Rabu, Julai 23, 2008

Berhati-hati pabila menulis dan berkata-kata

Pepatah ada berkata, kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.  Itu adalah pepatah melayu.  Satu lagi ialah pandu cermat, jiwa selamat.  Itu juga satu peringatan.

    Dan amalan berhati-hati inilah yang selalu mengelakkan kita dari ditimpa sesuatu bencana atau musibbah. kalau kita main belasah saja, buruk padahnya nanti.

 

    Peminpin juga, harus berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau pun penulisan.  kalau tidak, nanti buruk padahnya sebab orang dah salah anggap.

 

    Saya timbulkan persoalan ini merujuk kepada penulisan yang ditulis oleh Bekas Menteri Besar Selangor Dr.  Khir Toyo di blognya, Dr.  Khir Toyo.  Cuba perhatikan baris di bawah ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.

 

    ya benar, niat DS mengulas persoalan ini baik.  Tetapi, perkataan extrimis ini boleh menyebabkan orang bukan melayu tersalah anggap.

 

    Sepatutnya Dato Sri harus mencari suatu kaedah untuk menulis persoalan ini dengan lebih berhemah dan tidak akan menyinggung mana-mana kaum.  Dalam malaysia, kita harus berhati-hati.

 

    Bukan semua orang yang masuk DAP itu extrimis cina dan bukan semua yang masuk Hindraf itu extrimis india.  Mereka yang masuk kedua-dua organisasi ini lebih banyak terpengaruh dan rasa kecewa terhadap pemerintah.  Jadi, apabila kekecewaan itu menguasai diri, maka kewarasan sudah tidak dapat digunakan lagi dengan baik.  Di kala itu, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh.

 

    Sebenarnya, mana-mana kaum dan kelompok juga ada masalah extrimisme.  melayu pun ada extrimis melayu juga.  Contohnya Jim dan Al-maunah.

 

    Bukanlah niat saya nak membesar-besarkan perkara ini tetapi, saya menegur ini untuk kebaikan jugak.  kalau Dato Sri tulis pada saya tentang extrimis, saya boleh faham apa yang Dato Sri perkatakan.  Tetapi, kalau tulis seperti ini diblog yang boleh dilawati oleh pelawat dari serata dunia, amat tidak molek sekali.

 

    Saya berpendapat, untuk meredakan keadaan, Dato Sri memohon maaf secara terbuka di blog Dato Sri.  Dan perlu diingatkan di sini, jangan biarkan pembangkang memanipulasi isu ini.  Ini amat merbahaya sekali buat BN yang kini sedang diubati.  Dan, jangan menjauhkan lagi orang dari BN.  Dekatkanlah orang dengan BN.

 

    Untuk pengetahuan, saya ni penyokong setia BN.  Orang yang sayangkan BN, perlu menegur kalau ada kesilapan yang dilakukan.  Itu baru sayang namanya.

6 ulasan:

pen buruk ™ berkata...

nak betulkan.. JIM bukan ekstremis dalam melayu...

salah tu.. itu pertubuhan sah..
yang tak betul adalah Jemaah Islamiah yang ada kat Indonesia/ASEAN

Tai berkata...

Oh, harap maaf. Bukan Jim ya? maaf ini sudah tersalah tulis.

Suara Amirul berkata...

Apa makna extreamist?

Tai berkata...

Bagi pendapat saya, extrimis adalah sesuatu yang melampaui batas-batas.

pen buruk ™ berkata...

extremis ni satu benda yang boleh jadi baik dan boleh jadi tak baik. tengok pada tempat.. susah juga nak cakap.. apapun extremis tu tak berapa bagus..
pendekatan sederhana adalah lebih baik

www.myazhar4u.blogspot.com

Madu Warna Biru berkata...

ooo bagi saya jika islam dianggap sebagai yang tertinggi tiada siapa akan rasa ditindas .. Islam bebas dianut oleh semua bangsa... terima kasih..





Arkit blog