ha, cuba kita lihat perbezaan BN dan parti pembangkang no?
1. Parti pembangkang, ada banyak blog. Blog-blog depa ni, tumbuh bagai cendewan sebelum mai undi 8 Mac lagi. Amboi, depa punya pulonlah menulis apa yang patut. Depa pakai betoi-betoi ICT yang kerajaan buat.
BN ni, blog ada. Tapi tak tau mana dia. masa belum undi, depa ingat, depa boleh menang besaklah tu. Tu yang depa dok pandang rendah kat pembangkang tu. Macam-macamlah depa dok pelekeh pembangkang. Walhal depa tak tau, bala besak dok tunggu kat depan nu.
yang BN tau buat, pakai media radio, tv surat-surathabak. Guna semua benda lama ni, ceritalah apa depa dah buat. Orang dah ke depan, hampa masih kat belakang. Ni apa punya cerita?
Tok Mahathir penat-penatlah buat Cyber Jayalah, MSC lah, tapi hampa langsung tak reti pakai. pembangkang lagi pandai dari hampa semua.
ha, bila habeh pilihanraya, barulah BN kalut nak buat blog. Tapi masa tu, dah lambat dah. Tapi tak palah kurang-kurang, depa buat jugak blog tu.
2. Wah! Harakah Daily ada buat berita online melalui sms o! Kawan aku ada langgan. Dia habak, sebulan lima ringgit. Ha, ni satu lagi yang BN tinggai. Takdak pun berita online sms dari BN. nak tinggal belakang lagikah?
3. Wakil rakyat pembangkang, semua orang muda. Tapi apa pasai wakil BN semua orang tua? Yalah, 30 ke atas, kategori tualah tu. BN ni selalu macam tu. Bagilah orang muda jadi wakil rakyat, bagilah orang muda pegang jawatan menteri. Ni yang jadi wakil rakyat dan tok menteri, semua dah tua. Kalau dah tua, otak tak cergas dah.
Bagilah peluang kat orang muda. Ni selalu orang muda diketepikan. Bila orang muda joint pembangkang, hampa nak marah. Ni salah hampa jugaklah ni.
7 ulasan:
Hai... kenapa orang muda beralih pada pembangkang? Jawapannya orang muda tidak mengamalkan parti kampung.. tak main la umpan dengan beras dan kain pelikat.. ini soal perjuangan... bukan menafikan BN tapi kita cari kebaikan dari kedua-dua pihak. One more.. jangan ingat kerajaan buat ICT dia yang punya. tak kira siapa jadi kerajaan, kemudahan awam memang sudah jadi tanggungjawab. Cth.. seorang bapa, apa tanggungjawab dia. jawapan, sudah tentu memberi makan pada anak, pendidikan dan sebagainya.. so tak kira si bapa itu kerajaan ke atau pembangkang ke... tanggungjawab asas adalah satu kemestiaan. Yang dibangkitkan adalah salah guan kuasa dan ketirisan..
Sabar sedingin salju. Kita buat sat-satu. Selesai UMNO-PAS, kita reform DAP pulak. Biar US terlopong dan melopong. Konsep Malaysian Malaysia yang original ialah apabila matlamat 30-40-30 tercapai dan baru lah konsep keadilan muncul. Bukan keadilan macam PKR mimpikan. You bantu saya, ok.
kepada Azhar, terima kasih di atas komen anda.
Kepada Demang, yalah, kita kenalah tolong-menolong antara satu dengan satu. Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu.
Terkadang tu, peribahasa 'politik kampung' selalu dilakukan seperti orang kampung tidak pandai berpolitik. tetapi, di kampung jua penuh dengan likuan politik.
Hakikatnya, pembangkang menggunakan saluran yang tepat di kampung... Di negeri saya misalnya, mereka 'membawa mulut'di kedai-kedai kopi untuk 'meracun' minda org kampung yang kurang pendedahan kepada negara amnya dan global khasnya... Sehingga ada seorangh cikgu ditumbuk oleh anak buahnya sendiri di sebuah kedai kopi (peristiwa tahun lepas) kerana bebelannya yang menyakitkan hati anak buahnya (racun tu sakit kan?)
Orang kerajaan pula, kurang bergaul sebegini. Oleh yang demikian, pak-pak menteri dan anak-anak buahnnya perlu selalu berdamping dengan org kampung dan bijak menyelesaikan masalah org yg mengadu iaitu bukan masalah yg didengar sahaja, malah yang dilihat sendiri... Barulah effisien dan sokongan padu akan diterima... Ingat, wakil kepada rakyat perlu mudah ditemui rakyat...
Org muda yang beralih kepada pembangkang adalah mereka yang kurang bersabar... Mungkin kerana 'racun' liberalisme dari IKD dan sistem Tamrin yang memeningkan kepala mereka... (Maaf kalau terasa)
Wakil rakyat perlulah seorang yang bukan hanya bersemangat juang yang tinggi... Bahkan mampu mengawal situasi, berpengalaman tinggi dalam selok belok negara dan politik.., Kerana, tanpa ilmu... alamatnya, jadilah kabinet 'pasar tamu' kita... Kurang kekuatan itu kerana ilmu dan ilmu dari pengalaman itu penting bagi menjamin negara yang berkualiti di masa sekarang atau masa depan...
Ya, tepat sekali kata anda. Janganlah masa pilihanraya saja nampak muka. Bila dah terpilih, habuk tarak. Ini bukan peminpin yang kita nak. Kita nakkan peminpin yang berjiwa rakyat dan selalu mendampingi kita.
Saya tidak nampak isu orang muda beralih kepada pembangkang itu sebagai satu perkara tidak sabar dan terpengaruh dengan liberalisme.. (Liberalisme tu anda kena faham dulu sebelum menulis)
Bagi saya, pendedahan demi pendedahan membuatkan orang muda boleh berfikir.
Banyak faktor antaranya perkembangan ICT, corak pendidikan di negara kita dan yang paling penting sekali adalah !lonjakkan! dalaman itu.
Selama ini sebelum 1998, sebelum gelombong reformasi itu muncul, kita sering diajar supaya Yes Sir.. apa yang ditayangkan di TV itu adalah benar.. dan setelah pendedahan demi pendedahan nanah dan kudis itu terserlah..
Ketidakadilan dan salah guna kuasa itu sebenarnya menyakitkan dan perubahan itu mendorong orang muda protes
Jangan katakan perubahan itu sebagai pengkhianatan kerana perubahan itu jika dibuat secara bijaksana sebenarnya membawa lebih banyak kebaikan untuk rakyat. Lihatlah hari ini, UMNO sendiri sudah bersedia untuk muqabalah yakni ingin mencari kebaikkan sedangkan PAS sudah lama ke arah itu sebelum ini tetapi ditolak mentah-mentah.
Adakah UMNO sudah ingin berubah? Bersediakah mereka untuk bermuafakat?
hati saya tak percaya sudah.. saya harus mempercayai diri sendiri =(
Catat Ulasan