Khamis, September 18, 2008

KL 2008 siri 2 bahagian empat. Akhir

Ok, ini bahagian terakhir dah.

 

Ahad 10 Ogos.

pagi itu, aku bangun jam 7:00 pagi.  Ah Hong sudah pun terjaga dan sedang mendengar siaran Trax FM.  Aku pun terus ke bilik air.  pagi itu, kami perlu bersiap cepat sebab dah nak balik dah.

 

Jam 9:00 pagi, kami turun pergi makan.  Pada mulanya, kami bercadang nak bawa beg turun dan meletakkannya di lobi hotel dan selepas makan, kami terus check out dan belah.  Tapi, akhirnya pelan itu diubah di mana, selepas makan, kami naik ke bilik sebentar.  manalah tau kot-kot nak berakkah kencingkah, ha masa tulah.

 

Pagi itu, aku makan semangkuk besar wan tan mi.  Ah Hong juga makan wan tan mi.  Dan selepas makan, kami berangkat semula ke bilik.  Pagi itu juga, hujan renyai-renyai telah turun.

 

Jam 9:45 pagi, kami pun turun.  Kami pergi menunggu teksi di simpang jalan.  kami meminta seorang warga indonesia untuk tolong tahan teksi.  Teksi datang dan kami pun naik.

 

pemandu teksi itu begitu ramah sekali bercerita.  Banyak topik yang beliau bercerita dengan kami termasuklah topik pintu belakang.  Beliau memang seorang yang peramah.  Beliau bercerita sampailah ke distinasi kami di Jalan Duta.  Tambang dibayar dan kami pun turunlah dari teksi.

 

Kami ke kaunter untuk memeriksa tiket perjalanan kami.  Selepas tiket diperiksa, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  Kami dibawa ke tempat duduk.  Hari itu, stesen agak hingar-bingar.  Maklumlah, hari minggu.

 

jam 10:45 pagi, ketibaan bas diumumkan di pembesar suara.  kami dibawa ke bas.  Bas dijangka bertolak jam 11:00 pagi.  kami pun naiklah bas.  Bas itu memasang siaran Sinar FM.

 

jam 11:00 pagi, bas masih belum memulakan perjalanan.  malah ada beberapa juruteknik yang sedang sibuk menyelenggara peralatan bas yang rosak.  Wah, apa sudah berlaku ni?

 

"Chey sepatutnya, mereka datang selenggaralah bas sebelum memulakan perjalanan."  "Ini bila dah nak berjalan, baru nak selenggara."  Ah Hong merungut.  jadi nampaknya, mungkin kami tiba lambatlah nanti.

 

Jam 11:30 pagi, barulah bas memulakan perjalanannya.  pada pagi itu, cuaca agak mendung juga.  Ianya seperti hujan nak turun pada pagi tersebut.  Bas telah mula bergerak meninggalkan stesen Jalan Duta.

 

Apabila sampai di tempat rehat dan rawat di Perak, sekali lagi Ah Hong turun.  Beliau telah membeli keropok dan sekotak air kekwa.  Keropok dan air tu, kami kongsilah.  yalah, banyak.

 

jam 3:30 petang, kami sampai di stesen bas Sungai Nibung.  Cuaca amat panas sekali di stesen tersebut.  Ingatkan, hujan tapi tidak.

 

Tamat.

4 ulasan:

joharihamzah berkata...

salam tuan..

saya amat berbesar hati mendapat kunjungan saudara ke atas blog saya dan memberi komentar..

saya baharu sahaja belajar untuk menulis di blog, jika ada kekurangan harap dimaafkan dan ditegur.

saya juga minta izin untuk link blog saudara pada blog saya.

semoga Allah memberi kesihatan pada saudara dan limpahan rezki.

TQ..

Tai berkata...

Terima kasih kepada saudara.

Saya berbesar hati jika saudara ingin membuat pautan blog saya ke blog saudara. Sebenarnya, saya teringin juga nak buat. Tapi masalahnya, tak reti nak buat.

Unfiltered-Madness berkata...

salam...

nak buat pautan buat kat LAYOUT.
ADD GADGET. CREATE BLOG LIST. Pastu Masukkan WEB ADDRESS.

Senang jer

Tai berkata...

Oh terima kasih atas penerangan anak malaysia. nantilah saya kena explore. Bagi oku penglihatan ni, dianya agak rumit sikit. So, kena explore dulu.





Arkit blog