Isnin, Ogos 18, 2008

KL 2008 siri 2 bahagian satu

Salam sejahtera.  Kita berjumpa lagi.  Sekarang ni, streamyx dah tak boleh pakai.  Sebab ada penukaran kabel kat tempat aku ni.

    Dan sekarang, nak bercerita pula tentang lawatan yang baru berlalu ni.  Agak pendek sahajalah cerita dia ni.

 

Khamis 7 Ogos.

    Jam 9:45 pagi, aku bertolak dari rumah untuk ke stesen bas Sungai Nibung untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur.  Aku ke pekan Bayan Lepas untuk mengambil Ah Hong.  Kemudian, terus menuju ke stesen bas Sungai Nibung.

 

    Sesampainya di sana, kami telah dibawa ke tempat menunggu bas oleh petugas di sana.  Apabila sampai di tempat bas diletakkan, bas telah sedia ada namun, pintu bas, masih lagi belum dibuka.  jadi kami berdirilah kat situ menunggu pintu bas dibuka.  Masa kami sampai di stesen bas, jam baru saja pukul 10:15 pagi.

 

    Apabila pintu bas dibuka, kami dibawa naik oleh salah seorang pemandu.  Tiket kami diperiksa.  Kami duduk di kerusi yang berdekatan dengan pemandu.  Kami seperti biasa, menaiki bas Trans nasional.  Kami lebih selesa dengan bas Trans nasional kerana beberapa sebab.  Pertama, basnya selesa dan penghawa dinginnya bagus.  keduanya rekodnya baik dan ketiga ianya memberikan potongan 25% kepada golongan oku.

 

    Kini, kami sudah mendapat tempat duduk.  Bas Trans Nasional ni, pemandunya selalu membuka siaran Sinar FM.  Wah, dapatlah dengar Sembang Sinar bersama Aby Fana.

 

    Jam 10:30 pagi, bas memulakan perjalanannya.  pada pagi tersebut juga, cuaca agak mendung.  Nampaknya, ada tanda-tanda, nak hujan.

 

    Di tengah perjalanan, hujan lebat telah mula turun.  Tapi, bukan semua tempat.  Ada sesetengah tempat, matahari memancar dengan terik sekali.

 

    Bas berhenti di Kedai Petronas di Perak.  itu dah dekat nak masuk Kl dah tu.  Di sana para penumpang diberi masa 20 minit untuk pergi tandas dan membeli makanan ringan.  Aku tidak turun di situ.  Ah Hong sahaja yang turun.  Aku duduk sambil mendengar radio.

 

    Tidak lama kemudian, para penumpang dah mula kembali ke bas.  Ah Hong masih lagi belum.  Aku telah terdengar salah seorang penumpang memberitahu bahawa penghawa dingin dalam bas itu amat sejuk sekali.  "Wah, kiri dan kanan semua aku kena, tak tahan o."  Beritahunya dalam loghat hokkien.

 

    Tidak lama kemudian, Ah Hong kembali semula.  Dia membeli sekotak besar air kekwa dan juga dua bungkus keropok udang.  Semuanya berharga RM 2.60 sahaja.  Wah, begitu murah sekali.  Bungkusan keropok pun nampak besar jugak.

 

    20 minit kini telah berlalu.  Bas telah memulakan perjalanannya kembali.  Aku dan Ah Hong pun makan keropok yang kami beli.  Dalam sebungkus, ada empat keping besar.  Jadi, kami makan dua keping tiap sorang.  Bau keropok itu, amat wangi sekali.

 

    Selepas itu, kami nak minum air kekwa.  Tapi malangnya, kami tak reti pulak nak bukak penutup kotak air itu.  maka, terpaksalah kami mencari mana dia tempat buka penutup kotak air itu.  Dan akhirnya, kami ketemu jua.  Sekotak besar air kekwa, habis kami sapu.  Wah, leganya bukan main lagi.

 

    Kini, bas telah memasuki kawasan Kuala Lumpur.  Hujan lebat turun di Kuala Lumpur.  memang amat lebat sekali.  Dan akibatnya, telah berlaku kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur.  Bas kini telah mula berjalan perlahan.

 

    Tiba-tiba telefon Ah Hong berdering.  Rupanya Lim Kooi Yong telah menelefon beliau.  Kooi Yong ingin tahu harga teksi di Kl.  Ah Hong memberitahunya supaya menelefon kembali pada jam lima petang ke atas.

 

    Lebih kurang jam 3:15 petang, kami telah tiba di stesen bas Jalan Duta.  kami dan beberapa penumpang yang lain pun turunlah di stesen itu.  Hujan lebat masih lagi turun.  nampaknya, tiada tanda-tanda menunjukkan yang hujan lebat ini akan berhenti.  Wah, teruk ni.

 

    Sebelum pergi mencari teksi, kami pergi ke tandas dulu sebab dah tak tahan dah.  Tangki dah penuh.  Kami dibantu oleh orang untuk ke tandas.  Wah, tandas kat sana, dilengkapi dengan kipas pengering.  Anginnya panas.

 

    Selepas itu, kami pun dah nak keluar dari tandas.  kami berjalan mencari pintu keluar.  Tiba-tiba kami terjumpa satu pintu.  kami pun membelok ke kiri mengikut arah pintu.

 

    "Eh!  Eh!  Eh!"  "nak ke mana ni?"  Tegur seorang lelaki.  "kami nak keluar dari tandas."  Kami menjawab.  "Ini bilik mandi ni."  "Ini bukan pintu keluar."  Lelaki itu menjawab sambil tergelak.  Kemudian, dia pun membawa kami keluar dari tandas itu.

 

   Selepas itu, kami meminta bantuan orang di situ untuk membawa kami ke perhentian teksi untuk membeli kupon.  Hujan lebat masih lagi turun dan tiada tanda akan berhenti.  Kami telah dibawa ke perhentian teksi.

 

    kami kini telah berada di kaunter untuk membeli kupon.  "Encik, kita nak ke Brickfields."  "Berapa ringgit?"  Ah Hong bertanya kepada petugas di kaunter.  "Brickfields ya, sebentar encik."  jawab petugas kaunter itu.  Suaranya lembut sekali.  Petugas tu ialah seorang perempuan.

 

    "RM 13.20 encik."  jawab petugas kaunter itu ringkas.  Harga tiket pun dibayar.  "Wah, dah naik RM 1.20 dah."  Beritahu Ah Hong kepada aku.  yalah semuanya naik kini.  Apa nak buat?

 

    Selepas kupon dibeli, kami pun terus dibawa ke teksi yang telah sedia menunggu kami.  Kami memberitahunya supaya menghantar kami ke Brickfields dan turunkan kami di hotel New Winner.

 

    Sesampainya di New Winner, pemandu teksi itu membawa kami sampai ke pintu hotel.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemandu teksi itu.  Pemandu teksi itu pun beredar pergi.

 

    "Ha, dah datang lagi."  Sapa petugas hotel apabila kami masuk ke hotel New Winner itu.  kami pun membuat tempahan bilik.  Untuk empat hari dan tiga malam, kami dikenakan bayaran RM 198.  jadi, kami kongsilah seorang separuh.  Kami diberi bilik bernombor 106 di tingkat satu.

 

    Setelah selesai proses pendaftaran dan pembayaran, kami dibawa ke bilik kami oleh seorang petugas wanita warga Indonesia.  Biliknya agak sempurna.  Semuanya ok kecualilah tv yang bermasalah.  Masalahnya ialah suara.

 

    Apabila petugas itu telah pergi, kami pun mulalah, meraba-raba di persekitaran bilik itu.  Yang penting sekarang, kami nak cari di manakah letaknya plug supaya kami boleh charge telefon dan memasang radio.

 

    Sayangnya, kami hanya menjumpai satu sahaja plug.  Plug itu terletak dekat tv.  Wah, ini sudah masalah besar.  Jadi nampaknya, terpaksalah kami mencari soket double plug supaya dapat buka radio.  Ini sudah sangat leceh punya kerja.

 

    Sebelum tindakan selanjutnya, kami turun pergi minum teh terlebih dahulu.  Semasa menyerahkan kunci, kami telah bertanyakan di mana nak beli double plug itu kepada petugas di kaunter.  Petugas tersebut telah bermurah hati meminjamkan double plug itu kepada kami.

 

    Kami pergi ke sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan hotel Lido untuk minum.  Di situ, aku makan enam biji pisang goreng dan Ah Hong makan tiga biji.  kami hanya minum air suam sahaja.  Hujan pula, belum nampak tanda-tanda akan berhenti.

 

    Selepas minum, kami kembali semula ke bilik kami.  kami mencuba double plug yang diberikan oleh petugas tadi.  Rupanya double plug itu ada masalah.  Maka, terpaksalah kami menelefon ke kaunter untuk memaklumkan masalah yang sedang kami hadapi ini.

 

    Tidak lama kemudian, seorang petugas hotel telah datang.  petugas ni seorang perempuan.  Suara dia ni, sengau.  Dia ni cina.  Dah berumurlah ni.  Beliau cuba memperbaiki plug tersebut.  "kalau ada apa-apa masalah, boleh hubungi saya, Hellen."  Beritahu perempuan itu dalam bahasa hokkien.  "Tapi nanti, saya dah nak balik dah."  Tambah si Hellen lagi.

 

    "Kamu datang dari mana?"  Hellen bertanya dalam bahasa cantonese.  "Kami dari Pulau Pinang."  Jawab Ah Hong.  Agak panjang juga kami berbual sambil beliau cuba memperbaiki plug yang bermasalah itu.

 

    "Ok, sekarang, plug tv ni dah rosak."  "Kamu semua jangan usik, nanti saya panggil orang datang tengok."  Beritahu si hellen panjang lebar.  Dia pun beredar dari bilik kami.

 

    Tidak lama kemudian, muncul seorang lagi petugas hotel.  Kali ni, orang indon pula.  "Ada plug lagi di sebelah sana."  Beritahu petugas tersebut.  Beliau pun menunjukkan kepada kami dua lagi plug yang terdapat di dalam bilik tersebut.

 

    Ok, sekarang, masalah dah selesai.  Jadi, dapatlah kami charge handphone dan mendengar radio serta tv.  kami pun menyerahkan double plug itu kepada petugas itu supaya dia dapat menyerahkan kembali plug itu kepada petugas di kaunter.  Wah, lega sekali aku.  petugas itu pun beredar.

 

    Telefon Ah Hong berdering.  Itu mesti Lim Kooi Yong yang menelefon.  Aku meneka.  Rupanya, tekaanku tepat sekali.  Kooi Yong sekali lagi telah menelefon Ah Hong untuk bertanyakan tentang teksi dari Jalan Duta ke Brickfields itu.  maka Ah Hong pun menerangkan kepada Kooi Yong dengan panjang lebar tentang teksi dari Jalan Duta ke Brickfields tu.

 

    jam lebih kurang 6:00 petang, sekali lagi telefon Ah Hong berdering.  Rupanya kali ini, Bok Kiat yang menelefon Ah Hong.  Ah Hong beritahu, Bok Kiat nak mengajak kami keluar makan malam.  Wah, itu sudah sesuatu yang sangat bagus ni.  Ah Hong memberitahu, dia akan menelefon balik pada jam 7:00 malam nanti.

 

    Menghampiri jam 7:00 malam, tiba-tiba, telefon aku berdering.  Aku menjawab panggilan tersebut.  "Encik, apa pasai hang tak sebut nama aku?"  Kedengaran suara seperti orang kena selsema di hujung gagang telefon.  Oh, Yusuf yang telefon.  Ni mesti dia kena selsema ni.

 

    "Oh, aku tak sebut nama hangkah?"  Aku bertanya ingin kepastian.  "Yalah, dia kata, hang cuma sebut cikgu, dia mana kenai?"  "hang ni menyusahkan betoilah."  Yusof berkata.  "Oh, itu macam no"?  "Patutlah dia tak kenai pun."  Aku menjawab.  "ha tak palah no?"  Aku berkata.  kemudian, talian pun diputuskan.

 

    Ah Hong sekali lagi menelefon Bok Kiat.  Bok Kiat beritahu, dia akan menunggu kami di depan kedai urutnya.  kemudian, talian pun diputuskan.

 

    Kini, jam sudah 7:00 malam.  Aku dan Ah Hong pun bergerak turun ke tingkat bawah.  Kami keluar dari pintu hotel.  Di luar, hujan kini sudah tidak lebat lagi.  Tapi, ianya telah bertukar menjadi hujan renyai-renyai.  Kami meredah hujan itu untuk ke tempat yang dijanjikan dengan Bok Kiat tadi.

 

    Bok Kiat telah menunggu di depan kedai urut tersebut.  Apabila kami bertemunya, kami dibawa ke sebuah kedai yang dipanggil kedai Woo Tee.  Dan di pertengahan jalan, kami telah terserempak dengan seorang teman lama kami iaitu Chooi Ah Eng.

 

    "Ah Eng," aku memanggil.  "Ya, eh ini siapa?"  Ah Eng bertanya dalam loghat hokkien.  "Ini aku Khai Eong."  "Tak kenal aku lagi?"  Aku bertanya.  "Oh Khai Eong."  "Mana nak kenal, dah lama tak jumpa."  Ah Eng membalas.

 

    Apabila sampai di suatu persimpangan, kami telah berpisah dengan Ah Eng sebab dia akan pulang ke rumah.  Sementara aku dan Ah Hong serta Bok Kiat terus ke kedai makan yang telah disebutkan tadi.

 

    Kami telah sampai di kedai makan tersebut.  Kat kedai tu, mejoriti mereka bercakap dalam loghat cantonese.  Wah, ini sudah kacau.  Sudahlah aku tak faham dengan bahasa cantonese ni.  nampaknya, kena minta tolong Ah Hong atau Bok Kiatlah ni untuk pesan makanan.  Di kedai itu, aku makan sa ho fan kalau tak salahku.  Aku hanya minum air suam sahaja.  Ah Hong ada makan nasi dan juga beberapa jenis lauk.  Dan sambil makan, kami berbual-bual.

 

    Ada banyaklah topik yang dipersembangkan.  Kalau nak tulis, sampai raya tahun depan pun tak habis bahagian pertama ni.  kami makan perlahan-lahan.  Kedai Woo Tee akan menutup operasinya pada jam 9:00 malam.

 

    Lebih kurang satu setengah jam selepas itu, kami sudah pun selesai makan.  Setelah selesai makan, kami pun beredar.  Bok Kiatlah yang belanja kami makan.  Jadi, terima kasihlah diucapkan kepada beliau.  Kira harganya kira ok sahajalah.  Nak kata mahal pun, ya jugak.

 

    Kami berpisah dengan Bok Kiat apabila sampai di depan kedai urut tempat kerjanya.  Pada masa itu, hujan renyai-renyai masih lagi turun.  Tiada tanda-tanda akan berhenti pun.  Aku dan Ah Hong terus berjalan pulang ke hotel New Winner.

 

    Kami berehat di bilik.  Seperti biasa Ah Hong membuka radionya.  Dia mendengar siaran Trax FM.  Siaran bahasa inggeris tu.  Aku pula, berehat di atas katil.  Nak buka tv pun, tiada rancangan yang menarik untuk didengar.

 

    Jam 11:15 malam, sekali lagi, aku dan Ah Hong turun.  Kami merancang nak pergi makan roti canai pula.  Ah Hong kata, dia nak bawa aku ke gerai Shanti untuk makan roti canai sebab roti canai dia sedap.  Wah, elok jugaklah sebab aku tengah lapar ni.

 

    Apabila kami keluar dari hotel, hujan rintik-rintik.  nampaknya kesan hujan lebat pada petang tadi, masih lagi belum berhenti sepenuhnya.  Ah, tak pedulilah semua tu.  Asalkan dapat makan roti canai.

 

    Kami berjalan kaki sahaja ke kedai Shanti tu.  Maklumlah, dekat sahaja.  Ah Hong membawa aku melalui sebuah jalan pintas.  jalan pintas itu merentasi suatu lorong kecil yang menuju ke rumah Leng Ki.  Wah, lorong itu sunyi sekali.  Ini amat merbahaya sebab macam-macam perkara boleh berlaku.  Ada kisah-kisah memberitahu di lorong tersebut, selalu berlaku kes-kes jenayah.  Ini yang merisaukan aku.

 

    kami berjalan agak laju untuk melintasi lorong yang sunyi-sepi itu.  Akhirnya, kami melepasi lorong tersebut.  Kini, kami telah tiba di gerai Shanti.

 

    Gerai Shanti ni terletak di koridor rumah pangsa dan ianya berdekatan dengan rumah Moktar Soon dan juga Leng Ki.  Tempat tu kalau belah siang, ramailah orang.  Tapi kalau malam, sunyi jugak.  Semasa kami sampai, ada beberapa pelanggan sedang menikmati makanan di gerai itu.

 

    Di sana, aku memesan tiga keping roti canai dan kuah dal.  Sementara Ah Hong pula memesan telur goreng dardar.  Itulah telur kegemaran Ah Hong.  Begitulah dia beritahu aku.  Sementara untuk minuman, kami memesan air suam sahaja.  Nak berjimatlah katakan.

 

    Setelah selesai makan, jam sudah pun menunjukkan pukul 12:00 tengahmalam.  kami sudah bersiap untuk pulang ke hotel.  Tetapi kali ini, kami tidak akan menggunakan jalan pintas lagi.  Sebabnya, ianya amat merbahaya sekali.  kami akan menggunakan jalanraya utama untuk balik ke hotel.

 

    Setelah sampai di hotel, aku menggosok gigi sementara Ah Hong pula merendam gigi palsunya dalam cawan.  Itulah rutin hariannya sebelum tidur.  Itulah yang dia beritahu.

 

    Pada malam itu, entah kenapa, Ah Hong langsung tidak dapat tidur sampai ke pagi.  Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

 

Bersambung.

2 ulasan:

Awwa berkata...

saya selalu masuk ke blog awak.tp kali ini baru tinggal komen. blog awakpun ok.

cahaya awwa

Tai berkata...

Tak apalah kak Cahaya oi, sama-samalah kita mempromosi golongan oku.





Arkit blog