa kami.
"Kau datang tadi, DBKL dah datang?" Yusof bertanya. "Tak, aku duduk lama kat kedai Ina tu." "Lebih kurang jam sembilan tadi, dia datang." Terang Zulkarnain dengan panjang lebar.
Zulkarnain membawa kami berjalan meronda di persekitaran kawasan Brickfields ni. Wah, ada banyak sekali orang berkumpul di tepi jalan melihat proses penguatkuasa DBKL menjalankan operasi mereka.
Kami berjalan lebih kurang setengah jam dan akhirnya, kami sampai di suatu kedai india. Aku pun dah lupa apa nama kedai tu. Tapi dapatlah makan.
Di kedai tu, adalah seorang perempuan sedang bercakap dalam telefon. Cara percakapannya melambangkan bahawa dia ni, seorang yang agak kasar.
"Ha Khai Eong, ni Sofia Lorell." "hang sembanglah dengan dia." Zulkarnain memperkenalkan aku pada Sofia Lorell. Sofia Lorell duduk di hadapan sebelah kiri aku.
Telefon beliau berdering lagi. Dia terus bercakap. "Eh apa kau cakap, aku tak fahamlah, kau cakap, aku kencing kau, aku mana ada kencing kau?" Itulah antara patah-patah perbualan Sofia Lorell di telefon.
Di sana, aku telah makan mi magi sepinggan besar. Yusof pula makan magi rebus. Aku minum kopi ais kalau tak salah. Dah lapar sangat sampai tak tahan dah.
Di samping Sofia Lorell, aku, Yusof dan Zulkarnain, ada dua orang lagi yang duduk semeja dengan kami. Tapi, aku dah lupa dah nama mereka berdua tu. Mereka ni, orang tua.
Di meja belakang, rakan kami Bok Kiat dan Samuel Kor duduk. Zulkarnain pun pergilah berbual dengan mereka berdua. Topik yang mereka perbualkan ialah tentang pemilihan SBM yang berlangsung baru-baru ni.
Mi yang dipesan sudah pun sampai. Apa lagi, belasahlah. Sebelum sampai, aku makan sebiji kek. "Eh, kek tadi tu ada lagi tak, sedap o." Yusof bertanya. "Ha, dah habis dah. Beritahu Sofia Lorell. "mamak, itu kek ada lagikah?" Sofia Lorell bertanya dengan kuat. "Ada, nanti." India kedai itu menjawab.
Petugas di kedai itu pun membawa sebakul penuh kek tersebut ke meja kami. Yusof pun makanlah beberapa biji lagi kek itu. Memang sungguh sedap rasanya.
Sekarang, Bok Kiat dan Samuel Kor dah nak balik. "Ok, jumpa lagi." Kataku dalam bahasa hokkien. "Ok Khai Eong, jumpa lagi." Balas Samuel Kor. maka mereka pun balik.
Selepas makan, kami pun balik. Zulkarnain kena cepat sebab Abian Jambot dah panggil dia ke rumah beliau untuk bermain dam. Apabila tiba di simpang, Zulkarnain meninggalkan kami untuk ke rumah Abian Jambot. yusof membawa aku balik ke hotel. Waktu itu, dah pun jam 12:00 tengahmalam.
Rupanya, Ah Hong masih belum balik lagi. Aku terus naik ke bilik dan terus berehat. Dan lebih kurang jam satu suku pagi, Ah Hong pun balik.
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia pergi buat rakaman CD kat rumah Moktar Soon dan salah satu keping CD tu dah hilang entah di Mana Moktar letak.
Aku memberitahunya bahawa pada malam ini, DBKL ada membuat satu operasi besar-besaran. Dia kata memang dan dia ada terserempak dengan orang DBKL yang membantunya melintas jalan. Selepas itu, kami pun tidur.
Bersambung.
0 ulasan:
Catat Ulasan