Salam sejahtera. Aku mai lagi.
8 Mac, pilihanraya umum ke-12 Malaysia. keputusannya, lima negeri, jatuh bawah pembangkang. Suatu sejarah yang tidak pernah berlaku selama ini. BN mengalami kekalahan yang agak parah. Dan ianya, sungguh mengejutkan sekali.
Tetapi, berapa ramaikah yang memikirkan kenapakah semua ini berlaku? ya ada. Tetapi, apa yang mereka fikirkan? yang mereka fikir dan canangkan ialah BN kalah teruk kerana orang BN banyak rasuah, kronisme dan pelbagai lagi perangai yang tidak elok dalam BN.
Pernahkah terlintas di hati mereka bahawasanya, BN kalah teruk adalah kerana, tuhan masih sayangkan BN ini? Rasanya tidak. manusia kalau kalah, hanya memikirkan semuanya buruk belaka. Seolah-olah, merekalah baik, merekalah alim. merekalah malaikat. Orang lain, semuanya buruk.
Tuhan telah memberikan satu pukulan pada BN kerana, ia masih sayangkan parti BN itu. Cubalah kita renung dan bayangkan, apa akan jadi jika BN terus menang dengan keadaan yang amat selesa sekali? Sudah tentu orang BN akan alpa dan lalai dan seterusnya, tidak menyedari segala kesilapan yang telah dan sedang mereka lakukan.
Dengan pukulan yang sebegini hebat kepada BN, maka terkejutlah orang-orang dalam BN itu. Kini, mereka ibarat baru tersedar dari tidur yang panjang. Teraba-raba dan terkial-kial. Tertanya-tanya, apa sudah berlaku kepada parti BN? kenapakah ini harus berlaku? kenapakah BN mesti ditimpakan dengan kekalahan yang sebegini hebat? Tidakkah rakyat tahu, BN telah banyak menabur jasa kepada mereka?
manakala bagi yang otaknya geliga, telah mula bertindak memperbetul keadaan. Yang mana koyak, segera ditampal. mana yang pincang, segera diperbetul. mana yang sudah tidak boleh diguna, dibuang terus. mereka tidak mahu bertangguh-tangguh lagi. Tidak mahu keadaan akan menjadi lebih parah lagi. Syabas diucapkan.
Ingatlah ahli BN, jangan panik, jangan risau, jangan gusar. Tuhan masih sayangkan BN. Berubahlah diri. jadilah hamba rakyat dan bukannya hamba material atau hamba nafsu. Sentiasalah ingat pada tuhan yang maha esa. Jangan sesekali melupakan tuhan. Jadilah seorang peminpin yang jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat. Bukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Jika semua ini telah berjaya dilakukan, percayalah, BN akan perolehi kemenangan di masa hadapan. Ini bukan mustahil. Ingat, tuhan tidak akan mengubah nasibnya jika manusia itu sendiri tidak mengubah nasib mereka.
7 ulasan:
Salam saudara dan rakan blogger,
Saya setuju benar dengan apa yang dikatakan saudara itu..
Seorang teman mengatakan kepada saya, bahawa sesuatu barang itu menjadi bernilai dan tak ternilai harganya adalah berdasarkan ujian yang dikenakan atasnya.
Contoh mudah, petrol. kita mengetahui bahawa minyak petrol adalah berasal dari minyak mentah yg di gali( crude oil). minyak ini kemudian dibakar pada suhu yang tinggi dan dari kaedah2 tertentu, maka pelbagai jenis minyak telah terhasil daripada minyak mentah itu tadi.
Begitulah jua hidup kita ini. jika Allah tidak memberi ujian kepada kita, maka kita tidak akan menjadi 'bernilai'. ini kerana dengan ujian2 inilah maka kita menjadi bertambah baik, matang dan berjaya.
Sedarkah kita bahawa, tidak akan berlari seorang kanak2 jika dia tak pernah jatuh, dan tidak akan berjaya seseorang peniaga jika dia tak pernah rugi.
Segala rintangan dan halangan, adalah untuk menjadikan kita lebih baik, lasak dan berharga. lagi berat ujian ke atas seseorang itu, maka lebih hebatlah orang itu berbanding orang lain.
Namun apa yg di khuatiri adalah respon atau tindak balas kita pada ujian. jika kita menjadikan ia sebagai musuh, maka kita akan gagal menjadi lebih baik dan berjaya.
Kegagalan atau kejayaan seseorang adalah bergantung pada bagaimana ia reflek dan bertindak balas pada ujian yang diberikan kepadanya.
selamat hari raya Aidilfitri..
TQ
ya benar. Tapi, ramai orang tak tengok itu semua. mereka kata, ini bala tuhan. Sebenarnya, ini bukan bala. Ini ujian. Kenderaan pun kena service. Apatah lagi barang ciptaan tuhan?
SALJU... POSITIF NAMPAK... BN TU APA?
"BARANG NAMPAK LAH"
SELAMAT HARI RAYA
salju ni dah bekeluarga yeee. anak berapa?
baca juga http://aberamly.wordpress.com
http://aberamly.vox.com
Oh, BN tu Barisan nasional.
kalau hendak berjaya, kena positif. Positif dan berusaha ke arah kejayaan. Tidak boleh lagi buat sambil lewa.
Ramai orang tak pandang ke arah ini. Bila BN kalah, apa yang mereka kata, korapsi, kronisme dan pelbagai lagi tuduhan yang kadang mereka ni buat, seolah mereka ni, tak ada salah, mereka ni malaikat.
Tapi, mereka tak ingat, semua ni ujian dari tuhan. Cuba bayangkan kalau BN terus menang selesa. Apa akan jadi? Dan cuba bayangkan kalau PR asyik kalah, apa akan jadi? jawabnya, PR asyik dok berkokoklah. Jadi, kita tak tau, dia tu bagus atau tidak. Nah sekarang, kita dah dapat lihat dengan mata kepala sendiri kan?
Saya ni, masih bujang lagilah. Tak menikah lagi.
Ada lagi ke orang yang tak tahu BN tu apa ;-)
Ni yang saya nak marah ni. hehehe :-)
Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Ya, selamat hari raya juga. jalan elok-elok no?
Bukan tak tau tu encik. Tapi, saja-saja buat tak tau encik.
Catat Ulasan