Selasa, September 23, 2008

Salahkanlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.

Salam bahagia.  Aku datang.

 

Sekarang ini, masalah pekerjaan yang melanda oku penglihatan agak kronik.  Ramai lepasan universiti, yang dah ada ijazah juga amat sukar untuk mendapat pekerjaan.  Apa lagi orang macam penulis sendiri yang tidak lulus SPM ini.

 

Dalam saat-saat seperti ini, NGO’s amat diperlukan untuk membantu golongan oku ini.  Dan, adakah mereka membantu?  Adakah mereka bersungguh-sungguh untuk membantu?  jawapannya ada.

 

Tetapi sayang, segala pengorbanan oleh NGO’s tidak dilihat.  NGO’s sering dipersalahkan dan dikatakan, tidak bersungguh-sungguh membantu oku penglihatan untuk mendapatkan pekerjaan.  Penulis sendiri juga pada mulanya menyalahkan pihak NGO’s oku penglihatan juga dalam soal ini.  Tetapi, setelah direnung kembali dan diteliti, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada NGO’s itu.  Oku penglihatan juga seolah-olah tidak mensyukuri segala pengorbanan yang dilakukan oleh NGO’s itu sendiri.

 

Bila sudah dapat sesuatu pekerjaan itu, mereka tidak bekerja bersungguh-sungguh.  Datang tiga hari, empat hari ponteng.  Dan, boss nak ambil tindakan pun naik segan sebab NGO’s beritahu mereka, orang buta pandai dan boleh bekerja.  jadi mahu atau tidak, terpaksalah didiamkan perkara ini buat sementara waktu.

 

Bila sudah didiamkan, oku penglihatan ini pun makinlah melampau.  Ikut suka hatilah dia kadang datang kerja, kadang ponteng.  Atau pun siang kerja, malam buat part time sampai ke pagi dan bila datang kerja, tidur.  Dia ingat, orang tak nampak.

 

Dan akhirnya, setelah tiada pilihan, dia dibuang kerja.  Dan nama NGO’s jugak jadi tak elok.  jadi dalam soal ini, nak disalahkan siapa?  Adakah NGO’s harus dipersalahkan?

 

Bila ditanya pada si pekerja, pelbagai alasan diberi.  Antaranya, pengangkutan tiada, gaji rendah.  Itu antara alasannya.  Kalau sudah tahu tiada pengangkutan, kenapa tidak berbincang dengan NGO yang telah mendapatkan pekerjaan tersebut?  kenapa mesti membelakangkan NGO tersebut?

 

mengenai gaji, kalau betul-betul ada diskriminasi, boleh juga dirujuk kepada NGO yang membantu mendapatkan pekerjaan itu.  Dan satu lagi, tengoklah juga diri tu.  Macammana akedemiknya.  kalau dah tahu akedemik rendah, adalah sukar untuk mendapat gaji yang setingi langit.

 

Dan, akibat daripada sikap segelintir mereka yang membuat masalah di tempat kerja, ini telah menyebabkan oku yang ingin bekerja sudah menjadi mangsa.  Majikan sudah tidak berani mengambil oku penglihatan untuk bekerja kerana, mereka tidak mahu tanggung risiko.  Dan akibatnya juga, nama NGO juga yang tercalar dek kerana perbuatan mereka ini.

 

NGO’s sebenarnya telah banyak berkorban kepada kita semua.  Tapi sayangnya, kita tidak tahu menilai pengorbanan NGO’s ini.  Yang kita tahu, hanyalah menilai keburukan NGO’s itu walau pun ianya sekecil zarah.  ya, memang benar ada juga NGO’s yang tidak beri sumbangan untuk membantu oku, tapi tak bolehlah pulak nak salahkan semuanya sekali.

 

Beberapa tahun lalu, SBM contohnya, telah bersusah-payah pergilah berbincang untuk mendapatkan Pas percuma untuk menggunakan perkhidmatan Rapik KL.  Bila dah dapat, adakah kita berterima kasih kepada mereka yang bersusah-payah siang dan malam untuk memudahkan para pengguna oku menggunakan perkhidmatan itu dengan selesa?  jawapannya tidak.

 

Ya, mereka yang dah dapat kad khas itu, ada yang bagi pada kawan, ada yang bila nak guna perkhidmatan tu, dia tak bawa kad, bila diminta tunjuk kad, dia tak mau.  Ada yang tunjuk punggung.  "Ada yang kata, “Ingat orang tak boleh bayarkah?”  Inikah balasan yang kita harus beri kepada NGO kita yang bersusah-payah memberikan semua kenikmatan kepada kita semua?

 

Dan apabkla kad ini hendak ditarik balik penggunannya oleh pihak yang berkenaan, sekali lagi atas keperihatinan, maka SBM pun pergilah bincang untuk atasi hal ini.  Terpaksalah menebalkan muka sekali lagi.

 

kenapakah kita mesti tak mahu menghargai pengorbanan oleh NGO kita sendiri?  Apakah kita ini, sudah sampai ke tahap kesempurnaan yang tidak lagi mengharap belas ehsan orang?

 

NGO kita, hak kita.  Setiap NGO ada peraturan masing-masing.  Bila kita tahu orang itu tak boleh buat kerja, kita tukar masa pemilihan nanti.  Senang kan?  Suarakan masa mesyuarat.  Hmm tapi masa mesyuarat, ho ha ho ha saja.  Tak tertib pun.  Bila ditanya kenapa, dia kata “ala orang celik pun buat macam tu.”  Yang pergi ikut perangai buruk orang celik tu apa hal?  Gunalah otak.

 

jadi, sama-samalah kita membuangkan perangai yang tidak elok ini.  Dan saya terpaksa tulis semua ini.  Ini kerana saya agak bimbang dengan persepsi orang celik terhadap orang buta.  Persepsi mereka ialah, orang buta, semuanya baik.  Dan ada di kalangan orang celik yang dah terkena dengan orang buta, berpesepsi begini pulak.  “Wah, mata tu dah buta, boleh buat jahat, boleh menipu lagi ya?”

 

Saya tak bimbang dengan persepsi kedua.  Tapi saya bimbang dengan persepsi pertama.  Persepsi pertama ini bahaya.  Jadi kepada orang celik, orang buta pun sama saja boleh buat jahat dan kadangkala, lagi jahat.

 

Kepada buta pula, berhati-hatilah.  Jangan sampai satu peringkat nanti di mana persepsi orang celik terhadap si buta amat buruk.  Ingat, bibit-bibit persepsi sebegini, sudah ada kerana mereka ini, dah terkena dengan orang buta.  jangan biarkan ianya berkembang.  Apabila persepsi buruk ini sudah tidak boleh lagi dikawal, pada masa itu, salahkanlah diri sendiri dan semua orang harus menanggung akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh kita sendiri.

 

Ingat, belajarlah menghargai orang.    hargailah setiap bantuan yang diberi.  Gunakanlah sebaiknya bantuan yang diberi itu.  Bekerjalah dengan ikhlas dan jujur.  Kita susah nak dapat kerja.

2 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

manusia begitulah...sebab itulah Allah yang memberi ganjaran atau hukuman atas apa yang kita lakukan kerana dia arif tengtang kita.

Tai berkata...

ya itulah dia. Sebab itu, kita harus lebih berhati-hati lagi sebelum nak salahkan orang yang tolong kita. kelak nanti, apa akan berlaku jika sekiranya orang pandang kita seperti sampah?





Arkit blog