Isnin, September 22, 2008

Hargailah orang jika anda mahu dihargai.

Salam sejahtera.  Aku mai balik.

Ni nak ceritalah sikap sikap oku penglihatan yang betul-betul sangat mengecewakan.  Perangai yang sungguh mengecewakan.

 

Apakah perasaan anda jika sekiranya tidak dihargai?  Sudah tentunya anda berasa sedih dan kecewa bukan?  Sudah tentu juga, anda merasa sedih sangat bukan?

 

Hmm, inilah sikap segelintir warga oku penglihatan yang berperangai sungguh mengecewakan.  Sikap tidak menghargai pemberian mahu pun pertolongan dari orang.  Ini, amat-amat mengecewakan.

 

Kita semua sudah ketahui, kerajaan telah banyak memberikan bantuan kepada warga oku seluruhnya.  memanglah diakui bantuan yang diberi, masih lagi tidak mencukupi untuk kami semua.  Kami masih lagi mengharapkan bantuan pihak kerajaan.

 

Tapi malangnya, ada segelintir warga oku penglihatan ini, yang langsung tidak menghargai bantuan yang diberi.  Saya tak taulah warga oku kategori lain sebab saya tak ada kawan oku kategori lain yang dapat bercerita pada saya.  jadi, tak beranilah nak bercerita.

 

Sudahlah pelbagai bantuan diterima, tapi ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.  Bukan hendak ucap terima kasih atau bersyukur, tapi dikata macam-macam kepada pihak yang membantu.  Seolah-olah pihak yang membantu ini, penuh dengan amalan yang tidak baik.  Dan, macamlah si buta ni, baik dan alim sungguh.  Wal hal dalam hati, penuh dengan benda kotor.

 

Pihak yang bantu tu mereka boleh kutuk dengan teruk, apa lagi kalau rakan mereka sendiri?  Sebab itu secara peribadinya sekarang, saya sudah mula tidak mahu lagi membantu golongan oku penglihatan ini untuk penyelesaian masalah komputer.  Sebab saya berpendapat, tiada gunanya membantu mereka yang langsung tidak pernah mahu menghargai bantuan yang diberikan oleh orang.  Saya bantu pun pada kroni saya saja senang ceritanya.  pada mereka yang tahu menghargai bantuan yang diberi.

 

jadi kepada semua, hargailah apa jua bantuan yang diterima.  Syukurilah nikmat yang kita dapat selama ini.

6 ulasan:

Cheguman berkata...

Hai, marah nampak. Sabau... Nanti kita luku depa sorang 10 kali.

Tai berkata...

Ini bukan masalah nak marah Demang. Tapi, masalah kecewa. Kecewa sesangat. Ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang. kalau beginilah sikap segelintir oku penglihatan yang tidak boleh diubah, jangan terkejut jika suatu hari nanti, orang dah tak mau tolong.

joharihamzah berkata...

salam tuan..

sedih juga membaca artikel ini ya..tapi saya percaya bukan semualah yg berperangai begitu..kalau adapun sedikit jumlah nya..

memanglah kita patut bersyukur atas segala nikmat dan kurnia Allah..jika kita tak bersyukur, takut nnti apa yang kita ada pula yang hilang.

apa yang saudara katakan tuh, saya ambil bukan hanya untuk oku, tetapi untuk semua kita..maklumlah, yg melihat lebih nampak,yang mendengar lebih faham, namun jika hati kotor dan gelap, sia-sia sahaja semua anugerah tuhan itu..

TQ..

Tai berkata...

Ya benar encik, bukan semua. Tapi itulah, ibarat kata pepatah, setitik nila punya hal, habis rosak susu sebelanga. Itulah yang nak dielakkan. Tapi mereka ini seperti tidak percaya apa yang akan berlaku masa depan.

Pelayar Maya berkata...

Salamz,

Saya mempunyai pengalaman di dalam paralimpik yang mana pegawai yang menjaga adalah terdiri dari orang normal.

Kata kata nista serta janji mereka bak tahi busuk yang diperam selama berbulan bulan kerana mereka bertugas bukan secara sukarela namun terpaksa dan ada kerana elaun.

Kerana elaun seciput itu jugalah mereka sanggup menganiaya OKU dengan mempelbagaikan pembahagian elaun dalam erti kata mengikut kroni yang baik dengan depa dapatlah lebih sedikit dan tak rapat dengan depa faham sendirilah.

Kata nista depa tu tak kira tempat kerana mana ada orang nak tengok OKU bertanding hatta dalam stadium Bukit Jalil sekalipun bahkan pernah ibu Ras Adiba Radzi menyuarakan rasa kesal atas sikap orang normal (tak caya hidup lagi mak dia tu)

lain kali hendak lantik pegawai sukan biarlah mereka ikhlas nak tolong OKU bukan dari golongan gila glamer dan yang sudah bermasalah dengan persatuan sukan negeri sendiri, jabatan yang dipertanggungjawabkan janganlah lepas tangan di dalam mengelolakan apa jua pertandingan dan jangan cepat melenting dalam pendedahan ini siasat betui ka tidak gunalah akan yang waras kerana walaupun OKU cacat anggota dan mata tetapi otak mereka masih lagi boleh berfikir dengan waras bukan seperti orang normal badan normal tetapi otak tak waras

semoga sedinginsalju tidak terasa dengan tulisan saya kerana bukan ditujukan pada sedinginsalju tetapi segelintir mereka yang suka amik kesempatan di atas kelemahan orang lain.

Tai berkata...

Saya menyokong tulisan anda. Ini sesuatu yang perlu didedahkan.

Sama-sama mendedahkan kepincangan masing-masing. Gejala seperti ini, kalau tidak didedahkan, mereka akan naik tocang. Sebab itu, saya selalu menyeru oku penglihatan yang mana pandai komputer, wujudkan blog. Tujuannya, untuk mencatatkan hal-hal semasa yang berlaku. Bagaimana sesetengah perangai oku dan orang normal yang sering kali tidak mahu didedahkan kononnya dengan alasan mahu menjaga imej mereka.

Apalah gunanya imej kalau perangai macam setan? Apalah gunanya kedudukan kalau tidak ikhlas untuk membantu? Yang membantu dan yang menerima mesti mempunyai keikhlasan yang tinggi dan bersyukur kepada tuhan yang maha esa.

Sekarang ini, oku seharusnya tidak mendiamkan diri. Buat blog. Catatkan apa yang menimpa anda dan catatkan sekali perangai buruk oku itu. Bukan bertujuan hendak menjatuhkan maruah, tetapi sekadar hendak memperingati kepada semua dan diri sendiri supaya lebih berhati-hati di lain masa.

Tapi itulah, bila disuruh mereka, oku penglihatan buat blog, persoalan bodoh pulak yang mereka timbulkan. "Ada orang nak bacakah blog itu?" kalau inilah persepsi si oku itu, sampai ke mati pun tak terbuat blog itu. Dan mereka ni, nak orang baca dan nak orang komen. kalau orang tak komen, mereka tak seronok. kalau orang komen terlampau pedas, mereka terasa pulak.

Sikap-sikap seperti harus dibuang jauh-jauh kalau kita hendak berdiri sama tinggi dengan yang bukan oku.

Terima kasih atas komen anda.





Arkit blog