Selasa, Julai 22, 2008

KL 2008 bahagian enam dan terakhir

Ok, bahagian keenam dan terakhir.

Jumaat 20 Jun.

    pada pagi itu, aku bangun jam 6:30 pagi.  Aku pun bersiap-siap sebab nanti akan pulang.  Aku tak kelam-kabut sebab dari semalam kami berdua sudah pun berkemas beg pakaian kami.  Jadi, kami pun buatlah kerja dengan penuh releks.

 

    Jam 9:00 pagi, aku dan Ah Hong pergi bersarapan di sebuah kedai kopi.  Di situ, aku telah memakan 12 keping roti bakar dengan mentega.  Orang kedai itu agak terkejut.  "6 set atau 6 keping?"  "6 set, 12 keping o."  Beritahu pekedai itu.  "6 set."  Aku menjawab.  Sementara Ah Hong pula makan kuih tiau goreng.

 

    Setelah selesai makan, kami pergi semula ke hotel.  kami pergi untuk mengambil beg kami yang masih berada di dalam bilik.  Dan lebih kurang jam 10:00 pagi, kami pun turun.  kami check out dan pergi menunggu teksi.  Dengan dibantu oleh seorang wanita di situ, kami berjaya mendapatkan teksi untuk ke Jalan Duta.

 

    Apabila sampai di Jalan Duta, kami terus ke kaunter bas untuk memeriksa tiket.  Setelah tiket diperiksa, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  kemudian, kami dibawa ke sebuah kerusi.

 

    Semasa Ah Hong hendak menurunkan begnya, tiba-tiba ada seorang makcik di belakang tolong menarik begnya.  Ah Hong terkejut.  Dia ingat ada orang nak ragut begnya itu.  "Wah, saya tolong awak, awak kata saya nak ragut beg awak."  Rungut nyonya cina itu.  "Tak dia terkejut."  Aku berkata.

 

    Jam 10:45 pagi, bas pun tiba.  kami dibawa ke bas.  kami duduk di belakang pemandu.  Dan kebetulan pada hari itu, pemandu bas kedua bas Trans nasional itu ialah jiranku.  Tidak lama kemudian, bas pun bergerak menuju ke distinasinya Pulau Pinang.

 

    Jam lebih kurang 1:00 tengahari, bas berhenti di Perak.  Perak kat mana tu, aku tak tahu.  Ah Hong telah turun.  Sementara aku pula, tak turun.  Aku duduk dalam bas sambil mendengar radio.

 

    Setengah jam kemudian, semua para penumpang termasuk Ah Hong dah naik.  Ah Hong belikan sebiji roti untuk aku.  Apabila semua para penumpang dah naik, maka bas pun menyambung perjalanannya.

 

    Lebih kurang jam 3:30 petang, sampailah bas di Sungai Nibung Pulau Pinang.  kami semua pun turun.  Aku dan AH Hong sampai rumah jam 4:00 petang sebab teksi yang kami tunggu tu, lambat datang.

 

    Aha, itulah cerita perjalanan ke Kuala Lumpur tu.

 

Selesai.

0 ulasan:





Arkit blog