Ok, bersambung di bahagian kelima.
Khamis 19 Julai.
Pada hari itu, Yusof dan Ayana tidak ke sekolah. Sebabnya, masing-masing dah kena sakit pasai terkena hujan lebat semalam. Yalah, hujan sekarang ni, kena sikit, kalau imun tak kuat, memang sakit punyalah.
Pada pagi itu, sekali lagi aku makan kat rumah Ayana. Ha, pagi tu, mereka yakni Ayana buat nasi goreng pulak. Wah, best o makan dengan telur dardar. Ha, kena dengan selera akulah ni.
Dan selepas makan itu, Yusof menyiapkan kerja latihan sekolah untuk diselesaikan oleh anak muridnya. Nanti, anak muridnya akan datang ambik kertas latihan kerja rumah itu.
Oleh kerana dah sakit, apa nak buat? maka mereka berdua terpaksalah pergi ambik cuti sakit yakni MC. Kalau tak, kacau jadinya tu.
Oleh kerana dah sakit dan Yusof pula, komputer buruknya itu dah rosak, maka dia mengambil kesempatan untuk pergi ke Law yad untuk membeli CPU baru. Ha, aku ikutlah depa dua orang tu. Ha, berjalanlah nampaknya. maklumlah, di masa lain, dah memang tak sempat dah.
Jam 1:00 tengahari, kami berangkat dengan mono rail ke Law Yad. Dan pada masa itu, cuaca sudah mula menampakkan kemendungan wajahnya. Ini bermakna, hujan akan menurunkan dirinya tidak lama lagi. Ingatkan petang tu, cuaca akan baik. Tapi, salah tekaanku ini.
Apabila sampai di Law yad, kami terus ke kedai komputer yang selalu Yusof dan Ayana pergi. Di sana Yusof telah mendapatkan sebuah CPU baru. HDD 320 GB, Intel Original Mother Board dan sekeping sound card yang agak prestage. kesemuanya hanyalah berharga RM 1650 sahaja. Wah! Sangat murah o. lebih RM 20 saja dari CPU baruku yang akan sampai bila aku balik ke Pulau Pinang nanti.
Selepas melakukan apa yang patut, kami pun pergilah pekena nasi kandak yang memang terkenal kat situ. Inilah kali kedua aku ke sana. Nasi kandarnya, memang amat sedap sekali. Maklumlah original mai dari Pulau Pinang punya.
Hujan sudah mula turun renyai-renyai. Ada juga kedengaran bunyi guruh. Dan ada juga angin meniup sepoi-sepoi bahasa. kami tetap menikmati juadah nasi kandak yang terhidang di depan meja.
Kini, hujan sudah mula menampakkan kelebatannya. Guruh dan petir sabung-menyabung. Akibatnya, selepas makan, terpaksalah kami duduk di situ buat beberapa ketika. lebih kurang sejam kami duduk di sana.
Menghampiri jam 5:00 petang, kami pun pergi semula ke kedai komputer. Pada masa itu, hujan masih lagi turun renyai-renyai. Basahlah juga kepala tu. Tapi tak apalah. Kami berjalan agak laju untuk melepasi hujan tersebut.
Sebelum ke kedai komputer, Ayana dan Yusof ke mesin automatik untuk mengambil wang dari bank. Tapi sayang, ada beberapa buah mesin yang rosak. Tapi akhirnya, mereka berjumpa juga dengan mesin yang elok.
Nasib Ayana agak baik kerana ada dua orang pemuda cina yang tolong tekan mesin duit tu untuk mereka. Setelah duit berjaya dikeluarkan mereka mengucapkan terima kasih pada pemuda tersebut.
Kami telah sampai di kedai komputer. CPU Yusof telah siap. Kini, tunggu nak masukkan ke dalam kotak sahaja. Dan, selepas berbuat apa yang patut, maka, CPU dimasukkan ke dalam kotak. Dua lapisan plastik terpaksa dibubuh untuk mengelakkan plastik itu koyak. Dan sebuah Tump drive juga dibeli oleh Ayana dan Yusof.
Selepas semuanya dah diselesaikan, kami pun bergerak untuk pulang. kami akan pulang menaiki teksi sahaja. maklumlah, susah nak angat CPU tu kalau naik train.
Semasa kami keluar dari Law Yad Plaza, hujan masih turun renyai-renyai. Tak apalah, tak lebat pun. Lalu, kami pun pergilah ke perhentian teksi. kami berjalan agak jauh jugak. yalah, turun tangga bergerak beberapa kali.
Setelah beberapa minit menunggu, teksi sampai. Kami naiklah teksi itu. Teksi tersebut bergerak sangat perlahan. Ini adalah kerana kesesakan lalulintas. Biasalah kotaraya Kuala Lumpur ni. Lagi-lagilah hujan pada petang itu.
"Hey, tak tau aa bile nak sampai ke Brickfields ni." Pemandu teksi itu merungut. "Sesak teruknyer." Rungutnya lagi. Kami hanya tergelak kecil. "yalah bang, lagi-lagilah kalau hujan." Aku pulak menambah.
"Abang, abang tau tak mana orang buta yang pandai mengurut?" "Saye sakit belakang aa." Pemandu teksi itu bercerita. maka, Yusuf dan Ayana pun berceritalah tentang seorang tukang urut yang pernah mengurut Yang Dipertuan Agung tu. Mereka juga memberikan nombor telefon kepada pemandu teksi itu.
Teksi masih bergerak perlahan. kesesakan lalulintas memang teruk. Amat panjang sekali. Itulah cerita pemandu teksi itu. Hujan renyai-renyai pula, masih turun. Kami menaiki teksi itu pada jam 5:30 petang, kini sudah 6:30, masih lagi belum sampai ke Brickfields.
Lebih kurang jam 7:10 minit malam, kami sampai di Brickfields. "Berapa bang?" Yusof bertanya. "Hmm, RM 10 boleh tak?" "Hujanlah." Kata pemandu teksi itu memberikan alasan. Tapi, kami bagi RM 8.30 sahaja.
Sesampainya di rumah, CPU yang baru itu terus diangkat naik ke atas. Yusof pun membuatlah kerja-kerja yang patut untuk menghidupkan pc barunya ini.
Pada malam itu, aku dan Yusof akan pergi makan di kedai Ina. Aku nak makan nasi berlauk ayam masak merah yang aku hanya dengar namanya sahaja tapi tak pernah pun sekali aku makan. Aku merancang nak panggil Rosmin jugak.
Jam 9:00 malam, aku dan Yusof keluar. Sebelum keluar, aku telah menghubungi Rosmin untuk mengajarnya keluar makan bersama di Kedai Ina.
Sesampainya kami di kedai, Rosmin sudah menunggu. Maka aku pun pesanlah nasi dan lauk ayam masak merah yang aku cerita tadi tu. ha, malam ni, nak sebatlah ni.
Rosmin dan yusof tu makan apa, aku dah tak ingat. Sekarang ni, mudah sangat jadi lupa. Dan sambil kami makan, kami berbual. kami mengungkit hal sekolah, berlarutan ke hal-ehwal semasa dan meleret pula ke politik.
Sedang kami makan dan berbual, kami terdengar suara seorang buta. Orang tu ialah Chooi Ah Eng pelajar St. Nicholas juga. Wah, dia punya suara macam suara nenek tualah. Banyak kasar.
Setelah puas berbual, maka kami pun beredar. Yusof menghantar aku pulang ke hotel. Dah pun jam 11:00 malam dah. Sementara Ah Hong pula, masih belum pulang lagi. Dan tidak lama kemudian, Ah Hong pun balik.
Bersambung.
2 ulasan:
Saya rasa nak kena beli laptop baru gantikan yang dah rosak dulu. Ingatkan dah malas nak ber'laptop'. Kat mana kedai yang murah sikit. Kalau 'recond' ok tak?
Ha, Law Yad ok tu.
Catat Ulasan