Daripada: cahaya
Dihantar pada: Selasa, August 12, 2008 9:08 PM
Ditolak Perkeso, OKU rayu simpati
Wan Nasru Ahmad
Tue | Aug 12, 08 | 1:03:40 pm MYT
PULAU PINANG, 12 Ogos (Hrkh) - Kemelut ekonomi yang melanda negara ekoran kenaikan harga komiditi minyak dan barangan menyebabkan ramai pekerja yang sihat tubuh badan kehilangan punca pencarian apatah lagi mereka yang kurang upaya.
Seorang pekerja Indah Water Pulau Pinang,Roslan Mohd Ali, 45, telah kehilangan sebahagian kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dialaminya.
Beliau yang tinggal di Flat Seratus Sungai Pinang menyara isteri dan 5 orang anaknya yang masih bersekolah dari darjah 4 hinggalah tingkatan 5 dengan pendapatan sebagai pemandu lori Indah Water.
Image"Kaki saya terpaksa dipotong pada penghujung Mac yang lalu dan saya terlantar di Hospital Pulau Pinang selama 2 bulan. Semasa berada di hospital saya membuat permohonan tuntutan Perkeso buat kali ketiga bagi tujuan menampung perbelanjaan keluarga dan perubatan saya tapi semuanya hampa,"katanya pada Harakah ketika menziarahinya di hospital berkenaan.
Terangnya, permohonan ditolak dengan alasan masih sihat dan boleh lagi bekerja walaupun kehilangan sebelah kaki.
Sebelum ini, pada Jun 2007 Roslan telah membuat tuntutan yang sama ketika mengalami masalah pendarahan di kaki kiri dengan Perkeso Pulau Pinang namun ditolak dengan alasan yang sama dan diperakukan oleh Pengarah Hospital Pulau Pinang ketika itu iaitu Dr Hassan Merican. Ketika itu kaki beliau mengalami pendarahan dan bernanah.
"Saya buat permohonan kedua pada September 2007 namun tetap ditolak Perkeso dan turut disahkan oleh Dr Hassan Merican dengan alasan yang sama," ujarnya kesal.
Setelah kaki dipotong tambahnya, beliau membuat permohonan ketiga dan di dalam surat jawapan Perkeso dilampirkan salinan pengesahan doktor. Kali ini Pengarah Hospital Pulau Pinang yang baru Dr.Juita Ghazalie yang membuat pengesahan.
"Apa yang ingin saya pertikaikan ialah terdapat ralat di mana pada awalnya lampiran itu seolah memberi sokongan yang memberitahu saya tidak berkeupayaan tetapi dibatalkan dan ditanda bahawa saya masih mampu melaksanakan kerja,"jelasnya.
Sehubungan itu, Roslan berharap agar pihak Perkeso dapat meluluskan tuntutan beliau kerana beliau walaupun mendapat kebenaran bercuti dari majikannya namun tidak mendapat pembayaran gaji kerana had cuti bergaji sudah tamat.
Beliau ketika ini terpaksa menghabiskan RM 500 sebulan bagi tujuan membeli ubat dan ulang-alik ke 2hari sekali ke Hospital bagi mencuci luka pembedahan.
Ketua PAS Cawangan Bagan Tambang, Tasek Gelugor, Haji Rashid Mohd Ali yang juga adik kepada Roslan, berharap agar Tabung Kemiskinan Harakah akan dapat membantu adik beliau bagi meringankan beban yang dialami. - mks._
Sekian terima kasih.
Dari Tai Khai Eong.
Mailling List : http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku
Blog : http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
Skype : teddybear510
Windows Live Messenger : toyol_cyber007@hotmail.com
Dari Tai Khai Eong.
Mailling List : http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku
Blog : http://www.sedinginsalju.blogspot.com/
Skype : teddybear510
Windows Live Messenger : toyol_cyber007@hotmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan